Friday, October 29, 2004

Jawapan Pasti!

Wanita itu,
Senyuman yang sukar hendak dilupakan,
Manis pancaran sinar mata,
Bisa membuat aku terpesona seketika,


Wanita itu,
Tatkala lafazan diungkap,
Engkau membisu seribu makna,
Antara gembira dan duka siapa yang tahu,


Wanita itu,
Bijak engkau mengatur langkahmu,
Tutur katamu mengambarkan kesuciaan peribadimu,
Menjengah aku dalam tinta kekosongan,


Wanita Itu,
Lamunan senyummu kini berjauhan,
Engkau kini telah memilih jawapan pasti,
Sejalur garisan berpalit di hati ini,


Wanita itu,
Aku sedar siapalah aku hendak mengubah keputusanmu,
Pahit ku telan jua,
Tanda kemesraan ku yang bertepukan sendirian,


Wanita itu,
Ku sanjung keberaniaanmu,
Ku sanjung kebijaksanaanmu,
Segalanya telah DIA tentukan,
Aku bukan terbaik di hatimu,


Wanita itu,
Ku terima dengan kerelaan,
Bukan ku tidak mahu mencuba lagi,
Tanda hormat untukmu,
Bergembira disamping dia pilihanmu,



Wanita itu,
Andai cinta merupakan pengorbanan,
Andai cinta dipupuk dengan kasih sayang abadi,
Ketahuilah olehmu,
Sukar untuk aku melupakan dirimu,


Wanita itu,
Hasrat hatiku kini bergantungan,
Entah sampai bila berterbangan,
Namun ku redha Ketentuan Tuhan,
Dialah Maha Agung Maha Mengetahui,



Wanita itu,
Ku doakan kebahagiaan sejati buatmu,
Tanda hatimu pernah berpaut di jiwaku,
Biarpun sementara,
Namun segalanya dalam kenanganku....


A.J 15 Ramadhan

1 comment:

Anonymous said...

salam ramadhan! teruskan menulis, u've got that talent. raya nanti jangan lupa mai rumah. wajib tu! :)

- bro idzwan