Monday, December 15, 2008

Akustika


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,


Suatu waktu dulu..rasanya tahun 2001..aku pernah mencipta lirik untuk satu pertandingan muzik MAKUM (antara IPTA) yang diadakan di UPM..Pertandingan Muzik Akustika..Sebenarnya memang tiada bakat mencipta2 lirik ni..kebetulan sesaja membantu kekawan yang akan mewakili universiti ketika itu..mereka tiada idea, jadi secara kebetulan juga lirik ini dicipta ketika aku sedang menikmati hidangan makan tengahari..dan kebetulan lirik ini ditulis sebaik sahaja aku selesai menghabiskan dan membasuh tanganku....hehehe..insaf tiba2 mengenangkan di Malaysia ni masih dapat menjamu selera mengikut selera tekak dan nafsu..huhuhuhu


Tidak sehebat mana lirik ini.


Malu Aku Malu

" Di Hujung Kota Ini, Ada Pengemis Berjauh Hati, Pinta Simpati Buat Anak Isteri, Tapi...Siapa Peduli... Di Dalam Kota Ini, Ada Jutawan Bergelimpangan, Siang Malam Undang Tawaran, Harta & Gadis Jadi Sandaran, Tanpa Ada Rasa Hairan.... Di dalam Dunia Ini, Ada Bangsa Yang Alpa Ketandusan, Anak Merdeka Jadi Tawanan, Kawan-Kawan Jadi Lawan, Musang Berbulu Ayam.... Malu Aku Malu... Tiada Siapa Ambil Tahu, Semua Buat-Buat Tahu, Angguk Kepala Geleng Dagu, Itulah Dunia Punya Cerita.... Itulah Dunia Punya Derita...."

Melodi lagu ini dicipta oleh pasangan kembar (kawan aku juga..azhar & helmy)..semasa latihan, memang best la bagi aku yang tak tahu tentang muzik..alunan muzik tradisional digarap dengan elemen moden..syokk.. Namun, ketika pertandingan (aku tak ikut sama) dapat no 4 kata diorang..oklah tu...kredit untuk mereka juga kerana mereka yang bersungguh2 training..Tapi, sedih la..lagu itu tidak ada siapa yang merekodkannya untuk kenang2an..aku pun dah lupa..huhuhu..


WASSALAM..





6 comments:

SiS-lin said...

pandai tulis lirik lagu rupanye cikbu nih...nasib malu aku malu..ada 1 lg...kukukakikumalu...prnah dngr...kh3

:: Cikgu Wiween :: said...

waahh lepas basuh tgn teros ade idea tulis lirik yek. eehheeh :P

Anonymous said...

rip..
apapasai tak masuk pertandingan tulis lirik..?
cube hntr kat AF sana tuuuuu
laku wehhhh

-nen

Anonymous said...

talented nye..bakat cam ni jgn dipersiakan. teruskan mana yang patut.

-zha-

saifulazrul said...

Ariep memang ada bakat.

Teruskan mengorak Langkah Cikgu Ariep!

AJ Style's said...

terima kasih