Monday, August 15, 2011

Pertengahan




Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Lama tidak mencoretkan apa2 disini..Alhamdulillah, sebagai umat islam kita telah melalui 15 hari dan menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan..Sesungguhnya kita di bumi bertuah Malaysia ini sangat beruntung..Keamanan dan kestabilan serta perpaduan disini membolehkan kita menikmati perjalanan kehidupan yang boleh dikatakan 'selesa' dan 'tidak terkongkong'. Semoga perpaduan dan semangat kesetiakawanan ini akan terus 'mengharum' tambahan pula kita sedang berada di bulan penuh keberkatan dan menjelang hari kemerdekaan negara tidak berapa lama lagi...

Kehidupan di Kapit berjalan seperti biasa..Sejak dari bermulanya penggal kedua persekolahan tahun ini, banyak perkara yang perlu diatur dan direncanakan agar berjalan seperti yang dirancangkan..Guru2 UPSR tidak menang tangan mempersiapsediakan anak2 murid mereka dengan pelbagai ilmu dan skil menjawab soalan..Guru2 tahun 1 dan 2 berkursus KSSR dan Ujian Pelepasan Linus..Guru2 matapelajaran lain pun sama2 bertungkus lumus mengajar dan mendidik anak2 murid supaya bukan sahaja bijak akademiknya, malahan mulia sahsiah peribadi...Bukan senang hendak memanusiakan manusia lebih2 lagi jikalau ada yang sudah terlalu selesa dengan budaya dan adat resam yang berbeza..Namun, seperti kata pepatah,yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan..

Kelas Pemulihan aku agak terganggu sedikit kerana kekurangan guru yang kritikal..7 orang semuanya..Selain kelas pemulihan, aku juga mengajar kelas perdana untuk Matematik dan Bahasa Malaysia..Agak sukar hendak memberi kualiti dengan jadual waktu 36 waktu seminggu dengan situasi murid yang pelbagai kategori ini..Cuba yang terbaik untuk mengajar mereka, sekurang2nya bila mereka naik tahun 4, semua sudah pandai membaca..Daripada 8 orang murid pemulihan aku, 3 orang sudah mampu membaca dengan lancar, bakinya juga boleh membaca tetapi belum beberapa lancar..Insya Allah, bagi beberapa bulan yang tinggal ini akan cub
a mengilap lagi.. Dalam pada itu, aku turut menerima beberapa murid baru dari sekolah2 lain dan mereka masih belum menguasai 3M dengan baik..terpaksa bermula dari awal semula..Situasi yang sering berlaku setiap kali menghampiri akhir tahun..Entahlah, tidak tahu apa motif perpindahan murid yang tidak menguasai 3M dari sekolah hulu atau bandar ke sekolah aku setiap tahun sejak aku mula mengajar disini..Cabaran2..


14 Julai lepas, pasukan robotik sekolah yang aku latih telah memasuki pertandingan World Robotic National (Zone L)-kawasan tenga
h Sarawak yang melibatkan 4 bahagian di Sarawak (Kapit, Sibu, Mukah dan Sarikei)...30 buah sekolah termasuk sekolah2 elit telah mengambil bahagian.. Tidak disangka2 anak2 murid aku berjaya menduduki tempat ke 4 keseluruhan..Kejayaan yang sangat membanggakan sebab sekolah dari Kapit kan..bukan selalu sekolah dari Kapit berjaya di peringkat seperti ini..Berbaloi jugalah melatih murid2 tahun 5 dan 4 ini..Semoga kejayaan ini akan diulang ditahun2 akan datang..Insya ALLAH..

Okay, bertemu lagi nanti..


WASSALAM

2 comments:

Ateh Salim said...

Tahniah kerana murid2 mendapat tempat dalam pertandingan robotic. Murid2 kita boleh berjaya jika dilatih dengan latihan yang sistematik.

Tahniah sekali lagi.

Mohd Zairi said...

perpindahan pelajar ke sekolah tu maknanya hang memang Arif wahai arep. pihak yang berkenaan menyedari kebolehan hang untuk mendidik mereka agar pandai membaca. tahniah.