Thursday, December 09, 2004

CUTE TAK BABY NI??

Posted by Hello


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua geng2 yang selalu duk melawat blog aku yang sejak 2 menjak ni jarang di update.. Syukur kehadrat ILLAHI atas rahmat dan kasihnya kita bersua kembali.. Sepertimana yang sedia maklum pc aku rosak so kena kumpul duit untuk beli yang baru dan Alhamdulillah aku dengan bantuan mak aku Isnin lepas dapat jua merealisasikan untuk beli pc baru murah aje..tak sampai Seribu..aku pakai processor AMD SEMPRON aje..janji aku leh menaip, surfing ngan main games CM..
Lupakan kepada bahang hari raya yang hampir ke penghujungnya.. Mood raya masih terasa di JB terutamanya minggu ni sebab di sini akan diadakan MESRA AIDILFITRI JOHOR di DANGA BAY..huyooo aku rasa kesesakan bakal melanda jalan tu..hmm, nak gi ke tak? aku sebenarnya suka gi ekspo ke tapi kalau terlalu PENUH malas lak aku nak gi.. 11 HB ni pun Pengetua Sekolah aku buat open house..musti pergi..hehehe..ada la sebabnya yang aku terpaksa off record kat sini..pastu ada jemputan kahwin kawan sama tingkatan 5K1 SMTJB batch 96/97..Sheryza bt Fawzi..siap call ngan hantar card sebab dijangkakan akan diadakan reunion kat sana...dari Gelang Patah ke Kulai..hmm..ok jer..dapat kumpul semula setelah 7 tahun membawa haluan memasing memang berbaloi..silap2 nanti yang datang ada membawa anak sendiri...sebab apa yang aku tau adalah antara kawan2 aku ni kawin awal..hehehehe
Buat ex classmate sekolah jugak Juliyana atau nama glamernya ANA.. selamat bertunang 5 disember lepas..tambah sorang lagi geng aku bakal2 mendirikan masjid..Pad 28hb Nov 2004 lepas gak member baik aku semasa di MATRIKULASI UUM ISWANDI a.k.a SID melangsungkan perkahwinan dengan aweknya sejak Matriks gak WATIE di Penang..sorry geng aku tak dapat pi..12 hb disember lak giliran akak angkat aku AZYANTI yang akan melangsungkan di Tongkak Pechah..pastu member sekelas aku masa Matrikulasi gak AZIZAL akan melangsungkan dengan LILY SURIA (dua2 ni kawan sekelas ni!!) pada 19hb disember di kl..epol ajak aku gi..aku dah pakat ngan azmi nak gi sama...Insya ALLAH pastu nak mengepow epol apa yang patut la kan..hahahaha siap sedia ko..jangan ko pi Labuan udah ler...
Minggu lepas aku mengalami peristiwa duka dan ada sedikit berita gembira...Gembiranya sebab bos tepon aku tanya nak sambung x kontrak guru..apa lagi dengan sepantas kilat aku memberikan respon yang sesangat positif atas pelawaan murni en juhair tersebut..Alhamdulillah dapat gak sambung..dan aku harap dapat diserap menjadi cikgu betul sebab aku seronok jadi cikgu ni..menabur ilmu yang tak seberapa kepada anak bangsa... Peristiwa duka nya semasa aku dalam perjalanan balik dari Melaka ke JB Selasa tibanya di kilometer 144.6 dalam pukul 4.20 gitu sedang aku memecut dalam kelajuan 110kmj memotong pelbagai jenis kenderaan tiba2 melayang sebiji batu kecil dari arah hadapan merempuh cermin depan keta lalu booop..(bunyi belon pecah) nasib baik ni kali kedua aku mengalami kejadian ni..dengan mengontrol hati dan minda aku berhenti di lorong kecemasan..cuba membersihkan serpihan cermin dan kaca halus yang memenuhi ruang dashboard dan alas kaki kete...semakin dikeluarkan semakin banyak lak cermin yang berkecai menjadi kaca halus..tangan aku dah berdarah kena tusukan kaca kecik je luka tapi lelehan darah tak ingat banyak...pastu aku teringat mak aku ada bekalkan plastik alas meja yang lutsinar..kebetulan kot..aku rentangkan menutupi cermin depan yang lopong...aku harap tak hujan..dan dari tangkak aku mengubah destinasi ke Batu Pahat umah Nenek aku..kat sana ganti cermin baru murah sebab pak ngah aku ada kawan mekanik..rm200 melayang2..hehehe...malam tu aku stay umah nenek aku..esoknya baru aku balik JB..terima kasih kepada kak hamilah kerana sudi menggantikan aku jaga SPM di sekolah...jasa mu ku kenang...bukan mudah mencari orang yang baik hati hari ni...off record gak sebab aku banyak sakit hati dengan perangai segelintir manusia...biar peristiwa ni jadi pengajaran kepada aku supaya jangan terlalu baik hati dengan segelintir manusia..ingat...buat baik berpada-pada buat jahat sesekali takpe ikut situasi dan tidak melampaui hukum ALLAH...
Minggu ni kitaorang GSTT ngan BOS serta pekerja2 kat sekolah bergotong royong menanam pokok bunga..pergh!! bukan mudah nak mencangkul dan mengangkat segala benda...aku akui aku sesekali pun jarang sangat mencangkul tahun ni aku ingat 3 kali je ..sekali bulan 6 lepas, sekali semalam dan harini...pinggang aku sakit tak ingat!!...tangan lagi..tapak tangan lagii...aku budak bandar yang jahil bab2 berkebun ni..tu yang kekok..aku sendiri cakap ngan bos aku yang aku tak biasa mencangkul..hahahahah!! berani berkata sebab perkara yang benar kan...kalau tak boleh atau tak biasa jangan la sesekali tunjuk eksyen..sendiri mau ingatla kemampuan masing2.. Aku banyak belajar gak dari apa yang aku buat semalam dan harini..bukan senang seorang petani bercucuk tanam menyara kehidupan keluarga...aku insaf dan cuba menyelami apa yang dirasai oleh mereka...aku bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang serba ada..bukan berada...bertuah tu aku maksudkan tidak perlu berkebun dipanas terik...aku sanjungi mereka yang gagah membanting tulang empat kerat mencari rezeki..bukan mudah...itulah kehidupan dunia...masing2 telah ditentukan haluan dan kerjaya..
Wokeylah geng panjang lebar dah ni..mata pun dah kelip2 macam kelip2 kat kuala selangor..hahahahah!!! esok aku sambung... WASSALAM...
p/s: SIAPAKAH NAMA BABY DIATAS? (jawab!!!)

No comments: