Friday, December 12, 2008

Sayang, Sayang Kecundang Lagi la...


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Aku nak mengarang cerita.. Sebuah cerita berdasarkan pengalaman aku sebagai peminat bola sepak tempatan..Janganlah marah ye..ni luahan hatiku sahaja..nak ambil serius pun takpe, nak baca sahaja pun tak mengapa..saja2 je nak lepaskan sakit hati membara..

Baru nak rasa kehangatan dan "kesempurnaan" pasukan kebangsaan kita. Belum pun sempat panas dah terbabas di awal pentas beradu..huhuhuhu.. Nak salah kan siapa kali ini? Penjaga Gol, Pertahanan, Tengah atau Penyerang atau jurulatih atau pembancuh air? Aku tak sempat nak saksikan perlawanan menentang Laos..Kesempatan menonton perlawanan menentang Vietnam dan Thailand aku gunakan sepenuhnya..Dalam hati ini masih mempunyai semangat NASIONALISME yang tinggi!! Namun huhuhu..HAMPEH..

Nak salahkan siapa? Salahkan JERSI lah sebab tiada bendera MALAYSIA..nak salahkan PADANG la sebab tak rata..atau aku nak salahkan PENYOKONG lawan yang melaung menyorak pasukan mereka..sebab sorakan penyokong lawanlah pemain2 MALAYSIA tak boleh main dengan baik agaknya kan..huuhu..sebab pemain MALAYSIA faham agaknya bahasa THAI dan Vietnam kan..tu yang punca pemain MALAYSIA lemah..EMOSI terganggu lantas mendatangkan MARAH..darah dah meningkat naik, akibatnya BOLA tidak dicari..KAKI pemain lawan jadi mangsa akibat pemain MALAYSIA faham sorakan penyokong lawan..hahahha..apalah aku melalut ni..

Nak Salahkan penjaga Gol 100% pun tak boleh juga..ini permainan berpasukan..patutnya 1 pasukan la terima akibatnya..Jurulatih yang baik tak akan menyalahkan seseorang pemainnya sahaja kan...Jurulatih juga beremosi agaknya..Sebab tertekan dengan kata2 pelbagai pihak keupayaan pemain2 "senior"nya yang katanya boleh mengimbangi pasukan..rasanya sama sahaja..mengejar bola yang tak pernah hinggap di kaki..keliru kejar bola ke kejar kaki lawan..

Kata kawan2 aku yang profesional main bola la kan, FIZIKAL pemain kena jadi keutamaan..MANTAP dan KUKUH tidak LONGLAI dan LESU di padang..Pasukan kita..hmm, ok2 saja la..bolehlah..SEBAB ok2 tu la team bola kita diterbangkan pulang awal..hahahaha..KATA SHEBBY SINGH, pemain THAILAND laju2..pemain pasukan kita? hahaha..berlari macam anak ayam hilang ibu...yang pasti KAKI pasukan lawan pasti laju dikejarnya..

Kagum melihat Steven Gerrard kreatif mengemudikan permainan kerana dia di bahagian tengah..umur dia sama baya dengan aku..28tahun..Pemain Malaysia yang bermain di posisi tengah pun rata2 umur macam GERRARD juga..tapi kenapa tak kreatif..kenapa tak bertenaga..huhuhu..hantaran bola pun tak kemas..tahan bola pun terlepas..entah ek? kenapa GERRARD boleh masyhur pada umur 28tahun...pemain2 kita tak bolehkah? kalau tak popular macam GERRARD pun, skill dan mutu permainan mestilah matang seiring dengan umur yang meningkat kan..entah ek..GERRARD ni makan keju dengan roti banyak sangat agaknya kan...

Sudah lah Ariep, ko merepek apa ni..huhuhuhu takde apa sesaja nak lepaskan kecewa tahap meraih kejora agaknya ni..dari aku kecil sehinggalah kini bola sepak Malaysia masih ditakuk lama..Tak nak bercerita panjang..Kesimpulannya satu sahaja, aku nak bagi cadangan di alam siber ni, kot la sesapa yang berkenaan terbaca blog aku ni kan..Andai anda dapat mewakili negara dalam apa jua lapangan dan bidang sekalipun..berjuanglah sehingga anda diingati..kerana dengan semangat juang inilah yang membuahkan kejayaan..kalau jatuh bangkit berlari semula..jangan ko ingat nak popular je..jangan ko ingat nak interframe dalam suratkhabar je ..main bola pun satu kebanggaan..

Kenyataannya masih ramai rakyat @ warganegara MALAYSIA yang SAYANGKAN pasukan bola sepak kebangsaan.. Kembalilah mengaum wahai HARIMAU MALAYA!!!

No comments: