Sunday, March 06, 2005

SUKAN SEKOLAH DAH ABIS..UJIAN LAK PASNI

Assalamualaikum WBT..semoga semua geng2 sihat sejahtera disamping orang2 yang disayangi..rasanya hampir 2 minggu aku tak mengupdate blog aku ni..ada ke yang merindui tulisan aku yang merapu ni..hehehe...Kalau ada terima kasih aku ucapkan kepada semua yang menyokong..Hmm, sebelum aku menulis lebih panjang, aku ingin mengutarakan tentang GAGAL DALAM MERANCANG ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL!!! Korang mesti biasa mendengar ayat ini...tak kira dimana korang pernah lihat atau mendengarnya sesungguhnya dalam kehidupan ini kita sepatutnya sudah mampu merancang sesuatu perancangan yang dapat memacu kita ke destinasi cita2 yang kita idam2kan selama ini..sejak dari bangku sekolah apabila cikgu kelas kita tanya, Ahmad awak dah besar hendak jadi apa..akan terbitlah jawapan...saya nak jadi askar cikgu...saya nak jadi polis cikgu..Hati murni lagi suci seorang kanak2 sememang tidak mampu membohongi sesiapa..Sehinggalah kini adakah apa yang kita cita2 telah digapai dengan sesempurnanya...Hmm, sebagai seorang dewasa adakah mampu kita memandu cita2 kita ke matlamatnya..atau sekadar memerhati cita2 melencong ke persimpangan dilema..(apa yang aku merapu ni!!)
Kesimpulannya, kita kena ada perancangan untuk memastikan hidup kita dalam keadaan sempurna, ceria dan sentiasa diberkati ALLAH SWT.. INSYA ALLAH sama2 kita...23hb yang lalu telah berlangsungnya Kejohanan Olahraga SDARY kali ke 28..dah tua gak umur sekolah aku..hehehehe..ialah aku baru nak masuk 25..Hmm, so far persiapan untuk kejohanan ni takde la sesibuk tahun lepas..walaupun tahun ni yang akan merasmikan ialah YB ADUN Kempas...wah happening sey!! Berdasarkan pengalaman dari tahun lepas...semua kerja menghias dan angkat mengangkat ni diserahkan kepada GSTT...wakakakaka...tapi atas dasar dah ade pengalaman semua kerja ni di sub kan kepada para pelajar...so P&P tak berjalan sangat sehari seblm sukan..kelas aku still go on..Najib n Faiz la bz sebab diorang incharge bahagian persiapan..aku cuma backup waktu tak mengajar...Aku ditugaskan sebagai Pegawai Penolong Pelepas...kena diri kat tengah panas...pergh!! takpe keje biar ikhlas jangan nak mengeluh beb!! bila ikhlas INSYA ALLAH DIA akan memudahkan perjalanan tugas kita...semua siap seperti yang dirancang...
Pagi tu aku sampai awal...mengalahkan cikgu2 pagi lak...kuikuikui selepas perhimpunan dan amik attendance kelas semua gi padang dan aku sudah dapat merasakan acara sukan kali ni bakal kelam kelibut...dengan sistem suara yang disewa gagal berfungsi dengan sempurna dan banyak benda last minute yang kena buat...angin bos aku pun kureng!! selepas acara perasmian dirasmikan oleh YB, aku mengambil tempat untuk memulakan acara 100m...kelakarnya aku nengok budak2 form 1 yang amik bahagian sebab diorang takut dengar bunyi pistol yang digunakan oleh Ketua Pelepas...selepas aku beri penerangan yang sepatutnya maka bermulalah tugas aku sampai jam 2ptg...penat toksah cakap la..kena berdiri dan dibawah terik mentari...aku tabahkan jua hati(hahahahahah)..acara ni untuk pelajar so kita kena beri 101% ...hehehehe !!! sambil aku menjalankan tugas, aku ngan najib tak henti2 menjerit memberi sokongan kat peserta rumah masing2..aku ngan najib buat macam tu sebab kitaorg rasa sukan dah tak macam sukan..tak meriah..so bila kitaorang start gile2 ada la cikgu yang ikut..suasana jadi kecoh baru best sukan macam ni tak skema..
3hari lepas sukan ada post mortem, bos marah dan nasihatkan jawatankuasa yang terlibat supaya belajar dari kesilapan...bos memang seorang yang bertimbangrasa..walaupun dia marah masa hari sukan tapi dia ttp maintain jaga imej perguruan...tak macam PK aku sembur cikgu2 dalam perhimpunan depan budak2...aku bengang giler ngan dia...rasa kalau aku ni berjawatan tetap mau je aku balas balik...(dengan cara baik)..Minggu lepas juga sekolah aku kehilangan seorang pelajar form 1 meninggal dunia akibat langgar lari ketika melintas lebuhraya pasir gudang untuk kembali ke rumah dan hari yang sama budak kelas aku patah tangan semasa waktu main bola PJ..Aku menghantar budak kelas aku ni ke Hospital selepas waktu sekolah 7 lebih..nak balik umah jalan tutup ada cheng ge..(orang cina berarak) hantar je kat kecemasan, aku menunggu bersama2 abg budak ni ex student sekolah aku...sebelah aku aku terperasan ada sorang budak pompuan pakai lencana sekolah aku..aku tanyalah kenapa dia ada gak kat sini...(soalan bodoh ke?) dia cakap adik tiri dia (sama baya) kena langgar..meninggal..tersirap darah aku...sian aku nengok mak dia...menangis kat tepi wad kecemasan..aku sms Penyelia Petang (en bahrin) bagitau then ustaz Muiezz dan semua guru2....Student kelas aku ni (rozawani=lelaki ek!) kena tahan kat wad dan sehingga sekarang dia masih di wad sebab kena masuk besi dalam tangan dia..tulang dalam lengan dia patah 2...sian gak dia ni...dia kata nak cepat kuar sebab next week ujian bulanan ...entahlah kenapa doktor ni lambat sangat nak operate dia( besi x cukup ke? ke sebab harga besi mahal ingat x mampu nak bayar ke ape?) Aku sian nengok rozawani..dah la ada masalah family yang melanda..OFF the Record..manusia mmg banyak karenahnya..aku bersyukur sebab family aku tidak seperti family dia..dalam usia yang muda banyak perkara yang nak dia pikirkan...
Hmm, esok perlawanan bolasepak under 18 bermula kat sekolah Seri Perling, harap budak2 sekolah aku berjaya membuktikan walaupun mereka lemah dalam pelajaran tapi ada bakat lain yang boleh dibanggakan..Wokey, mata pun dah mengantuk..kat atas tu gambar anak sedara aku dah hampir sebulan kat LONDON..rindunya kat dia...so WASSALAM

No comments: