Sunday, October 31, 2004

KETEGUHAN & SETIAKAWAN

Assalamualaikum..apa habaq semua? hari ni aku kembali semula selepas melalui hari semalam yang sedikit mengundang kecewa di hati..Senyumku tawar..membaca SMS si dia yang lebih kurang macam ni "Wak, kite nak ckp sket..Ingat tak dulu saya pernah ckp pasal anak sedara kak xxx, saya dalam persimpangan antara awak dan dia..saya buat iktikharah.. Dah banyak kali ..tapi hati saya bukan pada awak..saya takut sangat awak terluka.. Awak, saya mintak maaf, bukan saya tak suka, sbb saya suka la saya buat solat tu..saya harap awak faham..".. tepat 5.33 petang masa aku dengan main dam haji ngan student aku sementara nak tunggu masa balik sekolah..hmm, aku yang best2 nak menang ngan budak form 1 tu terus kalah..bayangkan kuasa penolakan cinta yang aku alami menyebabkan aku kalah main dam haji..hehehehe lawak ek..aku terkedu seketika..dimanakah silap aku ..
Buat seketikanya aku cuba menenangkan hati aku yang berkocak gile..cover beb..depan bebudak yang tengah hepi baru abis exam kan..aku katakan SMS dari kawan lama...Aku sekian kalinya tewas dalam memenangi hati wanita yang aku minat..kalau korang faham msg di atas pasti korang faham apa yang aku rasai dikala itu...Balik umah x pernah2 aku memecut laju kancil aku...kali ni lepas tahap 90kmj di atas jalanraya yang sibuk dengan kereta yang berderet..mencelah kiri dan kanan..tanpa berfikir waras memotong dengan gaya ala-ala kimi raikonen di setiap persimpangan...tiba-tiba terlintas di hati bodohnya aku kalau accident kan susah...lalu aku memandu seperti sediakala dan beristifar atas kebangangan aku...Aku bersyukur kerana ALLAH mengurniakan kembali ketenangan dan kewarasan yang hilang 5 minit..aku mengucap..sesungguhnya aku hambaMU yang lemah..Ya ALLAH ..ampuni kesilapanku ini...kuatkan imanku...berikan aku kekuatan untuk menghadapi cabaran ini..Hmm, sesungguhnya aku kecewa..namun setelah berfikir sendirian secara bersistematik segala ini adalah cetusan aku..segala kekecewaan ini adalah dari aku..dan aku sepatutnya salahkan diri sendiri kerana bertindak dahulu tanpa pertimbangan yang sewajarnya..Aku mengakui keputusan si dia dan itu adalah haknya untuk membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan dia...buat apa aku nak membantah lagi..
Namun setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya..disebalik kekecewaan yang sementara ini, aku berasa tenang sesangat selepas dapat memikirkan situasi yang sebenar.. Aku berterima kasih kepada member2 aku yang banyak memberi kata semangat.. Najib n amin..di sini aku dapat menguji setakat mana ikatan persahabatan yang dibina..ternyata mereka kukuh dan tak jemu2 menaikkan motivasi dan moral aku yang merudum semalam...terima kasih geng..jasa2 korang pasti aku kenang..kawan masa ketawa ramai beb..kawan masa kita susah ni ada bukan x ada cuma x sesentitif kawan yang sejiwa ngan kita ni.. Kebetulan HAMI pun balik malam semalam dari KL...cun la tu..macam tau2 je aku nak nasihat dari dia..HAPPY BIRTHDAY ke 28 buat HAMI..semoga dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.. Aku dan geng GSTT semalam main FUTSAL lawan team bola sekolah aku..ternyata team guru2 muda menang...riaknya..aku main tak ingat ingin melenyapkan rasa kecewa...dan ternyata berjaya...Alhamdulillah kini aku 95% recovering dari kecewa...Tadi pun aku kuar ngan HAMI sama AMIN menonton WAYANG WHITE DRAGON..balik singgah kat McD Taman Kobena dan kami berbicara lagi..Hami banyak memberikan nasihat agar aku melupakan segera dia..tumpukan kepada kerjaya..Hami cakap dia dah nasihatkan aku dulu2 lagi bahawa si dia tu memang x sesuai untuk aku dari beberapa aspek..terutama aspek pemikiran..aku terima nasihatnya sebab kenangan aku ngan Hami lalui bersama si dia ada benarnya...tapi bila kata soal cinta..aku tak mampu untuk menolak cinta yang hadir dijiwa tanpa dipaksa...Cinta itu fitrah semulajadi yang hadir dalam diri setiap manusia..tanpa cinta kita tak akan ada di muka bumi ini...Amin pulak nasihatkan aku supaya terus mencuba..jangan mudah mengalah...hehehehe dua pendapat yang berbeza..dari dua kawan baik ni..akan aku pertimbangkan sewajarnya kali ini...
Kini, aku semakin lega dan ALHAMDULILLAH hati aku x macam semalam lagi..tinggalkan bab cinta ni..harini ada seseorang melawat blog aku..ABG WAN..terima kasih memberikan komen yang positif..ABG WAN dah kembali menulis dalam jurnalnya..sesapa nak melawat jurnal dia leh gi ke www.idzwan.cjb.net artis ni!! hehehehehe.. Masa aku belajar kat UUM aku sering gi CC semata2 nak membaca tulisan dia..bagi aku dia seorang yang berfikir kritis dan kreatif mengemukakan hujah2 yang mencabar imaginasi aku..kata2nya adakala menjadi pendorong untuk melaksanakan sesuatu sehingga berjaya..bukan membodek ini ikhlas dari aku..selama dekat 3 tahun lebih aku mendekati abg wan ni ..aku belajar banyak perkara..penampilan, gaya berkomunikasi n bertoleransi...abg wan pun seorang yang pemurah...setiap kali geng2 kitaorang kuar ke mana2 masa time study dia yang banyak support..makan toksah cakap...hehehehehe..lagipun kitaorang sekampung..dekat je umah nenek aku ngan umah dia...
Wokeylah geng..aku harap coretan kali ini tidak membosankan...dan inilah salah satu perjalanan hidup yang perlu aku tempuhi dalam mencorak kehidupan aku serta menjadi pengajaran dan pedoman diri aku untuk meneruskan melawan & menongkah arus yang semakin menderu2 kearah aku... Mana yang baik akan aku jadikan teladan dan mana2 yang negatif aku jadikan ingatan...Jangan terlalu terikut kata hati kerna kesannya bakal merosakkan diri sendiri..ikutlah kewarasan fikiran yang akan memandu ke arah kerahmatan dari ALLAH ..Insya ALLAH sesama lah kita muhasabah diri..kita adalah hamba yang LEMAH..sentiasa membuat kesalahan tanpa disedari...WASSALAM

