Wednesday, January 20, 2010

Kau Teristimewa

Assalamualaikum WBT& Salam Perpaduan,

Ketika catatan ini dikarang, saya sedang duduk di restoran makanan segera di KLIA..jam baru 6.12pagi..mengantuknya mata saya..malam tadi sempat tidur 3 jam..jam 5 pagi saya dah berada dalam KLIA Ekspress dari KL Sentral..Sementara menanti penerbangan pulang ke Sibu ini, saya coretkan perjalanan kehidupan saya 3 hari yang lalu..

Pada mulanya memang saya tidak akan pulang melawat ayah yang akan menjalani pembedahan pada isnin 18.1.10 yang lalu..ayah yang pesan begitu..alasan ayah, dia akan selamat dan tidak mahu susahkan saya untuk pulang melawatnya..Saya berbelah bagi 2-3 hari sebelum hari pembedahan ayah..bercampur baur perasaan ini..saya kerap telefon emak untuk mengetahui perkembangan ayah..menerusi panggilan video, saya lihat ayah seperti biasa..senyum dan gagah..namun, hatinya siapalah yang tahu..sebak sangat saya masa tu..

Ahad, selepas magrib saya menelefon emak lagi..emak kata ayah akan jalani 2 dalam 1..By pass dan pembaikan injap.. kenyataan itu buatkan saya serba salah...doktor kata jantung ayah lemah tinggal 26% saja..lagipun ayah penghidap kencing manis..buat atau tidak, pembedahan ini risikonya 50-50.. dan malam itu juga saya bulatkan semangat untuk pulang ke Kuala Lumpur..

Perjalanan saya bermula seawal 730pagi..dan pada jam 330 petang saya selamat tiba di IJN.. emak terkejut dengan kehadiran saya..emak sangat risau menanti diruang menunggu pembedahan..saya harap kehadiran kami tiga beradik memberi kekuatan kepada emak..

Alhamdulillah jam 5 lebih ayah keluar dari bilik pembedahan dan ditempatkan di ICU..saya masuk bersama emak..ayah masih tidak sedar lagi..nafas ayah laju..pergh..tak sampai hati saya lihat wayar berselirat dan ayah masih dibantu dengan bantuan pernafasan..doktor kata tempoh 3 hari ini tempoh kritikal tapi doktor beri harapan pembedahan berjaya dan insya ALLAH dalam masa 3 hari ini kita berdoalah supaya ayah cepat pulih..

Semalam saya bersyukur sangat2..ayah dah sedar dan mampu memberi reaksi kehadiran kami sekeluarga..ayah sempat bertanya menerusi isyarat jari bila saya akan pulang ke kapit..muka dan tangan ayah masih bengkak..masih dibantu dengan bantuan pernafasan..nafasnya seperti laju..alhamdulillah..ayah ok..dia juga menunjukkan isyarat bagus..mungkin tidak mahu kami risau..harap emak pun akan lega sedikit..

Terima kasih kepada semua kawan diruang sembang sosial FACEBOOK dan rakan2 lain yang banyak memberi sokongan, mendoakan dan mengaminkan doa2 itu..sangat2 menghargai bantuan dan sokongan anda..Terima kasih juga kepada Puan Suraya (ERPD KPM) yang sudi melawat di IJN..pertama kali juga bersua dengan beliau setelah setahun lebih berkenalan..terima kasih puan..

Situasi di sekolah saya tidak tahu lagi..harap2 saya moga Guru Besar faham dengan situasi saya hadapi ini..murid2 mmg keutamaan saya namun, bila tiba bab keluarga dan melibatkan insan yang paling saya sayang, keutamaan itu berpindah kepada keluarga..kena ambil CRK pun tak kisah..Kasih sayang emak dan ayah mmg teristimewa dan tiada galang gantinya..


Wassalam..

Saturday, January 16, 2010

Rasa Itu...

