Saturday, December 18, 2004

RAMALAN ATAU KEBETULAN?

~Earth,Water,Fire, or Air?~

Kedudukan dalam keluarga juga boleh memberi gambaran terdekat tentang personaliti dirimu. Apatah lagi ia boleh dikaitkan dengan empat unsur asas seperti tanah, air, api dan angin. Jadi, apa kata kamu nilai sendiri keputusan kali ini.
Tanah - Anak pertama, kelima dan kesembilan
Air - Anak kedua, keenam dan kesepuluh
Api - Anak ketiga, ketujuh dan kesebelas
Angin - Anak keempat, kelapan dan kedua belas
Tanah
Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melakukan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. Oh ya! Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan kedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.
AIR
Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam kategori air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih berseorangan... bolehlah mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini!
Api
Individu yang tergolong dalam kategori unsur api ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.
Angin
Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin akan membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong daripada unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.
p/s: Aku amik maklumat kat blog yang aku surf menarik untuk dikongsi ( www.nurzety.blogdrive.com ) harap tuan punya blog ni x marah ek..aku main amik tanpa permisi... Wah cikgu Tomei udah balik...pasti dia menganaszzzzzz dalam masa terdekat ni..apa ilmu ko blaja kat KB meh la kongsi kongsi ngan bakal adik ipar ko..hehehehe (perasan lebih!!)..
Liverpool akan menentang Bayer Leverkusen saingan peringkat ke 2 Champions League 2005..hehehe harap2 bleh makan la Leverkusen ni..Khabarnya Benitez nak beli ANeLka ngan MorieNteS...pergh!!!
Wokey..ChowZ CHIn SIn..WASSALAM..

2 comments:

Anonymous said...

Ariep, unsur mana? Hehehe...

Saya tengok Biar betul tu sampai nak pecah perut gelak. Memang lawak!

Bab spyware tu memang ada perisisan yang boleh check. Better remove spyware yang ada dalam pc. http://www.unwantedlinks.com/removespyware.htm

Ariep boleh review kat situ. Sorry lewat reply sebab agak sibuk kebelakangan ni. Laman saya pun tak begitu terurus... Hehehe...

-Saiful-

Anonymous said...

salam...
surf surf tadi baru perasan bloggie ni..
thanx la sbb share things dkt blog zety and publish at your blog..
i'm honoured..hehehe..
take care....