Tuesday, November 09, 2004

SIMPAN DUIT UNTUK KAHWIN?!!

Comelnya Anak Sedara Aku!!! Posted by Hello


Tadi masa dalam bilik guru Najib tanya kat aku..lebih kurang macam ni la ayatnya " Ariep, ko bila lagi nak saving wat kahwin..kitaorang ni dah menuju kearah tu( dia ngan Faiz).." aduh..bisanya jiwa mendengarnya...Bukan apa..sejak cinta suci aku ditolak dari tingkat 40 KLCC aku rasa macam malas je nak pikir pasal saving buat kahwin...baik aku saving bayar hutang PTPTN ke, saving nak bagi kat orang tua aku atau saving beli kereta Honda Civic idaman aku..Dengan sedikit hipokrit & egonya aku jawab aku dah ada peruntukan simpanan untuk kahwin..sekadar nak cepat menamatkan soalan cepu2an yang bakal menyusul selepas tu...Hmm, entahlah mungkin aku rasa rendah diri sangat kot..atau saje nak memadamkan kenangan2 aku ngan I...Aku sedikit kecewa dengan sikapnya yang dingin...kecewa persahabatan lampau tak dapat disambung kembali sebagaimana dulu sebelum aku menyatakan hasrat hatiku..kenapa ek? korang ada jawapan x? Aku dah tolak semuanya demi nak jaga hati dia..susahnya nak faham hati seorang wanita bernama IZURA...(kan dah tertulis nama dia) Kalau pun dia dah ada pilihan hati takkan setakat kawan balik ngan aku tak bleh..nak larikan wajah dia setiap kali bertembung kat sekolah..rasa nak marah pun ada..hati dia je nak jaga..hati aku yang menyirap ni berasap2 mintak di siram dengan kejujuran sebuah persahabatan..Bila terkenangkan kejujuran teringat aku kat best friend aku FIEZAH...
Hmm, harini aku send sms kat adik angkat aku yang dah lama menyepi..NANA orang Pahang..lama aku menyepi dari dia atau dia yang x dapat contact aku selepas aku menukar no. tepon baru..Bila ingatkan Hari Raya yang semakin menjelang aku teringatkan kisah aku dan dia 3 tahun lepas..masa tu dia baru nak SPM dan aku baru masuk 21tahun..Pengalaman hidup dia jadikan aku semakin berhati2 untuk menghadapi perjalanan hidup yang penuh duri2 halus yang kadang2 kala lebih berbisa dari racun...andai haluan hidup terpesong pegangan lak tak kuat mau jugak terjerumus ke lembah hina..itulah kehidupan..NANA sekarang sedang jalani latihan untuk jadi PRAMUGARI..wah wah wah..cun sey adik angkat aku ni leh jadi stewardess..Tapi aku x paham kenapa dia leh tukaq cita2 awal nak jadi peguam..dia pelajar pintar...englishnya superb!!petah berkata2..kita hanya merancang ALLAH jua yang menentukan..banyak pengalaman aku ngan dia...Satu aku doakan dia sentiasa dilindungi ALLAH dari segala kecelakaan dan pengkhianatan manusia, sentiasa dikuatkan iman sebab jadi PRAMUGARI bukanlah suatu yang mudah..mencabar andai iman ditolak ke tepi..dia call aku dan cakap "I MISS U!!" dengan suara yang cukup aku rindui satu tika dulu......

2 comments:

Anonymous said...

biasa nya pompuan mmg cam tuh..
susah nak kembalikan frenship after all that thing happen.. tetambah lagik kalo ari2 terpaksa berdepan ngan muka org yg sama.. kalo tak caya tanya lah pompuan2 kat luar sana.. hati pompuan sukar utk di ramal kan..

hope one day.. u'll find a better woman..a right star s pretty s in ur dream..

~obeys~

Anonymous said...

terima kasih obeys..segala pandangan dan pendapat kekawan saya jadikan pedoman ..INsya ALLAH..


-ARIEP-