Assalamualaikum WBT & Salam Perpaduan,

Minggu ke 2 persekolahan telah pun berlalu.. Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik..Mesyuarat Kurikulum, HEM dan Panitia BM & Matematik juga diadakan setiap hari dari isnin hingga khamis lalu.. Tahun ini, rasanya akan ada barisan 'nazir' yang akan datang ke sekolah..pencapaian UPSR tidak menggalakkan..sekadar mencatat pencapaian 1.1% sahaja menjadikan peratus keseluruhannya 39%..Hmm, masih jauh dari sasaran.. bagus juga nazir datang..kalau boleh, ceraplah saya..agar saya tahu kelemahan saya..sekurang2nya saya tahu apa yang saya salah..apa yang saya kurang..apa yang saya kena perbaiki..apa yang perlu saya tingkatkan..ini perlu supaya saya tidak 'lalai' dan 'selesa' bukan pada tempatnya..

Tahun ini, setelah saya adakan ujian2 yang berkaitan dengan 2M ( membaca dan menulis) tahap TEGAR, Tahun 6 ada 12 orang murid yang belum menguasai, Tahun 5 ada 10 & Tahun 4 yang masih lemah ada 6 orang..ramainya..Murid tahun 2 untuk kelas pemulihan ( yang tidak lulus KIA2M) 17 orang. (satu kelas tahun 2D)...namun, saya bahagi dua dengan guru bahasa malaysia kelas.. Tahun 3 ada 8 orang..

Tahun ini saya merancang nak menyelitkan 2 orang murid tahap 2 dalam setiap sesi P&P saya, sekurang2nya murid2 tahap 2 ini yang masih ada tidak kenal huruf dapat membuat ayat2 mudah untuk menduduki UPSR tahun ini..Insya ALLAH, tahun ini saya akan lipat gandakan usaha dan kerajinan..lagipun saya masih bujang dan tiada masalah besar untuk saya melebihkan masa untuk murid2..cuma, masalah yang selalu hadir ialah MALAS...

Habis bab2 sekolah, semalam ayah telah dimasukkan ke wad di IJN..emak dan adik lelaki saya menghantar ke sana..Isnin ini, insya ALLAH ayah akan menjalani pembedahan di jantung..rasa terkilan juga berjauhan saat ini..ayah ada berpesan sebelum saya pulang ke kapit supaya tidak pulang melawatnya semasa dia operation sebab sekolah baru bermula..Hmm, berat juga..Saya sentiasa berdoa supaya ayah selamat..Walaupun saya dan ayah kurang 'berkomunikasi' sebab saya lebih rapat dengan emak, tapi saya rasa sangat 'sakit' tidak dapat buat apa2 disaat ayah sakit.. alhamdulillah, saya ada keluarga yang sangat mengambil berat antara satu sama lain..Kakak dan adik lelaki saya mampu laksanakan tanggungjawab dgn baik..saya hanya mampu berdoa dan memberikan semangat dari jauh..sebak ..

WASSALAM

Saturday, January 09, 2010

Seberapa Pantas

Assalamualaikum WBT dan Salam Perpaduan,

Sedar atau tidak sudah 9 hari kita berada di bulan Januari ini..cepat rasanya masa berputar..dan minggu pertama persekolahan sudah berlalu..tahun ini ada 42 minggu persekolahan..hmm, merancang yang terbaik dan melaksanakan perancangan dengan penuh bersistematik adalah intipati P&P aku pada tahun ini..Kadang2, rasa sangat ketinggalan cara saya mengajar..kadang2 rasa macam saya mengajar salah konsep je sebab murid2 saya masih di takuk lama..kadang2 rasa hebat juga la melihat prestasi murid2 saya meningkat dan melepasi ujian2 pelepasan..dan paling penting insya ALLAH, saya akan sentiasa ingat dan bersyukur kerana saya kini seorang guru..

Saya seperti entri2 dahulu selalu menyatakan bahawa, profesion perguruan ini bukanlah menjadi impian saya sejak kecil lagi..memang tidak terlintas dalam fikiran saya untuk menjadi guru..namun, semuanya telah berubah dengan hanya 1 panggilan dari Penolong Kanan 1 SMK Dato Abdul Rahman Yassin, Jb..terima kasih kepada Cikgu Ishak Md Nor (ketika itu) kerana memberi peluang kepada saya menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih pada tahun 2004..

