Sunday, June 19, 2011

Cuaca Panas

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah baru selesai menyiapkan rph dan soalan2 latihan untuk murid2 esok. Pening kepala juga kerana banyak soalan berlainan skil digubal untuk menyusuri tahap pencapaian murid2 ini. Mengajar kelas pemulihan ini bukannya ada set soalan yang tersedia dibeli di kedai2 buku..Kalau ada pun jumlahnya sangat terha
d dan bercampur2 skilnya..Tapi sedikit sebanyak bersyukur ada juga penerbit buku yang menjual buku2 khas untuk murid2 yang masih lemah penguasaan 3M ini.

Pertengahan tahun telah berlalu..Murid tahun 3 daripada 13 orang yang masih belum menguasai 3M, 8 orang telah menunjukkan peningkatan..3 orang daripadanya sangat2 menunjukkan kesungguhan..Walaupun selalu kena marah,cubit2..mereka tetap mahu belajar dan sangat rajin datang ke kelas tepat pada masanya..Apa yang mendukacitakan aku sekarang ialah perkembangan murid linus tegar tahun 2 amat perlahan..daripada 7 orang murid, hanya seorang bersungguh2..seorang lagi sedang menunjukkan minat..selebihnya statik perkembangan..Sebagai guru baru, aku masih belum dapat mengenali tingkah laku sebenar seseorang murid dengan berkesan. Nak kata istimewa, bila diuji dengan instrumen yang dibekalkan oleh KPM, mereka lulus
dan tidak menunjukkan ciri2 istimewa pun..Hmm, kena tingkatkan usaha...

Rabu dan Khamis lepas, aku mengiringi seorang murid sekolah aku ke latihan persediaan pertandingan robotik peringkat zon L Sarawak di Sibu..Baru sahaja sampai dari semenanjung dan penat perjalanan belum hilang, dah kena pi Sibu lagi..Huhuhu, tapi tak kisah sangat la, sebab aku pun memang guru penasihat kelab robotik sekolah..Mem
ang tahun ini bercadang nak hantar wakil bertanding..sekurang2nya, murid2 di Kapit ini ada keyakinan untuk bersaing dengan murid2 dari bahagian Sibu, Mukah dan Sarikei..Rombongan dari Kapit ini disertai oleh Pegawai PPD, 4 buah sekolah rendah dan 2 buah sekolah menengah..hebat tu..itu baru latihan belum pertandingan lagi..Semangat yang ditunjukkan oleh PPD (budget tahun ini ada kot) menyemarakkan lagi semangat aku untuk latih murid2 sekolah aku berjaya...(target 10 teratas)..Kalau berjaya boleh ke peringkat seterusnya di Bintulu..Insya ALLAH..

Arwah Pak Majid Berbaju Hitam

Dalam perjalanan pulang ke Kapit, aku melayari facebook dan terbaca info dari seorang guru di SDARY..aku terkejut...Pak Majid (PAR di SDARY,telah bersara akhir tahun lalu) telah kembali ke rahmatullah..Bergenang juga airmata aku..Teringat semasa majlis perkahwinan aku, arwah datang tapi aku belum sampai di rumah..arwah sanggup ke hotel penginapan aku..Katanya lama tidak jumpa aku..memang betul sejak aku berhenti jadi GSTT 2006,kami dah jarang berjumpa..Banyak kenangan bersama dengan arwah...semasa di SDARY 2004-2006, arwah antara terapat dengan kami GSTT...Main ping pong bersama, pergi ambil surat di JPN dan PPD pun sekali, mengeteh malam2 pun sama2..pendek kata arwah macam abang pada kami.. Semoga roh Pak Majid dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang dikasihi ALLAH..budi dan jasa akan aku kenang sampai bila2..

Berjumpa lagi...WASSALAM

3 comments:

saiful said...

Dah lama saya tak jenguk sini. Rupa-rupanya dah kembali update...

AJ Style's said...

hehehe..tiba2 je terasa nak menaip kembali...terima kasih kerana masih sudi kesini

Unknown said...

Assalammualaikum, bertahun tak singgah kt blog AJ ni, apa khabar? Busy cikgu kita ni....