Tuesday, December 28, 2004

MALAYSIA MENANG NASIB???!!

Marilah Belajar!!



Assalamualaikum w.b.t kepada anda semua.. kabare? Hmm, lama tak update!! busy la ( alasan yang paling ampuh digunakan!! hehehe) Cuti sekolah pun dah semakin ke penghujungnya..Rasa macam baru je semalam aku mengemas bilik guru sempena cuti sekolah pertengahan November lepas.. Cepat masa berlalu.. Andai terleka pasti kemunduran akan bersarang dalam minda..Banyak perkara yang berlaku dalam minggu ni dan lepas..Paling dahsyat seperti yang kita semua maklum Tsunami...Subhanallah..Maha suci Allah Tuhan yang Maha Berkuasa di seluruh Semesta.. Sesungguhnya manusia ni sangat2 kerdil dan teramat lah lemah dengan kuasa alam...Sehebat mana pun mereka di dunia ni ada lagi Maha HEBAT & tiada dapat ditandingi.. ALLAH..Jadikan kejadian yang menimpa ini sebagai peringatan kepada diri sendiri dan dalam masyarakat khususnya untuk memperbaiki kelemahan dan dosa2 yang telah kita laksanakan... Kepada waris mangsa2 yang terlibat diucapkan takziah dan semoga roh mereka akan ditempatkan dikalangan mereka yang dirahmati NYA.. Ingatlah pepatah ini "KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGGA"..
Jumaat lepas, aku ngan Azmi gi cuti-cuti Malaysia ke Shah Alam n KL..Mulanya aku taknak pi sebab faktor2 kewangan..tapi memandangkan kesungguhan Azmi ngan Jai mengajak aku, akhirnya aku gi jugak bukan kerana terpaksa tapi betul gak Azmi kata nanti dah time naik sekolah sibuk tak ingat!! so time ni la nak melapangkan minda yang semakin tepu...meleraikan kusut dan menemukan semula kerenggangan yang semakin menjauh antara kami ... Kami dulu masa kat Matrikulasi umpama adik beradik...susah senang bersama..Susah nak carik rakan2 yang betul2 memahami situasi diri kita harini..kalau ada pun mungkin boleh dibilang dengan jari kaki..!!hehehe.. Sampai Shah Alam tepat 3.00 petang..terus ke Kompleks PKNS office Jai Pej Biro Tatanegara Selangor...lepak sat kat office dia n petang tu pukui kitaorang pi seksyen 7 jumpa EPOL..WAJA ko lawa la EPOL..Semakin MACHO member aku sorang ni..(macho tang mana aku pun susah nak habaq) hehehe..Sembang lebey kurang mana yang patut kitaorang pun bersurai..EPOL nak balik TEMERLOH..ada hal yang nak disettle kan...pastu aku, jai ngan azmi gi KL.. survey laptop JAI kat Low Yatt..Kerja Pegawai BTN macam Jai memang best!!! rasanya banyak benda yang aku kena OFF d Record kat sini..yang pasti sebagai Seorang MELAYU kita perlu sedar bahawa kita tidak boleh selalu selesa dengan keadaan sekarang.. Walaupun negara kita makmur dan aman, kita perlu sedar ancaman yang akan melanda bila2 masa sahaja..Walau apapun aliran politik yang kita ikuti TAPI kita masih berada dalam SATU AGAMA DAN BANGSA.. ISLAM tidak menuntut kita kepada perpecahan...jangan jadikan isu politik untuk kita berkelahi..MELAYU tetap 1..tiada 2 dan 3..bukan UMNO mahupun PAS atau sebagainya...MELAYU perlu ada kekuatan mempertahankan kedaulatan...Dan aku sebagai GURU KONTRAK akan pastikan anak bangsa aku tiada kira agama apa pun, akan aku terapkan nilai-nilai murni demi kesejahteraan bersama..aku akan serapkan cabaran untuk mereka sedar dimana bumi berpijak disitu langit dijunjung...Bak kata Jai " Seorang doktor andai dia tersilap hanya 1 nyawa akan terkorban, tapi andai seorang guru tersilap langkah kesannya lihatlah kepada remaja masakini"
Malam aku lepak kat PUTRAJAYA..Jai belanja Satay Kajang Hj Samsuri...memula tu amik SYAM kat Presint 9..(melilau gak carik umah mamat ni)..Lama x jumpa pasti korang boleh agak apa yang kitaorang berbicara...hmm, terserempak lak cikgu MATRIKULASI..ajaib malam ni..sebut je nama cikgu ni terus muncul depan mata..Kuasa Tuhan..Cikgu Wahab (ajar aku subjek pengurusan ) & cikgu Fuad( Felo Matrikulasi)...Sorry ek Saiful Azrul x dapat jumpa hang..Masa suntuk untuk gi jumpa kekwan kat KL..Malam tu kami tido di KEM BTN MERU KLANG..jumpa la kekwan JAI..ZZzzZZzz tido lah apa lagi penat berjalan seharian...

No comments: