Wednesday, January 04, 2006

Selamat Tahun Baru Masihi 2006

Assalamualaikum WBT...lama tak mengarang ni..kesibukan yang teramat sangat ketika ini..Kepada semua geng2 yang sentiasa melawat ke blog aku ni, walaupun sedikit lewat namun aku nak juga ucapkan selamat tahun baru masihi 2006 kepada kalian dengan harapan agar kedatangan tahun baru ni berterusan memberikan impak yang positif selalu kepada perjalanan kehidupan anda sekalian..Insya Allah..semoga tahun baru ini juga memberikan satu pemangkin untuk kita terus berazam dan melaksanakan azam kita itu dengan lebih cemerlang lagi berbanding dengan tahun2 yang lalu...
Alhamdulillah..segala puji bagi ALLAH..Tuhan yang Maha Berkuasa diatas semua kejadian makhlukNYA..kehadiran 2006 sedikit sebanyak membawa sinar kepada aku..Akhirnya, setelah hampir 3 bulan duk MENGANGGUR akhirnya aku telah memulakan khidmat aku di salah sebuah sekolah Swasta di Johor Bahru selaku seorang GURU pada Khamis lalu..semuanya kuasa ALLAH..ketika aku menerima tawaran bekerja ini, dalam masa yang sama aku juga menerima tawaran bekerja di KL & juga latihan pembankan sekaligus..wah..Syukur dengan segala nikmat dan rahmatNYA..apa yang termampu aku laksanakan sekarang ialah bekerja untuk mendapatkan keberkatan rezeki dariNYA..

Imbasan sepanjang tahun 2005, paling pahit ialah bila diberhentikan kerja pada pertengahan September lalu..Ialah kan kalau dah keje GSTT tu apa la sangat KEMENTERIAN PELAJARAN pandang...nak diserap pun tak diterima..walaupun ada antara GSTT yang kiranya kalau diberikan peluang menjadi guru sebenar pastinya ada dikalangan GSTT ini yang akan mengatasi kemampuan segelintir guru2 sebenar yang bekerja sekadar melepaskan batuk ditangga...Aku gembira selama lebih kurang 1 Tahun 9 Bulan bergelar GSTT aku sedikit sebanyak membawa pelajar2 aku memahami erti kehidupan sebenar walaupun tak ramai tapi mereka sedikit demi sedikit berusaha memperbaiki diri mereka kepada nilai yang lebih positif..

Dah Maghrib ni..so berhenti dulu..WASSALAM

Bawah ni selitkan sekali gambar2 ketika aku masih bergelar GSTT...hehehehe...

















Guru Tingkatan 2UPM..ganas ni student2 aku...











ramainya guru lelaki kan..hehehe..ni nampak ramai sebab campur skali dgn pengetua,penolong kanan...ni guru2 petang sahaja...

No comments: