Tuesday, August 07, 2012

Anak Murid Saya (Episod 1)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah dipanjangkan usia dan kesihatan yang baik untuk menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan ini. Kehidupan di Kapit dilalui seperti mana hari-hari sebelum ini. Sedar tidak sedar, 1 Ogos yang lalu genaplah aku 4 tahun menjadi pendidik di bumi Kapit ini..Sekejap sahaja masa berlalu..

Lama tak mencoretkan catatan di blog ini menyebabkan idea untuk mengarang semakin kurang.. Sejak ada facebook, memang jarang untuk aku berinteraksi menggunakan blog..tidak seperti awal pembabitan tahun 2004 dahulu..Macam2 hendak dikarang, diulas dan diperkatakan..kira ketagih juga la masa tu nak mengemaskini status dan cerita..hehehehe

Tahun ini seperti biasa, masih menjalankan tanggungjawab untuk mengajar kelas Pemulihan Khas.. Mengajar murid2 yang masih dikategorikan istimewa kerana ketidakbolehan untuk menguasai kemahiran 4M dengan baik. Aku juga sudah mula mengambil murid2 tahun 1 yang sungguh tegar, bermula JUN lalu..Murid2 ini setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran hampir 8 bulan masih belum dapat mengenal huruf a-z...Sedihkan..

Mengendalikan murid2 tahun 1 amat2lah sukar...pelbagai karenah yang perlu ditangani dengan baik tanpa diakhiri dengan kemarahan..apa yang dapat dilakukan aku tahun ini ialah menarik minat mereka untuk SUKA belajar dan SUKA ke sekolah...Bila mereka dah suka, maka proses P&P akan lebih mudah dijalankan..


Alhamdulillah, murid tahun 2 kali ini sangat2 bersemangat untuk belajar..tidak perlu dikerah sangat, mereka rela untuk membaca, menulis dan membuat latihan matematik...Yang paling menakjubkan, ada 2-3 org murid yang tidak boleh mengenal huruf semasa tahun 1 sekarang sudah boleh membaca dengan lancar..Alhamdulillah..Pembentukan pembesaran otak kanak2 berbeza2..Jadi kalau mereka lemah dan lambat, janganlah terlalu memaksa dan marah..

Ini anak murid saya di tahun 2 bernama Anthony Alvin.. Dari raut wajah dia, ramai yang akan menyangka murid ini istimewa..Murid ini sukakan warna2 dan tidak gemar menulis sangat..Kalai menulis dan menyalin, akan ada huruf yang ditulis terbalik..Dia masih dikategorikan tegar kerana tidak boleh mengingati huruf a-z.. Pencapaian terbaik setakat ini ialah mengenali huruf a,i, e dan k..Kebolehan istimewa dia, boleh meniru aksi aku berjalan..hebat2..hehehe

Murid ini berbangsa Kenyah. Namanya Kennedy Tanjung. Setakat ini, dia merupakan murid pemulihan yang paling kosisten dan menakjubkan pencapaiannya. Semasa tahun 1, dia memang tidak kenal huruf dan nombor. Bila naik saja tahun 2, tiba2 je dia boleh membaca dengan lancar plus sekarang ini dapat melaksanakan operasi tolak secara mengumpul dalam lingkungan 1000.


Nama dia Daniel Jus..Murid tahun 1..Suka termenung dan bersendiri..Suka berimaginasi sendiri..Fizikalnya seperti kanak2 istimewa..Memang istimewa sebab dikalang kawan2 dia yang aku ajar, dia seorang sahaja yang boleh mengingati dan mengecam huruf a-z..Dia suka berjalan2 dalam kelas ketika saya mengajar..hehehe dia jalan2 tengok gambar2 dan baca perlahan2 ikut suka hati dia...hehehehe

Sekian, akan bersambung..(dah mcm cikgu ateh nya blog banyak part...) hehehe







1 comment:

Ateh Salim said...

Tahniah kerana memberi nyawa semula kepada blog ini. Saya pun sejak akhir-akhir ni banyak berehat pulak.