Monday, November 01, 2004

KALIMAH CINTA

Pepohon cintaku kian merimbun,
Semakin dicantas makin bertunas,
Tidak mampu mendustai hatiku,
Rasa cinta fitrah manusia,
Siapalah aku menolak cinta,
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa,
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa,
Adam dan Hawa bercinta di Syurga,
Angkara iblis terpisah menderita,
Kerana cinta mereka setia,
Bertemu di dunia,
Dengan cinta kenal Pencipta,
Dengan cinta kenal RasulNYA,
Kerana cinta kenal saudara,
Bahagia keluarga,
Hidup tanpa cinta,
Sengsaralah jiwa,
Sengketa dan dusta,
Yang merajai jiwa,
Di batasan cinta syariat terjaga,
Tanpa keraguan tanpa kesangsian,
Betapa sucinya kasihMU Tuhan,
Betapa agungnya kebesaranMU,
Diri ini mengharapkan cintaMU,
Kekalkanlah rasa kehambaan ku....
Assalamualaikum wbt..hehehehe..harini aku rasa fresh sangat2..rasa "Masalah" aku hilang ditenggelamkan atas dasar keyakinan kepada Cinta yang Maha Esa..Alhamdulillah kali ini aku berjaya meminimakan tempoh sengsara x sampai 24 jam..sesungguhnya aku bersyukur kerana ALLAH mengurniakan aku ketenangan ini..kalau dulu2 waktu frust bercinta paling lama setahun lebih tapi kini mungkin "masa" telah membuatkan aku semakin matang untuk mengolah semula situasi aku kepada tahap normal...Aku juga berterima kasih kepada semua kengkawan aku yang tidak jemu2 memberikan nasihat berguna untuk aku..disaat dalam kegundahan mereka tiba2 muncul menyiram api kecewa...itu gunanya kawan...tak kira dimana jua anda berada mereka akan menyinari anda disaat anda memerlukan seseorang untuk menterjemahkan rasa yang berselirat di jiwa...
Harini aku terbangun lambat gile...12.30tghari tu...ni la akibatnya cuba mengubah waktu tido asal..selalunya aku tido paling lewat kul 2 pagi tapi hari Jumaat lepas aku tido jam 7 pagi( sabtu la ni).. malam dah berjaga..tak leh tido..hmm, bahaya ni..lewat bangun nanti ada yang lewat gi keje...rezeki pun lewat muncul...Harini aku tak kuar memana...lepak umah je menyiapkan keje2 yang terbengkalai ...nak siapkan form ujian lisan BM...banyak tu nak buat...2 kelas..satu kelas 40 orang...seorang ada 6 form..pergh..x ker biru tangan aku menulis...hehehehe..tapikan aku ada satu cara mudah nak settlekan keje ni dengan pantas,senyap dan berkesan..hehehe..student aku kan ada..Jumaat lepas aku dah minta tolong 5 orang student pompuan aku yang tulisannya cantik dan kemas membantu aku mengisi borang2 ni...(TQ my sweet pupils..hehehe IZA, NABILA, SURAYA, HALILAH & SYAFA..korang memang memahami cikgu korang tengah bz giler) hehehehehe..dah siap 1/4 ada lagi 3/4..aku siapkan esok..dan aku akan minta pertolongan student form 1 lak..sebab sok semua tingkatan 2 dicutikan kerana SPM telah bermula dan kelas digunakan sebagai dewan peperiksaan...paling best esok aku takde kelas nak mengajar...bestnya!!!tapi mesti kena masuk kelas RELIEF..sebab ramai cikgu2 petang yang jadi Penjaga Peperiksaan kali ni..ada la 5 orang..masak aku sok..baru ingat nak siapkan keje2 ni..tapi takpe..sekolah aku time2 ni bukan ramai sangat bebudak yang NAKAL2 mai..semua duk memonteng...senang aku nak kawal kelas nanti...
Dalam ingat nak buat keje tetapi aku tewas dengan mengadap pc main games CM 2003-04..adik aku AMIR dah balik umah ngan pc dia..aku tengok macam best je dia duk main..aku pun gian lama x main..hehehehehe akhirnya keje kemana...aku duk main games...isk..isk..menyesal ada ...tapi biasalah kejap je menyesal tu...lepas main games aku duk sambung balik keje..
Dari sumber yang boleh dipercayai..harga minyak petrol mungkin akan dinaikkan lagi dalam masa terdekat ni...hmm, baru aku tau kenapa minyak kat Malaysia ni x leh digunakan untuk enjin kenderaan..Minyak pun ada gred-gred dia kan...aku terkedu gak bila dengar harga petrol mungkin naik sehingga RM1.70 seliter...banyak tu..telan air liur kejap...bayangkan kalau kete kancil selalunya leh isi rm 31 full tank dengan RM1.42 seliter berapakah kenaikan yang bakal aku keluarkan untuk mengisi full tank kereta kancil aku di masa depan ek? makan banyak sen gak tu..tapi benda ni dah dispesifikasikan sebagai barang perlu...nak atau tidak kena juga kuarkan duit..kalau x macamana nak bergerak secara efisien kan...Harapan aku kalau harga minyak naik benda2 lain kalau nak naik pun janganlah melampau2..
Lagi satu yang aku nak kongsi..Perodua merupakan kereta kedua nasional ke 2 Malaysia kan..lebih separuh saham Perodua dikuasai oleh Daihatsu (Jepun) dan Daihatsu di miliki oleh Toyota...heheheheh...hmm, not bad lah kereta Perodua ni berkualiti sket memandangkan Toyota adalah milik orang Jepun..bila kata tentang Jepun mereka amat mementing kualiti...PROTON pun skrg dah melangkah setapak bergabung dengan Volksagen lak..hmm,apakah strategi yang bakal dibuat oleh mereka...mari kita saksikan...Persaingan yang wujud ni sememangnya bagus...tapi ingatlah sebagai pengguna kita perlu mendalami pelbagai ilmu...kita perlu peka dengan isu semasa...itu dan ini mesti selalu tersemat dalam hati..kalau nak beli kete jangan hanya pandang pada apa yang ditawarkan..tapi pandang pada semua aspek..enjin yang digunakan..rekabentuk..macam2 lah...x semestinya beli kete aje..benda2 lain pun sama...jangan sampai kita menyesal selepas membeli...aku pun menyampaikan apa yang kawan aku sampaikan pada aku...sesama berpesan2 ...Rasulullah SAW pun menyuruh kita berpesan2 kearah kebaikan...INSYA ALLAH sama2 lah kita..
wokeylah geng..mata dah mengantuk...menguap dah ni..selamat menunaikan puasa esok ye..WASSALAM...

1 comment:

Anonymous said...

erkss
cam nih yek idup sorang chegu..
hehehe...