Friday, August 25, 2006

Lamanya Tak Update!!



Assalamualaikum WBT...geng2 sekalian..sihat? Alhamdulillah kerana kita semua masih mendapat rahmat dariNYA...Hmm, lamanya tak update..malas lah..hehehe...apa nak cerita ek? kena hati2 menulis kat sini kali ni sbb ada anak murid aku yang berjaya menjejaki blog aku..hehehe..bahaya2...tapi takpe..kepada student aku yang dah menjenguk kat sini, anggap ini sebagai bahan bacaan ringan yang mana bahasa dan perkataan disini adalah TIDAK BERSESUAIAN untuk digunakan dalam peperiksaan BAHASA MELAYU yer...AMARAN ni...hahaha...
30 OGOS ni adalah hari terakhir aku mengajar di SD*RY...bukan kena buang keja lagi ek...aku telah berjaya mendapatkan kerja lain di sebuah syarikat LOGISTIK di MASAI Johor selaku Logistic Planner..aku nak lakukan ajakan pradigma..aku kena start semula dari bawah..cari pengalaman dulu sebelum cari kerjaya yang lebih baik..aku pikir selama mana aku nak jadi guru sandaran tidak terlatih ni..masa orang nak gunakan perkhidmtan kita, orang panggil, masa guru2 terlatih dah mai, buang gitu aje tanpa ada pertimbangan sewajarnya....KPLI pun tak lulus2..tapi aku sayang kerja guru ni..macam2 aku dapat dengan berdampingan dgn student2 aku yang pelbagai ragam n dari latarbelakang yang berlainan....entahlah!! tapi kalau tak mulakan perubahan bagaimana plak aku nak berjaya!!! kena berubah!!!
Picture ni diambil semasa Bulan Citarasa Malaysia 1 JULAI 2006...Sekolah aku terlibat dalam pembikinan REKOD MALAYSIA mencipta OTAK-OTAK TERPANJANG DI MALAYSIA..200 Meter tu...Aku pun terlibat sama la..dah kena bawa budak2 ni..pergh!! penat tak ingat!!!dari pagi sampai malam!!! SIJIL pun tak dapat lagi!! kata nak bagi sijil...!!! Yang ADO sungguh!!tapi budak2 ni dapat pengalaman baru dalam hidup diorang kira oklah!!!

No comments: