Friday, March 14, 2008

Tayar Myviku Koyak Tertusuk Besi Di HighWay


Assalamualaikum WBT..lama tak menulis..Korang sihat? Hmm, sekarang ni aku sedang menjalani praktikal di salah sebuah sekolah rendah di Seremban ni..So far boleh dikatakan best dan aku sudah boleh menerima situasi di sekolah rendah..berdepan dengan kanak-kanak memang kena banyak bersabar..tambah2an mcm aku ni yang kurang kesabaran..hehehe..mencabar minda dan jiwa..


Tadi melayang RM 130++ sebab ganti tayar kereta yang koyak besar dan tak bleh ditampal lagi..huhuhuuhu, dah la aku skrg ni mengalami defisit teruk...belanjawan aku since awal bulan Januari lepas mmg diluar kawalan..semester ni dengan menyewa diluar..tapi alhamdulillah rezeki ALLAH sentiasa tidak putus2..syukur aku ada family yang begitu memahami serta rakan2 aku yang sentiasa ada dikala susah dan senang..Aku rasa lah, semasa on the way balik ke Seremban 2 hari lepas, aku ada terlanggar sesuatu yang mungkin menyebabkan tayar aku koyak..tapi masa tu tak perasan la tayar tu dah kempis coz aku memandu sorang2..semalam la aku gi TES*O dgn housemate aku baru aku sedarinya..Alhamdulillah sebab tayar tu tak wat hal semasa aku OTW ke seremban..


Aku skrg ni dalam dilema..tak tau la..aku bukanlah seorang yang suka memainkan perasaan orang lain..atau menjadi tidak bertanggungjawab..tapi aku rasa sangat bersalah kepada dia...Dia masih muda..masih ada ruang waktu yang panjang untuk membina masa depan yang cerah..aku kadang2 terfikir taknak bebankan dia dengan bermacam2 masalah..entahlah..aku harap aku dapat selesaikan dengan cara yang terbaik..aku harap dia faham..


Okaylah geng, idea dah takde la beb..kepada kekawan yang baru dan akan melangsungkan perkahwinan..(Cikgu Ahmad n pasangan esok..tahniah bro..di doakan kebahagiaan korang sepanjang hayat dan dianugerahkan cahaya mata yang soleh n solehah..) sorry, tak dapat jadi pengapit ko..bz la dgn RPH dan nak updated smua assignment yang byk tertangguh...nanti aku belanja ko makan ek..huhuhuhu..okey WASSALAM...


1 comment:

Anonymous said...

dilema lelaki. mcm mn? ada penyelesaian x? sori, ari2 xabs tlg. ops!! :) -zue-