Tuesday, November 02, 2004

JADI CIKGU BEST KE?

Assalamualaikum WBT..apa khabaq geng? ada sihat? Alhamdulillah..aku? hmm, agak2 koranglah macamana keadaan aku la ni? Aku pun kurang percaya apa yang aku lalui sepanjang bulan ini mengajar aku satu lagi episod baru dalam perjalanan sebuah kehidupan..Tiada benda yang mustahil untuk digapai andai ada usaha berterusan dan diizinkan oleh DIA...Kegagalan yang aku hadapi ini tidak melemahkan semangat dan semakin menyemarakkan aku terus memburu sebuah kejayaan..bohonglah kalau aku katakan aku dah lupakan dia 100%..tapi hakikat yang aku perlu akui disini, tiada jodoh antara aku dan dia buat masa ini..terima kasih epol ngan izzud atas kata2 semangat..aku kenal epol..kawan aku sejak kami sama2 belajar sekelas di Pusat Matrikulasi UUM 1998...ternyata kalau dia ada dekat mau gak aku duk sembang ngan dia..aku ngan dia sering bertukar2 fikiran andai ada permasalahan yang berlaku antara kami...waktunya ialah time2 nak tido..berbual2 sampai masalah dapat dikusutkan..rindu lak kenangan dedulu..
Hmm, kali ini aku nak story sket tentang perjalanan kehidupan seorang yang bernama guru...mungkin antara geng2 yang baca catatan aku ni keliru dengan kehidupan aku..Setiap orang ada corak kehidupan masing2..x sama antara satu sama..amat berbeza..kata pepatah rambut sama hitam hati lenlain kan..macam tu la aku...dalam usia yang baru masuk 24 tahun..sebenarnya aku sedang mencari kerjaya yang tetap..aku bukanlah seorang guru sebenar..sekadar guru sandaran (kontrak) yang hanya memenuhi kekosongan2 yang ada sementara menunggu guru2 baru yang sedang study kat IPT abis..aku akui bila2 masa aku ngan geng2 GSTT boleh ditamatkan perkhidmatan dan kembali menganggur..Kerjaya guru ni aku mula2 mohon sebab sekadar cuba2..akhirnya pada awal Januari 2004..En ISHAK Penolong Kanan SDARY call aku..adakah aku minat untuk mengajar..dalam fikiran aku masa tu hanyalah untuk dapatkan keje semata2..tak terfikir aku kerjaya seorang guru ini memerlukan banyak pengorbanan...
13 Januari 2004 aku memulakan hari pertama bergelar seorang guru di SDARY JB..kerjaya yang tidak pernah aku idamkan sejak dari aku kecil lagi..sehari demi sehari..berganti minggu dan bulan dan kini hampir setahun menjadi seorang guru aku mula mengerti prospek guru ini amat menyinar...aku mula berminat untuk meneruskan kerjaya ini..faktor utama ialah sebab niat aku untuk membantu anak bangsa aku berjaya dalam pelajaran, menjadi orang yang berbudi kepada ibu bapa, keluarga, agama dan masyarakat...memang dulu aku hanya fikirkan pasal duit..tapi bila aku dah mula menyelami kehidupan murid2 aku kat sini..aku bersyukur aku dilahirkan dalam keluarga yang lengkap dalam semua aspek..mak ayah aku memberikan aku ilmu secukupnya untuk aku menjadi MANUSIA...sebab tu aku nak kongsi apa yang ada dengan murid2 aku yang ada di antara mereka serba kekurangan..korang mesti x caya kalau aku cakap kat JB ni masih ada lagi bapa nya yang kerja nelayan...nelayan kat JB yang lautnya teruk tercemar..berapa sangatlah pendapatan mereka...aku pun x kaya..kalau aku kaya lama aku tolong mereka..tapi walaupun aku x kaya aku nak gak kongsi benda lain yang mungkin mereka boleh manfaat dikemudian hari...ILMU & PENGALAMAN...
Dulu cita-cita aku ingin menjadi ahli perniagaan yang berjaya macam Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary..nak jadi sebijak Bill Gates...bila dah berjaya nak bantu golongan yang susah..hati aku tersentuh setiap kali aku melihat anak2 kecil mengayuh basikal ke sekolah yang jauhnya hampir 10 km setiap hening pagi...wajah anak2 kecil ini tidak sedikit pun menunjukkan kepenatan..ceria gembira beriringan berkayuhan beramai2 ke sekolah..terdetik di hati aku betapa kuatnya jiwa mereka ke sekolah...biar apa2 pun niat mereka ke sekolah mereka tetap gembira..berbanding dengan bebudak kat bandar..beza yang ketara..setiap kayuhan itu aku dapat rasakan betapa harapan mak dan ayah mereka supaya mereka berjaya dan dapat mengubah nasib keluarga..setiap iringan mata si ibu menghantar anak ke sekolah pasti memasang impian agar anak mereka akan menjadi HERO keluarga..memecahkan kepompongan kesusahan yang dihadapi...Setiap peluh ayah mencari rezeki pasti akan berbalas sekiranya anaknya menjadi orang yang berjaya...semuanya memasang impian yang sama...aku pun ingin berkongsi ilmu aku yang sedikit ini bagi merealisasikan impian ini...Di sinilah kerjaya guru aku lihat dapat memacu mereka ini ke arah impian murni ini...
Setiap kali aku berada di dalam kelas..aku ikhlas mengajar..sebab apa aku fikirkan setiap duit gaji yang aku dapat adalah hasil ilmu yang aku sampai kan kepada mereka..cuba bayangkan kalau aku mengajar semata2 untuk akhir bulan dapat gaji...berkatkah rezeki yang aku dapat....aku bukan mengajar mereka semata2 untuk lulus exam, tapi untuk mereka jadikan ilmu panduan untuk hidup mereka..keikhlasan dalam melaksanakan kerja amat penting..tanpa minat dan kesungguhan pasti kita akan buat kerja yang diamanahkan tanpa ketenteraman..
to be continue ngantuk la...hehehehe WASSALAM..Selamat berpuasa ye!!!

4 comments:

sikura kiut said...

huish..apsal aku lmbt tau kejadian yang menimpa kawan aku nih... apa aku nak cakp kat ko ariep...sabarlah..tak der bende yang paling besar rahmatnya selain bersabo... sabo ..macam aku ni ha... ekekekek... ada rahmat di sebalik kejadian..kite mmg tatau... tp nak menempuh tu mmg perit (kata2 dr uran yg ada pengalaman sket2).. maybe ada uran laen yg lebih baek yg di cipta utk ko...
ish..jadik cekgu besh apa... lebih lebih lagik jadik ustazah cam aku nih..ustazah macho... muahahahaha...
so..sabar na...
sayoonara!!!!!!!!

Anonymous said...

Saya tak jadi guru pun orang pangil Cikgu. Hehehe...

-Saiful-
www.saifulazrul.cjb.net

tomei said...

sama le kiter..tak minat dah jadi minat.sekarang dah jadik sedap pulak!eheh..

Anonymous said...

hehe..
best lah tuh bleh face reality life..
hehehe..
bleh letak paragraph byk sket tak..
senang nak baca.. hehehe
sbb cam kelabu jer nak baca..

-obeys