Saturday, September 04, 2004

PUTERI GUNUNG LEDANG & WICKER PARK

Assalamualaikum...salam sejahtera kepada geng2ku sekalian..Ni hao ma? wo ye hen hao..!!alhamdulillah syukur kepada ILLAHI kerana memberi kesihatan untuk meneruskan kehidupan ini...Tugasan di sekolah seperti biasa...mengajar,memberi dorongan dan motivasi serta apa jua yang termampu aku laksanakan demi memartabatkan anak bangsaku ini..Ujian bulanan baru jer berlalu..aku cukup2 sedih dengan pencapaian para pelajar aku...adakah aku gagal mengajar dengan baik sehingga mereka tidak mampu menghayati apa yang mereka belajar atau adakah salah mereka yang tidak belajar bersungguh2 demi menaikkan taraf kehidupan mereka...Kesedaran bentuk apakah yang harus aku terjemahkan agar mereka terus maju ke depan...adakah dengan cara maki hamun setiap hari atau kata2 cabaran yang melangit harus aku siniskan setiap waktu...Bila terkenangkan mereka aku teringatkan zaman persekolahan aku yang aku dah tinggalkan sejak tahun 1997 lagi...sungguh berbeza...

Sekolah Menengah Aminuddin Baki Johor Bahru....aku menjejakkan kaki aku ke sekolah ini pada tahun 1993...aku ditempatkan di tingkatan 1 RK (Rancangan Khas)..pencapaian aku sederhana sahaja...tapi setidak2nya aku akan pastikan tiada satu subjek pun dapat bawah 50..aku & kawan2 aku masa tu pun suka memain..suka buat nakal..tapi bila bab study memang kami bersaing antara satu sama lain...SAB dulu pun sekolah terpinggir bukan sekolah yang STAR...SAB dulu terkenal dengan student2 yang nakal...aku berkawan gak ngan member2 yang terenjal..yang isap rokok..yang isap ganja..yang kaki botol..tapi aku akan pastikan had pergaulan aku..takde lah sampai terikut2 dengan kelakuan mereka...tapi student aku masa kini hanyut terus...yang lelaki kaler rambut...ada yang tindik kat lidah..aku jumpa...tindik kat bibir..pergh..ada yang masa pi kursus motivasi siap bawak rokok bukan sorang dua..ramai tu..aku yang dok mengiringi student ni malu..malu dengan kelakuan student2 aku..malu pada diri aku gagal membentuk atitud yang mulia dan murni kepada mereka...apa yang ANAK MERDEKA masa kini fikirkan...akan aku tafsirkan..INSYA ALLAH...

Tinggalkan pasal sekolah seketika.....

PGL..aku nengok filem ni semasa 31 OGOS yang lalu..booking awal tu...sememangnya aku menantikan kelainan dan aku harap filem ni membantu aku mencerna minda yang setiansa disogok filem barat...ternyata filem ini tidak mengecewakan...TAHNIAH kepada semua yang terlibat dalam pembikinan PGL...Filem yang mencecah 20juta ni sememang berada dikelasnya tersendiri...tapi ada juga kelemahannya...perjalanan cerita agak perlahan...penghayatan untuk watak hang TUAH kurang...dan suasana di pekan MELAKA kelam kabut..adakah masyarakat dahulu berjalan laju macam dalam PGL ni..?hmm..tapi secara keseluruhan saya beri 4 star..filem melayu pertama yang berani mengenengahkan hasil yang terbaik...

WICKER PARK...mulanya aku ngan member aku AMIN nak nengok filem BUAI LAJU2..dalam jadual memang ada untuk tayangan malam tadi jam 12malam...tapi bila tiba didepan kaunter ...adik manis yang jaga kaunter kata filem tu malam ni tak tayang..nak nengok filem ANACONDAS sold out sey!!hmm...alang2 dah sampai nengoklah filem yang ala2 ni..biasalah cerita cintakan...jeles menjeles...putus tak jumpa 2 tahun walaupun duk bandar yang sama dan akhirnya sambung balik...rugi duit aku nonton filem ni..baik aku layan PGL semula lagi best!!menyesal2..!!

DANGA BAY...balik dari wayang aku ngan amin singgah DANGA BAY..lama tak mai sini waktu malam...dah semakin membangun taman rekreasi keluarga ni...cantik...tapi yang x cantiknya pasangan2 remaja yang berasmaradana di tempat2 tersorok..hmm...dah puas melayan mata..sambil makan hotdogs..kami terus balik...

okeylah..esok ada kelas tambahan..datang pagi ke sekolah...jumpa lagi..WASSALAM...

No comments: