Sunday, July 06, 2008

KU BERLARI!!


Assalamualaikum &Salam Sejahtera..Semalam aku menonton satu lagi rancangan hiburan yang rasanya lebih bagus dari Akademi Fan**s*a..Sememangnya aku membesar dalam suasana irama nasyid..aku sukanya..mendengar nasyid..menghayati liriknya membuatkan aku terfikir..dalam kehidupan ini memang kita akan sentiasa buat salah..walau dalam sedar atau tidak kehidupan kita hari ini kena ada "sesuatu" yang mengingatkan kita dari perkara2 yang membuatkan kita lupa..Aku pernah menangis mendengar lirik lagu Raihan..betapa zaman kejahilan aku dahulu membuatkan hidup terumbang ambing..kesedaran untuk berubah dari semasa ke semasa kepada sesuatu yang lebih baik perlu disemat dalam diri insan bergelar hamba ALLAH..sejauhmana kita merantau, setinggi mana ilmu dijejaki, seluas mana pengalaman dijangkau, kita perlu sedar tanpa Keberkatan dariNYA maka tidak sempurna hidup kita..aku berpesan2 pada diriku dan kekwan lain..
Mengimbau kenangan di UUM, semasa aku masih menuntut disana..aku gemar aktiviti yang melibatkan nasyid..zaman matrikulasi aku pernah join nyanyi nasyid utk 1 pertandingan sekadar menyokong projek rakan2..seronok..then dalam masa yang sama aku mengenali 2 orang abg senior..senior kah? diorang ni artis nasyid..so aku baik dgn dorang as aku suka sangat lagu2 diorang kan..since 1999 aku melibatkan diri dengan menjadi jawatankuasa menganjurkan konsert nasyid buat kali pertama dalam sejarah hidup aku.. KONSERT HARUMAN FIRDAUS 2..masa tu jawatankuasa biasa je..baru berjinak2 kan...aku belajar banyak benda tentang pengurusan even masa tu tugasku hanyalah menjual tiket2 je..
Then, 2002 sekali lagi KONSERT HARUMAN FIRDAUS 3 kembali semula..kali ini dah jadi antara tenaga penting dalam menjayakan Konsert ini..sekali lagi aku belajar berurusan dengan banyak pihak..bagus juga sekurang2 aku tahu lah bagaimana nak pohon permit menganjurkan konsert2 ni..dengan kebenaran PBT tu walaupun buat dalam UUM..Ke sana sini mencari sponsor bersama2 pengarah projeknya..Alhamdulillah projek ni mendapat sokongan semua pihak dan berjaya dengan jayanya..masa malam konsertnya penuh dewan yang berkapasiti 4 ribu orang..alhamdulillah..bila melihat bilangan yang hadir maka terasa segala kerja2 ni berbaloi..sebab masa ni semua buat kerja secara sukarela..tiada gaji atau untung yang diperolehi..
2003 sekali lagi..huhuhu..sementara nak tunggu konvo aku..Konsert Haruman Firdaus 4 dilaksanakan..walaupun aku dah abis study masa tu namun atas semangat setiakawan dan cintakan nasyid aku sanggup membantu..
Kerana aktif dalam dunia nasyid ni aku berkelana bersama dengan Kumpulan Firdaus ke banyak IPTA & MMU menjayakan konsert2 dan pertunjukan di sekolah2 agama, maktab perguruan Perlis pun ada gi, pusat matrikulasi dan banyak lagi umpamanya PESTA BOLA ERA di PERLIS..siap berkenalan dengan tokei SRC..wakakaka..dapat lepak di CINTA SAYANG RESORT & GOLF CLUB join Famili Day SRC, berkenalan dgn beberapa wartawan dan org tv..artis juga..serta aku rapat dgn junior2 aku yang semester 1 walaupun masa tu aku semester 8..huhuhu..PAK TAM n Geng...apa yang aku alami adalah pengalaman yang berguna kerana apa yang baik aku jadikan panduan dan yang tak baik pastinya aku akan ketepikan..
Pernah juga aku menjadi juri pertandingan nasyid semasa PESTA KONVO & pertandingan di Kolej Kediaman...yang kelakarnya dan sedikit memberi kesedaran kepada aku kerana semasa mengadili pertandingan ini ada juri lain yang pangkat ayah pada aku..masa tu umur aku baru 22 dan mereka sangat pakar dalam irama nasyid..rasa rendah diri pun ada..Ustaz2 ini sungguh teliti kerja pengadilannya..dan diorang datang pakai baju melayu tapi aku hampeh datang pakai tshirt dan slack..aku belajar sesuatu atas kejadian tersebut..
Seronok cerita pengalaman lalu..tapi yang berlalu tak leh diulang kembalikan..so, mana2 yang baik jadikan sebagai 1 kejayaan dalam kita menguruskan kehidupan kita..Semoga perjalanan kehidupan ini lebih bererti agar dapat memberikan sesuatu yang berguna kepada agama, negara, bangsa dan juga masyarakat!! WASSALAM...
Firdaus:
Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu
Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti
Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali
Akbar:
Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan
Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati
Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu
Cat Farish:
Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jgn sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa
Firdaus:
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti
Takkan berhentiBerlari wujudkan mimpi
Terus berlariAgar hidup ini bererti
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi…Berlari..

No comments: