Tuesday, August 19, 2008

Semuanya UntukMU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

17 tahun yang lalu, ketika itu aku berada di tahun 5 Merah, guru matapelajaran ALAM DAN MANUSIA aku bernama Cikgu Normah mengajarku tentang Malaysia.. Sungai Rejang adalah sungai yang terpanjang di Malaysia..Dahulu aku masih gagal untuk menggambarkan panjang sungai tersebut..ialah kat JB mana ada sungai besar2 dan panjang..paling besar aku pernah lihat Sungai Johor di Kota Tinggi..
Tapi itu cerita 17 tahun dahulu..ketika aku baru nak menjejaki kehidupan seorang kanak2 yang berilmu..Kini, 17 tahun selepas itu aku benar2 berada dan melalui pengalaman sebenar di sungai terpanjang ini..Subhanallah, Maha Suci Allah yang menjadikan alam ini penuh dengan kekaguman..Aku skrg berada di Bahagian Terbesar di Sarawak iaitu Kapit..
1 Ogos yang lalu, aku memulakan langkah meninggalkan rumah kakakku di Melaka dengan genangan air mata..Salaman dan pesanan seorang ayah menyentuh sanubariku..tapi aku punya tanggungjawab dan tidak boleh terlalu mengikut emosi..tanggungjawab yang digalas ini sememangnya berat namun itulah kehidupan..seawal jam 6 pagi aku tiba di KLIA bersama mak dan adikku..Samsol pun ikut sekali..dia follow aku dari R&R Seremban ke KLIA bersama familinya..
Setelah check in, aku gi breakfast dulu dengan zawi n omar..McD tu..isi perut dulu..then masa nak berangkat, sekali lagi aku sebak..ciuman emak dan pesanannya sekali lagi buatkan aku rasa berat je nak tinggalkan mereka..tapi aku kuatkan juga semangat..bukan apa kalau layan emosi je sampai bila nak maju dan berjaya kan..fikirkan yang positif..aku naik flight ke sibu dan kapal terbang berlepas tepat jam 850pagi..aku duk dgn sorang awek cikgu dari ipoh..hehehe..sembang2 tapi last2 aku lupa tanya nama dia..huhuhuhu..kepetahannya menyebabkan aku teringatkan si dia..hehehe..
Sampai saja di Sibu, kami yang seramai 80 orang ni dipecah2kan mengikut bahagian..Seperti yang dijangkakan memang nama aku tersenarai ke Kapit..huhuhuhu..walaupun ke Kapit tapi aku tak keseorangan..16 orang semuanya lelaki juga akan ke sana..tapi sekolah lain2 la..tapi sekali lagi diingatkan Kapit ni sebesar negeri Pahang..bayangkan 16 org ni dipecahkan ke bahagian yang sebesar itu..ada beberapa orang yang akan mengajar di pendalaman P1, P2 dan P3.. Aku bersyukur kerana tidak perlu masuk ke dalam sangat kerana aku ditempatkan disekolah dikawasan pekan kapit je..perjalanan dari sibu ke kapit mengambil masa 3 jam menaiki bot melalui sungai rejang..tiada jalan darat ye kekwn..
Aku cuba bayangkan bagaimana pekan kapit tu..adakah menyeramkan? mundur? ada kereta ke tak? hahaha..nampak sangat aku ni blur..namun segalanya terungkai bila aku tiba di jeti kapit..kapit ni lengkap semuanya tau..ada bank maybank, bsn, eon bank, rhb dan agro bank tau..kereta? Vios pun ada..hahaha cuma kat sini melayu n islam minoriti..bangsa iban la ramai..
to be continued...
WASSALAM..
p/s-harini genap 4 bulan..sekejap je masa berlalu namun aku masih tak dapat lupakannya..saban hari pasti aku mengingatinya..sehingga terbawa kedalam mimpi..bukan sekali dua bermimpi..tiap2 hari..aku pun tak tau kenapa aku jadi sebegini..hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong...
p/s 2- masa dia nak berangkat aku call dia namun deringan telefonnya dimatikan..aku taknak berprasangka buruk..tapi entahlah..semakin hari semakin dkt imaginasinya kpd ku..aku rindukan dia...

6 comments:

nen said...

bro,
layan persaan lah ko ni?
masih menanti akan dirinya?
tnya khbr beritanya x?
sungguh keras hatinya...
sabar k

AJ Style's said...

nen,
soal hati kadang2 mmg susah kan..
selagi termampu dan diizinkanNYA aku akan menanti dia..
berprasangka baik dgn semua perkara..
dia tak salah..aku yang tak malu2 nak menanti dia..
insya ALLAH..thanks

nen said...

ko masih mahu menunggunya?
huhuhu...kalau di masa yg sama ko berjmpa insanlain yg lebeh menyukai ko?
apa kputusan ko?
:?hmmm

AJ Style's said...

hmm, sukar gak kan kalu mcm tu..tapi insya ALLAH aku redha dgn sgala ketentuanNYA..

Doakan aku ye..

khaizha98 said...

susah kalo perasaan tu sudah berakar dalam hati. Kalo ditarik dan dicabut, bukan semua akar tu akan terkeluar. Sisa2 akar yang tinggal tu mungkin akan mengeluarkan benih baru. Apapun, soal hati ni mmg susah. Tapi ko dah matang, buatla keputusan yang terbaik. Nak gambar, sila letak gambar sekolah ko bebanyak..

AJ Style's said...

nanti ek zha, aku baru jumpa kamera..ni kat miri umah omar..hehehe..jejalan skejap cuti2 ni..

zha, mmg susah zha..aku kalau dah suka kat sesorang mmg aku sukar nak lupakan dia..tp aku cuba yang terbaik utk laksanakan sesuatu yang terbaik dalam hal ini..tq zha..