Monday, February 07, 2005

Kita Hanya Merancang DIA jua Penentu Segalanya!!

Cedera Semula!!





Assalamualaikum WBT.. Apa khabar semua!! Firstly i wanna to say sorry to bro. idzwan and all my juniors at UUM..Saya hanya merancang tapi ALLAH jua yang menentukan segalanya..Aku harap KONSERT HARUMAN FIRDAUS 6 semalam berjalan dengan lancar dan antara yang terbaik pernah dilaksanakan sejak tahun 1998...Hmm, sememang aku meluap-luap hendak ke KHF 6 sebab banyak faktor..antaranya sebab FIRDAUS..tapi aku kena pikirkan banyak faktor yang lebih di utamakan untuk kesana...satu faktor tanggungjawab, dua faktor kewangan dan ketiga faktor sekeliling...Hmm, dalam berkira-kira nak ke UUM pada pagi Sabtu yang lepas dalam suasana selepas bergotong-royong sebab semua sekolah di Malaysia mengadakan majlis Gotong-royong Perdana untuk membasmi kawasan pembiakan nyamuk khususnya dan untuk membangkitkan keceriaan kawasan sekolah umumnya aku dengan beberapa orang cikgu bermain bola sepak menentang pasukan bawah 15..dan semasa aku sedang mengejar bola yang sememangnya aku dalam posisi menjaringkan gol sesuatu yang selama ini menghantui aku menjelma semula...lutut aku terseliuh kembali akibat padang yang tak rata...pergh..hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya masa tu..aku dapat merasakan tulang lutut aku umpama dipulas dua...macam batang tebu kita patahkan...
Perkara pertama yang bermain difikiran aku ialah macamana aku nak pi mengajar? Kedua macamana aku nak bersenam lagi? ketiga macamana aku nak gi UUM malam ni? keempat kalau patah gerenti aku kena diberhentikan kerja..sebab nak pulih amik masa yang lama...lagipun aku kontrak...tiada cuti...kalau nak cuti kena potong gaji..kalau tak keje mcmana nak bayar hutang2 yang menimbun..pergh........itu adalah perkara2 pertama yang aku fikirkan sebelum rebah di atas padang...laju gak otak aku berfikir...0.00000000001 saat..UNIK ciptaan ALLAH...Aku panggil cikgu Wan suruh dia tolak kaki kanan aku segera...selepas 3 minit aku berjaya bangun dan berjalan...tapi terincut2 la..hmm, alhamdulillah tak seteruk yang aku bayangkan..aku bleh lagi gi meeting yang diadakan pada pukul sebelas pagi...masa tu ok lagi masih tak bengkak kot..balik umah aku paksa gak kaki tekan pedal minyak...sakitnya !! pergh...Ayah aku urut sket...sambil membebel..hehehe sayang gak dia kat aku!! Ayah aku memang pandai urut tapi dah tak kuat sangat...so petang tu aku call BOY member aku semasa kat COSMOPOINT minta tolong dia bawakkan kete ke tempat urut cina di KG UNGKU MOHSIN...kata orang tabib cina ni pakar dalam hal2 membaikpulih tulang2 yang patah...heheheh..memang betui masa aku datang dah ramai pesakit2 terdiri daripada berbilang bangsa..amik no aku dapat no sebelas..tunggu kat sejam baru giliran aku..
Prrraaaaaaapppppppp!!!!!!!!!! aduh!! aku hanya menjerit dalam hati bila tabib tu dia lunjurkan kaki aku atas lutut aku...dia berbual ngan aku..dia kata tulang lutut aku gerak sket...alih2 je dia rentap kaki aku yang besar ni...aku terpusing ke belakang menahan keasyikan kesakitan...tak sampai 5 minit pun dia betulkan lutut kanan aku...then dia letak ubat herba yang bau dia pergh boleh tahan wangi gak..and balut ngan bandage n plaster...itu aje? aku pun x sebab tanya nak pantang x makan...nak kena datang lagi x? bayaran hanya RM 16..BOY tak ikut masuk sebab dia takut nak tengok aksi tabib tu yang ganas... Apa2pun aku ucapkan terima kasih kat BOY sebab dia memang kawan yang baik...dia muda 3 tahun ngan aku tapi kematangan dia tinggi...mingkin dia bercampur ngan ramai orang dewasa...
Harini aku MC sebab memang tak leh bergerak sangat..aku harap kecederaan ini dapat pulih b4 next monday..aku risau amik mc ni sebab budak2 kat sekolah tu takkan belajar kalau takde cikgu...harap cuti panjang ni aku nak cari formula baru nak jadikan anak murid aku pelajar yang berkualiti, cemerlang, gemilang dan terbilang.. WASSALAM

2 comments:

As said...

Salam,
Saya nak tanya, okay ker kaki lepas buat rawatan dekat ungku mohsin nie coz saya bercadang untuk mendapatkan rawatan di sini.
Tq

shafiq zulkifly said...

askm, nak tanye.. kalau sprain ankle yang ada masalh ngan ligamen dia bleh ubatkan juga tak?