Wednesday, November 02, 2005

MARHABAN DI ASTRO- HYATT JB












Assalamualaikum WBT..apa habaq geng2 semua..sihat hendaknya..Ramadhan semakin ke penghujungnya..dan Syawal sudah semakin hampir mengamit pada umat ISLAM..semoga amal ibadah yang kita laksanakan di bulan Mulia ini akan diberkati ALLAH SWT..INSYA ALLAH..
Apa ek nak cerita? sepanjang bulan Ramadhan masih dalam proses mencari keje yang menarik..menghadiri beberapa sesi temuduga..mengunjungi kompleks-kompleks membeli belah di JB ni dan pelbagai lagi aktiviti..Sekarang ni semua shopping complex di JB pack dengan manusia segenap lapisan masyarakat..Aku gi Plaza Angsana Ahad lepas..pergh!! macam semut la manusia..jalan pun leh berselisih bahu ke bahu..semua nak membeli belah membuat persediaan Hari Raya..Pelbagai gelagat manusia aku perhatikan..tokei kedai senyum lebar beb!! setahun sekali takpe tapi berniagalah dengan jujur..jangan letak harga yang tak sepatutnya..kalu kita jujur berniaga Insya Allah rezeki kita akan berlipat kali ganda..kat Angsana siap ada gerai kuih raya Keluarga Asmawi Ani..meriah sungguhlah..
Pada 29hb Oktober lepas aku telah berjaya menghadirkan diri Majlis Berbuka Puasa anjuran Astro sempena Marhaban di Astro..menang kot sebab buat slogan untuk program ni..Aku dapat membawa 3 orang..Aku bawa adik aku, AMIN ngan Ahmad..so 6.30petang aku ngan member2 ni dah sampai mendaftarkan diri di Hyatt..memang best la Majlis tapi tak seramai Majlis di KL..satu meja 10 orang dengan setiap meja diletakkan dua orang artis..Meja aku dapatlah AZIZI AF1 ngan pemain gitar kumpulan SOFAZ(orang tak kenal pun mamat ni)...selain kami berempat..meja aku ada gak satu family ni...kira meja educated la ni sebab family ni cikgu..hehehehe meja cikgu!!
Majlis bermula dengan berbuka puasa la dulu,makan kuih dan bermacam2 jenis makanan..hmm, bleh tahan la tapi best lagik mak aku masak..apalah chef hotel ni..tapi oleh kerana free makan aje..(banyak cakap plak aku!!) aku tegur ABG EZZS..makan sakan mamat ni..hahaha..pastu ABG WAN ngan ABG MIDI..lama tak jumpa diorang..Lepas Solat, ada acara nyanyi menyanyi..Layankan aje..hmm, menarik jugak program nyanyi2 ni..ada lagu raya..ada lagu sedih..ada lagu gelek2..hahaha...sempatlah aku bertegur sapa dgn ZAINAL ALAM KADIR(WAYANG SIAPA?),KAER,ZAHID,AZIZI,BOB(MESSSSSSSSRA KE?) dan ramai lagik..
MAWI?hahaha..ada..dia ada..ayah dia pun ada...aku sempat bertegur ngan dia..nampak macam penat aje..tapi dia tak lokek la memberikan senyuman..Malam tu dia nyanyi lagu SEROJA(duet ngan bob n Za8),Pergi Tak kembali(duet ngan Firdaus),lagu arab tu(duet jugak ngan Firdaus), lagu Junjungan Mulia(ramai2)...aku suka part nyanyian mawi aje sebab dia nyanyi lagu berunsur nasihat..barulah tercapai objektif aku..hahaha..FIRDAUS nyanyi lagu raya...Malam tu AHMAD ngan AMIN kena tarik naik atas pentas..aku pun hampir terjebak..AZIZI suruh aku naik..siap turun bawah tarik..tapi alasan baik so selamat aku daripada kena wat CAT WALK atas pentas..AHMAD ngan AMIN kena tarik ngan ZAINAL ALAM sebab diorang ni dah rapat ngan ZAINAL selepas sesi suai kenal sebelum majlis..(ROKOK SAPA? ROKOK KiTA..)
Majlis abis kul 10.30malam.. balik..balik...bergambar? hehehe!!

1 comment:

Mohawk Man said...

The perfect workplace crime: The blog break
So I would have started this article last week, but there was all this interesting stuff on Romenesko, and then the Huffington Post had some delicious, pre-indictment speculation about the Plame case, and, of ...
Thought you would like to know that.

later,

Mohawk Man

Travel in style with private jets