Masa itu saya rasa bertuah kerana ada sekumpulan rakan kerja yang sangat baik, berhemah tinggi dan suka bantu membantu..seluruh warga SDARY dari pengetua sehinggalah ke staf bukan akademik bukan lagi saya anggap seperti rakan sekerja malah seperti keluarga rasanya..dan dari situ, penampilan dan ketrampilan guru2 yang berhemah ini membuat saya 'jatuh cinta' terus kepada profesion ini..

Budaya kerja dan situasi semasa saya di SDARY menyebabkan saya seronok berkhidmat dan seterusnya setiap hari saya ke sekolah mengajar dengan perasaan sangat gembira..kegembiraan ini saya kongsi dengan anak2 murid saya..saya pastikan setiap anak murid saya ketika itu juga akan berasa gembira ke sekolah..terutamanya ketika mengajar mata pelajaran sejarah..walaupun ramai yang berkata, sejarah merupakan satu subjek yang membosankan, namun saya cuba terapkan yang terbaik supaya anak murid saya tidak buta sejarah negara..

Saya jadi jurulatih bola baling sekolah..memang seronok juga kalau berjaya membawa murid2 yang bermasalah disiplin ke dalam padang lantas secara tidak mereka sedari, mereka telah dilatih berdisiplin..yang merokok terus meninggalkan tabiat merokok..yang tidak hormat guru akan lebih memperbaiki sahsiah dan yang tidak terurus penampilan akan lebih berketrampilan positif..semua itu telah berjaya saya laksanakan dengan bantuan guru2 secara berperingkat2 dan kerana perasaan seronok itulah pasukan bola baling kami bawah 18tahun berjaya menduduki tempat ke 4 MSSM Daerah JB tahun 2005..dan bawah 15 menjadi naib johan MSSM Daerah JB 2006..

Ogos 2006, saya meninggalkan sebentar profesion ini kerana bertukar bidang kerja..Logistic Planner di sebuah syarikat bumiputera di Masai.. saya sempat berkhidmat selama 2 bulan sahaja..hehehe..bukan saya lari atau berhenti suka2..saya mendapat tawaran berkhidmat di Perod*u sebagai PARTS EXECUTIVE..masuklah saya bertugas November 2006..pun semasa dah bekerja dengan gaji yang lumayan saya sentiasa berdoa agar saya akan kembali ke sekolah semula..

Alhamdulillah saya mendapat tawaran KPLI pada jun 2007..dan setahun di IPRM saya ditempatkan di sini..Kapit, Sarawak..dan sehingga ke hari ini kecintaan saya masih menebal..cuma budaya kerja di sini amat berbeza dengan di SDARY..jadi adakalanya saya sedikit tergelincir..adakalanya saya sedikit marah dan adakalanya saya menjadi sangat bersemangat..saya gusar ketidakstabilan seperti ini akan mengganggu misi saya.. dan saya sentiasa laparkan pengalaman2 baru dan pedoman2 lama seperti cikgu ateh dan pn suraya..agar jalan saya tidak bengkok dan syok sendiri..

WASSALAM..

Monday, December 21, 2009

Majlis Perkahwinan


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Semalam hari yang sibuk bagi saya..Seawal jam 6pagi saya telah keluar rumah mengambil rakan2 serumah di kapit dari Kedah dan Terengganu yang turun ke JB sempena Majlis Perkahwinan Samsol..Mula2 Wan sampai..selepas itu jam 7 Aswad dan akhir sekali Amran jam 10pagi..Semua kawan2, saya tempatkan di sebuah hotel di Jalan Meldrum..hotel itu sahaja yang membenarkan pelanggan masuk awal..hotel lain mengikut waktu standard jam 2petang..

Jam 1.30 petang, perjalanan menuju ke Felda Air Tawar 1 bermula..ambil masa 1 jam jugalah dari JB nak kesana..sampai2 je, pengantin baru je tiba..sempat juga kami menonton persembahan zapin..sangat menarik sebab selalunya hanya ada acara silat saja..tapi kali ini untuk kali pertama saya melihat persembahan zapin di majlis perkahwinan..Wan, Amran dan Aswad begitu teruja..teruja lihat zapin atau penari? sendiri mahu ingatlah..hehehe...

Ramai juga rakan2 semaktab yang hadir..ada Fauzi & Nen, Faizal, Sid & Zawi (ini muka2 biasa)...hehehe..Sementara menunggu pengantin makan dan melayan tetamu, kami berborak sakan..bukan selalu dapat berjumpakan..kalau tak majlis perkahwinan jumpa masa cuti sekolah saja..

Pulang dari rumah Samsol, saya membawa rakan2 serumah ke Jusco Tebrau..pergh..hampir 3 jam juga disini..mereka pulun window shopping..Kemudian menuju ke destinasi terakhir malam itu..Danga Bay.. Saya pun jarang2 juga ke Danga Bay..banyak perubahan juga..sekarang sudah ada zoo danga bay..siap bergambar dgn harimau tu..pergh, seram juga..dah la besar..hehehehe

Hari ini, nak pusing mana tak tau..hehehe...


WASALLAM..

Sunday, December 20, 2009

Nostalgia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Pertengahan tahun 1996 hinggalah tahun 1997, kawasan ini sering menjadi tempat kunjungan saya..Jalan Meldrum, Jalan Wong Ah Fook & Jalan Trus di Johor Bahru..Setiap hujung minggu saya pasti melalui lorong2 belakang di Jalan Meldrum membeli komik ALAM PERWIRA dan menikmati sarapan pagi di restoran Mamak disana..kenapa saya ke sana? saya ada mengikuti kelas tuisyen di pusat tuisyen di kawasan ini.. sebelum kelas bermula, saya akan pastikan membaca komik kegemaran sambil makan nasi lemak dan teh tarik..Komik ALAM PERWIRA adalah antara bahan bacaan yang tidak saya pernah tinggalkan walaupun 1 isu pun..begitu 'taksub' ketika itu dengan komik..

Itu cerita 13 belas tahun dahulu, semalam saya kembali berkesempatan menyusuri sekali lagi Jalan Meldrum di waktu malam,,,wah, perubahan dan perubahan..cantik dan lebih kemas...Walaupun saya tidak tahu lagi samada kawasan ini masih lagi 'kawasan panas' untuk kegiatan yang tidak bermoral seperti dulu, namun ada sedikit kekaguman.. sekurang2nya keprihatinan PBT memperindahkan kawasan ini dapat juga menutup 'kegelapan' yang pernah wujud sejak dulu lagi...

Jalan Segget di waktu malam pun sudah ada aktiviti perniagaan dinamakan Bazar JB..Lebih tersusun dan rasanya jadi tumpuan warga bandaraya jugalah.. Cuma, pagi tadi ketika menjemput Wan dan menghantarnya ke hotel di Jalan Meldrum, ada ternampak jugalah kegiatan 'mak nyah' di sekitar Jalan Trus..

Apa2pun JB tidak seperti dahulu lagi...


WASSALAM...

Friday, December 18, 2009

SALAM MAAL HIJRAH

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Lama sudah saya tidak mencoretkan apa2 dalam blog ini..Nak katakan bercuti, mungkin ia..nak katakan mahu menutup blog ini pun iya juga..Hmm, sedar tidak sedar masa berlalu dengan sangat pantas..

Kepada kawan2 pembaca blog ini, saya telah kembali menulis..salah satu sasaran untuk tahun baru..

Apa2 kepada semua selamat menyambut Maal Hijrah..Semoga tahun ini membuka lembaran baru dengan semangat kental dan patriotisme yang tinggi kearah pembentukan jati diri yang unggul..

Cuti sekolah pun bakal berakhir tidak lama lagi..banyak persiapan yang perlu dilaksanakan bagi melicinkan minggu awal persekolahan..

Selamat Berjaya kepada diri sendiri...

WASSALAM..


Friday, August 21, 2009

Selamat Kembali RAMADHAN


www.ariep.blogspot.com