Monday, October 18, 2004

IBU@ EMAK@ MAMA@UMI

Assalamualaikum..apa habaq semua? sihat no..? harapan aku agar semua geng2 kenalan sihat hendaknya..alhamdulillah 3 hari kita melalui Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini...semoga ALLAH menerima ibadah yang kita laksanakan ini.. Harini aku dah berada semula di Johor Bahru..aku cukup selesa berada di bandaraya ini..disinilah aku dilahirkan dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang dari ayah dan emak aku..satu nikmat yang amat berharga bagi aku..Aku bersyukur kepada Yang ESA kerana menganugerahkan aku ayah dan emak serta keluarga yang bahagia..
Bila memperkatakan ttg emak, aku mmg sangat2 sentitif..kalau boleh aku hendak membalas segala jasa emak sejak dia mengandungkan aku..semua orang dalam dunia aku yakin mempunyai hasrat yang sama..Emaklah satu2 insan didunia yang memahami perasaan aku..bila aku kenang2 balik banyak kesalahan masa lalu yang aku buat..menipu emak, marah emak bila suruh buat itu dan ini tapi bila aku merangkak dewasa aku tergamam sanggup aku lakukan itu semua kepada emak..Kini aku mengerti pengorbanan mak banyak dan tidak terbalas segala budinya..Aku janji selagi aku terdaya aku akan membuatkan emak bahagia..INSYA ALLAH
Hmm,pagi tadi tok aku datang Melaka..makin uzur dia dimamah usia..tapi mampu tersenyum lagi..Makcik aku masuk Hospital Melaka untuk dibedah..tok juga merupakan lambang kasih sayang seorang ibu kepada anaknya..dalam usia sebegitu dia gagahi diri untuk menemani anaknya..dulu kecik2 pun tok yang jaga aku masa mak aku keje n ke Jepun..aku di antara cucu kesayangan tok..hehehe..
Jam 9 pagi aku bertolak balik ke JB bersama ayah dengan isteri kedua aku JGN 3022..prestasi JGN 3022 masih bagus..henjut 110kmj masih bertenaga..cuma aku kena balancing tyre agar x bergegar bila pecutan meningkat ke 120kmj..ekzsos pun kena tukar..tahun lepas masa aku konvo bengkok langgar bonggol ..pergh..duit lagi tu..tengoklah kalau dapat bonus tahun ni aku gunakan..pc pun x betulkan lagi..hehehe macam2 ek..hahaha!!sampai jb aku lepak jap pas zohor aku start duk mengadap pc cari keje kosong ..la ni aku semangat giler cari keje..pastu surf blog2 baru..aku suka membaca catatan orang sebab dari situ aku belajar banyak benda..memperbaiki diri dan memperbetulkan sahsiah supaya menjadi yang lebih baik..terima kasih kepada kenalan baru aku tomei..aku pun x abis surf site dia lagi..nama dia pun aku x kenal..hahahaha...tq tomei..cikgu gak dia ni..bagus2 !! boleh aku belajar banyak benda dari dia ..rasanya dia lagi tua dari aku.. www.tomei.blogspot.com
Malam aku start menanda kertas karangan budak2..aku tanda untuk 2 kelas satu kelas pandai dan satu kelas pertengahan..aku baru tanda kertas kelas 2UKM..pening aku membaca tulisan yang pelbagai...ada yang bagus...ada yang sedang2..ada yang suam2 kuku aje..dan ada yang buat aku tergelak sendirian..kegagalan mereka melaksanakan karangan dengan baik mendedahkan kelemahan aku ketika mengajar mereka..sesungguhnya aku masih gagal dalam membentuk mereka menulis dengan baik..banyak kesalahan ejaan yang berterabur..nak salah kan sapa..aku kah yang salah mengajar atau merekakah yang malas belajar..bungkam aku sekejap..muhasabah diri..manusia yang pelbagai datang dari bermacam golongan menjadikan cabaran untuk aku mengajar dengan lebih konsisten..susah nya mengajar pelajar yang datang dari keluarga yang latar belakangnya tidak mementingkan pelajaran..bagi mereka sekolah hanyalah syarat..lepas sekolah nak keje..pergh..kalau la aku diberikan kuasa menyepuk sorang2 pelajar ni memang dah lama aku sepuk dah..mentaliti lemah..bangsa aku gak ni.. masih ingat lagi masa hari terbuka julai lepas mak ayah datang bagitau aku " Makcik dah tak tau apa nak buat ngan anak makcik ni..asyik gi cc main game takpun, melepak rumah bujang main video game..tolonglah cikgu usahakan anak makcik nii..kalau cikgu nak pukul..pukullah..makcik puas dah nasihat..makcik kerja kilang balik lewat susah nak bagi tumpuan..anak2 ramai.." aku senyum kelat..kenapa bangsa aku yang mengalami nasib sebegini..dimanakah kesedaran anak2 kpd ibu bapa mereka..sesungguhnya kemajuan teknologi juga mendorong kepada keruntuhan moral dan motivasi mereka...hampir semua ibu bapa yang datang mengharapkan aku memberikan impaks positif kepada anak2 mereka..setakat ni aku baru berjaya memberikan 10% kesedaran..aku cucuk unsur2 kesedihan dalam diri pelajar aku sorang2..baik lelaki mahu perempuan..Aku cuma guru kontrak yang bakal ditamatkan perkhidmatan bila2 masa andai x diperlukan..aku perlukan masa lagi kalau x banyak sedikit pun memandai dan harap guru2 sebenarnya yang terlatih memberikan mereka lebih kesedaran ttg hidup yang semakin mencabar ini..
18hb Oktober 1981..tarikh lahir si dia yang aku minati..aku hantar msg kat dia..nak tepon takut menganggu dah malam ni..biarlah dia tafsirkan sendiri..aku tak mahu pikir banyak sangat pasal ni..bukan aku mengalah tapi aku lebih selesa kalau benda ni dikendurkan dulu..banyak benda aku nak pikirkan kini..kerja oo kerja..kalau takde duit camana nak bagi anak orang makan kan...hmm, kepada si dia SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR ke 23..semoga kedatangan Ramadhan ini memberikan kebahagiaan kepada dia dan aku doakan dia supaya sentiasa di bawah RAHMATNYA, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur untuk menempuh gelombang hidup..Pengorbanan adalah segalanya..
wokey aku nak tido la..penatla..WASSALAM =)

2 comments:

Anonymous said...

Usaha Tangga Kejayaan

-Saiful-

Unknown said...

mr ariep... hati seuran pompuan ni lembut... nak menarik perhatian org pompuan guna cara yg lembut.. tp ingat!!! jgn hipokrit!!!
ehehehe..ini adalah tips daripada cik kura...nak tips lg mintak kat aku.. sbb aku paham naluri pompuan...
ukes..
Good Luck.. ada apa2 nak mintak tulon, ckp jek...ahaks