5 comments:

Anonymous said...

Dalam sebuah hadith sahih:

Sungguh mengagumkan bagi seorang mukmin, (kerana) tiada berlaku suatu taqdir Allah pun padanya melainkan menjadi suatu kebaikan padanya. Apabila dia mendapat nikmat, (lalu) dia bersyukur, maka itu menjadi kebaikan padanya. Dan apabila dia ditimpa bencana, (lalu) dia bersabar, maka itu juga menjadi kebaikan padanya.

-Saiful-
www.saifulazrul.cjb.net

Anonymous said...

Firman Allah: "Boleh jadi kamu benci sesuatu, padahal dia baik bagimu dan boleh jadi kamu cintai sesuatu, padahal dia buruk bagi mu" (Al-Baqarah, ayat 216).

-Saiful-
www.saifulazrul.cjb.net

Anonymous said...

alamak.. aku kena puji laa.. :)
thanks riep.. teruskan usaha.. good luck. wish u all the best in whatever u r doing..

- abg wan

Anonymous said...

Hi all!
Christmas Day falls on December 25. It is preceded by Christmas Eve on December 24, and in some countries is followed by Boxing Day on December 26. Some Eastern Orthodox Churches celebrate Christmas on January 7, which corresponds to December 25 on the Julian calendar. December 25 as a birthdate for Jesus is merely traditional, and is not thought to be his actual date of birth. for attention thank you

Anonymous said...

Hi all! What's up body! Yea yea, good stuff bro! viagra |tramadol |
l>zoloft
|soma or buy viagra online or blindness vi
agra
and very creative :viagra side effects or purchase viagra lipitor viagra info tramadol cialis generic viagra and viagra canada else archive inurl trackback viagra and look this buy tramadol look this
hour.html>zyrtec d12hour
and this : zithromax antibiotic tramadol claritin d 24 hour other ash lyric soma interesting:weaning off zoloft . Much respect!