Friday, November 05, 2004

SELAMAT MENEMPUH SPM 2004!!

Posted by Hello


Assalamualaikum..sejak aku dah gheti nak upload gambar guna picasa asyik gatai je nak carik gambar2 yang bersesuaian dengan konsep blog aku ni.. Apa2pun firstly i would to give a special thanks to Ms IELA (www.sakuraku.blogspot.com) yang menolong aku mencipta kelainan yang aku x tau lagi macamana nak bikin lagi dalam blog aku ni..terima kasih iela.. Seperti yang aku cakap masa awal2 aku menulis aku x tau apa2 pun nak buat website..menuntut ngan Mr. Saiful Azrul (www.saifulazrul.cjb.net) pun x abis lagi..Nak harap roomate aku Mr. Epol..hehehehe (www.chikaro.blogspot.com) dulu dia macam aku gak..duk depan PC layan CM 2002..hahahaha..
Hmm, this week telah bermulanya exam SPM 2004 secara rasminya.. bila congak2 semula dah 7 tahun aku meninggalkan alam persekolahan yang banyak mengajar aku erti usaha tangga kejayaan.. Sampai ke sekolah tadi aku lihat beberapa orang student sedang bz membaca nota2 ringkas untuk Kertas 2 Matematik Tambahan..Awalnya kertas Add Math.. rasa macam x sesuai je letak Add Math di awal2 peperiksaan..Masa aku exam SPM 97 , paper ni adalah paper aku yang terakhir sekali dan aku ada gap seminggu untuk bersedia... Sedang mereka beratur nak masuk ke dewan peperiksaan , aku lalu menuju ke kelas ada 4-5 orang budak form 5 yang baik ngan aku minta doakan mereka berjaya...Insya Allah aku pasti selalu mendoakan kejayaan anak bangsa aku..kejayaan yang mereka kecapi kelak pasti menjadi pemangkin kepada aku untuk mengorak langkah ke arah yang lebih gemilang...(itu pun kalau aku tak kena buang lagi) hehehehe.. Aku senyum ke arah mereka dan mengangkat tangan menunjukkan ibu jari isyarat supaya mereka yakin untuk menempuh exam tu..dari riak wajah mereka yang bercampur baur aku terkenang masa aku dedulu..mereka ibarat cermin kepada aku...sama macam mereka aku begitu gentar setiap kali melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan..di fikiran aku ketika itu terkandung bermacam2 (macam macam ada!) paling aku utama ialah HARAPAN MAK & AYAH AKU!! setiap kali aku merasakan motivasi aku menurun aku ingatkan 5 patah perkataan ini...itulah azimat meraih pencapaian yang sederhana dalam SPM ketika..dengan berbekalkan ilmu yang aku tuntut, keberkatan ilmu dan Rahmat dari ALLAH aku berjaya perolehi 5A (12Agg) dan aku bersyukur perit jerih mak dan ayah serta guru2 aku berbalas akhirnya..aku x pikir ini adalah usaha aku sebab aku ni jenis yang kena suruh baru nak study..dan atas usaha mereka ini aku berjaya!!! Alhamdulillah...
Gambar kat atas ngan bawah ni adalah gambar yang aku amik semasa aku jadi guru pengiring program motivasi SPM pada awal OGOS lalu..Jadi GSTT pun bleh jadi cikgu pengiring ek? hehehe..dah cikgu2 lain bz je..aku pun kira macam best je follow program ni..bukan apa aku pun dapat belajar banyak perkara dari beberapa pakar motivasi muda yang sebaya ngan aku...muda2 dah jadi pakar motivasi..rezeki masing2 kan..macam2 program yang dilaksanakan..antaranya dalam gambar tu ialah MANDI BUNGA..menarikkan xtvt mandi bunga ni...Cara2 mandi bunga stlye motivasi ialah pelajar2 duduk dalam kumpulan, semua skali mengukir bacaan selawat atas NABI SAW, sambil fasilitator mula memasuki jiwa dan minda pelajar dengan bicara yang aku rasa aku sendiri pun sebak mendengarnya..kaedah psikologi yang cukup ampuh..bercerita tentang keluarga, masa depan dan berbicara andai kedua ibu dan ayah sudah tiada...airmata aku bergenang sama..aku manusia biasa x dapat lari dari mengenang dosa2 yang pernah aku laksanakan...bila suasana semakin hening dan syahdu...pelajar2 akan disiram dengan air oleh guru2..EN YUSOF untuk pelajar lelaki dan PN RAHA bagi student pompuan...kenalah tu En Yusof umpama bapa dan setiap siraman dan usapan di kepala pelajar aku perasan budak paling taiko kat sekolah pun menitis air mata...Budak pompuan x yah cakap la ada yang meraung menjerit minta maaf kat cikgu2 yang ada kat situ..INsaF kejap aku..Menjadi sungguh program MANDI BUNGA ni...(aku ingat mandi bunga buat cari jodoh je hehehehehe!!!)
Aku harap kesedaran mereka bukan sebentar..aku harap kesedaran mereka akan membungakan kejayaan yang cemerlang buat diri sendiri dan keluarga..Bangkitlah adik-adikku dari lena yang nyenyak ini...buktikan kepada semua kamu adalah terbaik dikalangan terbaik walaupun sebelum ini ramai yang memperlekeh dan memandang serong peribadimu..Andai terjerumus ke jurang paling dalam daki lah satu persatu tangga mendongak ke langit..melihat pancaran matahari dan cahaya bulan serta bintang2..lihatlah ke atas..di sana ada cita-citamu..disana ada gengaman erat keluargamu..di sana ada cinta ayah dan ibumu bersatu...disana jua ada sejuta harapan bangsa dan agamamu..tinggalkanlah pengaruh terpesong ini..tinggalkan sebutir kaca di jalanan..kejarlah permata di kayangan..bukan mustahil tangan mengapai awan..andai ada kemahuan di puncak kesedaranmu..bangkit adik2 ku..biar mereka lihat keagungan ciptaan ILLAHI menongkah arus mencipta revolusi di dalam dirimu...
Wokey..mata dah mengantuk ni..selamat menjalani ibadah puasa ..WASSALAM...

2 comments:

Anonymous said...

nak mandi bunga nanti ajak aku skali tau.. hehe..

izzud

tomei said...

pernah buat mandi bunga untuk student tahun satu masa universiti dlu..rasa rindu nak alami masa-masa belajar..teringat plak batch zarqalian 97' MRSM PDRM..