Thursday, July 03, 2008

SEPI ITU ANUGERAH





Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera..Saban hari kita lihat sekeliling kita, apa yang membuatkan kita rasa gembira, suka, bersorak, sedih, duka, hiba, sakit hati, cemburu, prasangka, jatuh cinta..lagi lagi cinta..apa ada dengan cinta? Merungkai maksud cinta itu sendiri memberikan jawapan yang subjektif..Cinta paling agung hanyalah pada Pencipta kita..Syukur dengan cintaNYA maka kita masih hidup dan menikmati segala anugerah dari CintaNYA kepada kita semua..Kita semua pernah merasai nikmat bercinta secara langsung kerana kita lahir juga kerana cinta ayah dan ibu kita..Cinta itu memberikan kita kekuatan untuk maju dan berdaya saing..

Cinta itu memberikan kita semangat untuk berusaha menjadi yang terbaik..Dalam mencari yang terbaik untuk diri sendiri sering aku berpesan pada diri sendiri, berusaha dan terus berusaha..andai rebah dipertengahan bangkit dan teruskan langkah..gagal sekali cuba lagi dan lagi..Walau gagal lagi jangan sesekali merungut..Semua yang terjadi adalah berkaitan antara satu sama lain..Insya ALLAH aku akan gagahi jua cabaran mendatang..Sepi itu bahagia..

Berbicara tentang Sepi, semalam aku dgn Hazawi keluar lagi berdua..Fokus untuk menonton wayang secara marathon..maklumlah semalam harga tiket murah kan..kami pilih waktu yang sesuai agar tidak bertindih untuk bersolat..Kewajipan kena didahulukan juga walaupun nak wat berhibur..Kitorang menonton film DOOMSDAY..aku minat cerita yang ada ala2 zombie ni..Zombi Kampung Pisang pun aku layan gak tau..janji zombi..wakakaka..dan aku tertipu untuk kali pertama semalam kerna takde seekor zombi berupa manusia ataupun haiwan2 ternakan yang menjelmakan diri jadi zombie..wakakaka..yang ada manusia yang dah bertukar habit..nasib baik la takde hobbit dalam lord of the ring kluar..tgh2 tonton bleh pula film tu terhenti dalam 10 minit..projektor dia problem..bleh?..tp takpe sebab dalam pawagam tu hanya ada 4 orang je termasuk aku dgn zawi..aku dah rasa mcm anak tokei wayang tu pun iye gak..wakakaka..

Secondly, kami menonton filem WANTED..boleh tahan la sebab ada action yang best juga..disamping actress berbibir seksi..layan la juga...kalau filem aksi tu faham2 la ek..banyak adegan tidak logik diutarakan...hahaha..




Sepi..penutup marathon.. Keseluruhannya, aku tak bleh nak bagi yang terbaik untuk filem ini...Walaupun orang dan beberapa rakan2 aku duk memuji tapi aku menidakkan betapa Sepi sebuah filem yang ala2 suam2 kuku gitu la...Hanya bahagian cerita Adam dengan pelakon2 yang menghayati membuatkan bahagian cerita itu hidup ... Yang lain, aku tak rasa ianya menyentuh hati aku yang sentimental ini..hanya lakonan Pieere Adre(mcmana nak tulis nama dia ni?) menjadi..aku suka gaya selamba dia..caya la bro!! Pelakon lain pada aku (utk diriku) tak sepenuhnya cuba terbaik..aku pun mcm pernah terbayang babak2 baca sajak tu dalam film apa ntah? Ada apa dgn cinta kot?..Klimaks kurang menjadi dan walaupun cerita ini aku anggap kurang menyengat tapi sesuai ditonton untuk semua orang yang sepi dan yang tak berapa nak sepi..sebab sepi itu pun subjektif juga untuk dijawab..sepi kerana cinta kot?

Iye kot..at the end, aku dgn zawi berdikusi bahawa cerita sepi yang aku dan zawi pernah lalui lebih sepi dan sedih dari apa yang telah kami tonton ini..Sesungguhnya pada aku sepi itu sukar digambarkan...terima kasih kepada Pengarah yang mengarahkan Sepi agar semua orang tau sepi itu wujud dan sepi itu buat kita terfikir matlamat kehidupan kita semua..Adakah sepi itu sebabkan kita tidak percaya pada realiti..adakah sepi itu buat kita sanggup merebut cinta seorang isteri yang masih sah dan mempunyai suami yang baik..adakah sepi itu menidakkan cinta seseorang manusia hanya kerana bentuk fizikal dan keturunan..fikirkanlah..hidup ini banyak cubaan dan cabarannya...

Oklah..Takde idea lagi ni...WASSALAM




Ayat-Ayat Cinta

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

3 comments:

ninot said...

Bro,
aku suka SEPI..tp aku kurang suka bab SUFI sbb mcm kosong jer. imaan ok tp bebiasa saje. Pling best adam sbb dia spantenous dn klakr. aku SUKA!btw, sian suzzy... ;(
Yg best lagu2 membelai jiwaku.. ecehhh...klu diberi pluang aku nk tgk lagi sekali....hhehe KUNGFU PANDA ;P

AJ Style's said...

Nen,

Suka sket je la cerita adam,bila la nak dapat kekasih cun mcm V..hahaha

Anonymous said...

ha ha..suam-suam kuku ke? kalo camtu xpela..tak jadi nak tengok. Nanti kan kuar panggung dengan perasaan tak puas hati..