Wednesday, January 26, 2005

UPDATE!!

Musim Bola MSSD JOHOR!!



Assalamualaikum WBT.. kepada semua geng2 yang setia melawat kesini..mohon kemaafan yang teramat sangat kerana bulan ini adalah bulan yang penuh dengan kesibukan kepada aku..Aku pun tidak mengerti kenapa kesibukan di sekolah menjadikan mood aku untuk mencatatkan sesuatu di ruang maya ini amat terhad.. Dari minggu pendaftaran pelajaran, meeting itu dan ini, mesyuarat rumah sukan, latihan bola sepak MSSD bawah 18 ngan 15,latihan sukan, nak siapkan register tingkatan aku,nak siapkan maklumat peribadi student2 aku,mengira jumlah kutipan yuran yang angkanya mencecah ribuan ringgit MALAYSIA, membantu Ketua PANITIA BAHASA MELAYU sekolah aku menyelesaikan PELAN STRATEGIK & PELAN TINDAKAN dan sehinggalah tugas aku yang paling mencabar mengalas cabaran menjanjikan kecemerlangan kepada anak bangsa...MENGAJAR..Hmm, ingat senang ke jadi cikgu ni..susah wooo...tau takpe!! hehehehe...tak caya hangpa leh tanya ex cikgu2 hangpa dulu..mesti diaorang sependapat ngan aku...PERCAYALAH!!! tak caya lagi leh tanya cikgu TOMEI yang bz ngan baju2 sukannya!! hahahahaha!!
Disaat aku mula mengajar, aku mula merasa kepayahan dalam proses P&P sebab ada diantara pelajar yang tak pernah aku ajar tahun lepas...nak adapt ngan situasi baru ni sedikit mengelisahkan aku kerana apa yang aku ajar ada yang tak dapat..bahaya ni..so aku kena cepat menggunakan kaedah lain yang mampu menarik perhatian mereka..agar mereka tidak terus ketinggalan aku menggunakan teknik you answer the questions i will give you any prize..huyoo..aku tak berkira sangat dalam mengeluarkan duit poket sendiri demi merangsang minat untuk student aku mencuba belajar dirumah..berjaya!! namun aku tahu tindakan aku ini sememang tidak tepat!! tapi aku bukan lah guru yang terlatih..terus terang aku tak tau satu hapah pun teknik2..yang aku tau aku ikut gerak hati aku sendiri macamana nak tarik perhatian anak2 murid aku...kalau aku pikirkan cara itu tak bagus aku gunakan kaedah pemerhatian guru2 lama mengajar, bertanya dan teruskan bertanya..bukan senang nak kawal semua pelajar yang bermacam2 karenah dan tahap iq yang masih ditahap rendah..kadang2 aku gunakan lawak senario pun ada..teknik lakonan pun ada...semuanya demi mereka...Alhamdulillah setakat ini berjaya la 60%..walaupun ramai yang tak pernah diajar oleh aku tahun lepas tapi mereka boleh mengikut konsep ajaran aku yang tak sesat!! hehhehehe..dan aku tau ada kelompok pelajar yang anti kat aku terutamanya pelajar2 yang tak pakai tali leher...aku pantang nampak student tak pakai tali leher..orang lain boleh pakai..kenapa tak dia..sebat terus ke punggung...lagi satu budak2 pompuan yang tergedik2 macam lawa...lawa lagi ex2 awek2 aku dulu2...hehehehe..tapi tak perlu risau budak2 yang backing aku lebih ramai lagi...dari form1 sehinggalah form 5..semua ada kaki beb..
Hmm, aku sedang merancang budget untuk lawatan ke Langkawi..pening gak kepala..6hb ni ada KONSERT HARUMAN FIRDAUS 6...macam nak gi tapi..belanjawan aku kureng mengizinkan..kalau abg wan nak belanja ON terus...lama tak sembang ngan abg wan..rindu la aku kat suasana masa belajar di UUM... aku diami kawasan sintok tu hampir 5 tahun...zaman remaja aku banyak dihabiskan bersama2 kawan2 di sana...rindu kat dewan2 kuliah, kat The Mall, Rhassa Delight? ( ada lagi ke?) library, Sekolah Pengurusan (La dah tukar Falkulti),lego, kompleks sukan( tempat aku jogging petang masa aku jadi super senior sem 8 ) dan kawasan perdatingan ngan best friend aku FIEZAH kat KOLEJ PETRONAS..dan juga kolej kediaman KOLEJ PERWAJA...
Wokeylah geng..aku nak siapkan menanda buku2 karangan..berpinar mata melihat pelbagai2 jenis tulisan....untuk epol& cikgu TOMEI oooiiiii update lah!! WASSALAM...

2 comments:

Anonymous said...

Saya pun sibuk sangat bulan ni...

www.saifulazrul.cjb.net

Anonymous said...

elehssss..die tuh nam tahun tak update!lagi mau sound..

untuk konsep pengajaran..daripada apa yang aku timba waktu kat maktab..dah betul dah cara kau tuh..tapi ia seswai dengan panggilan pengajaran melalui penghargaan..penghargaan macam jenis..ada segi hadiah atau wang ringgit atau kata pujian dan galakan...kalau pujian dan galakan actually die dah merangsang emosi yang boleh merangsang stimulasi pembelajaran..

banyakkan stimulasi mesti menjadi...

eheh!aku pun masih belajar...