Saturday, January 31, 2009

Bangkit Dari Kecewa!! Yeahh!!


Assalamualaikum WBT & Salam Perpaduan,

"Menurut kajian yang dijalankan oleh Public Opinion Strategies, University of Leeds, 50% lelaki merasa lebih terluka dan sukar melupakan bekas temannya.. Sedangkan wanita yang memiliki perasaan begitu hanya 27%. Namun begitu, lelaki jugalah yang lebih bersikap rasional dan mudah mencari pengganti bagi mengubati luka di hati." "Agar kehidupan anda kembali normal setelah sembuh dari patah hati, anda perlu memastikan hubungan bagaimana yang paling tepat untuk dijalani dengan bekas teman supaya ia tidak mempengaruhi hubungan anda dengan teman yang baru kelak," jelas Janice Levine, Pensyarah Psikiatri dari Universiti yang sama...

Untuk apa membiarkan diri terus dilingkari rasa kecewa itu? Things happen for a reason.. Tidak ada penyembuh magikal yang perlu anda tuntut melainkan muhasabah , motivasi dan sejauhmana keupayaan anda berfikiran dan bertindak secara rasional.. Gagal sekali tidak bererti anda akan gagal selamanya..Mungkin juga anda masih teraba-raba mencari pintu kebahagiaan walaupun hakikatnya sudah terbuka luas untuk anda..
Yakinlah pada hati, percayalah pada keajaiban cinta. Cinta tidak datang sekali dalam hidup..

Cinta selepas ini mungkin terbaik buat anda..Pastikan langkah anda tidak songsang selepas ini..Hadapilah kenyataan bahawa apa yang anda alami ini bukanlah suatu mimpi yang buruk sebaliknya realiti..Terima hakikat ini biarpun pahit untuk ditelan..Teruskan langkah anda, cuma perlu lebih berhati2..

**petikan dari artikel Majalah Maskulin keluaran Nov 2007

Tiba2 sahaja saya terbaca majalah ini..Majalah ini adalah hasil peninggalan guru2 lama yang menyewa dirumah saya menyewa sekarang..bagus juga cuti2 membaca majalah yang ada kaitan dengan dunia lelaki..Kenapa saya tiba2 macam terasa patah hati? entahlah, seminggu dua ini saya terasa semacam ada satu permainan hati..saya sudah menyibukkan diri tanpa mahu memikirkan apa yang berlaku..namun, kelmarin baru lah lega sedikit..baru saya tahu apa puncanya hati saya bergelojak..dan dah ada jawapannya.. Terasa juga bila ada seseorang kawan lama yang seakan2 memainkan tarian cinta..tapi segalanya sudah selesai..Silap aku juga kerana mempercayai segalanya..nampak sangat saya mudah diperdaya sekali lagi..huhuhuhu..

Semalam, tengahari saya dan rakan2 serumah dijemput oleh Cikgu Zai ke rumahnya untuk menikmati hidangan tengahari..wah, jujur sepanjang makan di sini saya tidak lagi menikmati makanan yang sama dengan masakan di semenanjung..mungkin yang memasak hidangan ini cikgu2 semenanjung..sedap..lain kali boleh lah jemput kami serumah makan lagi ya Cikgu Zai dan rakan2 serumahnya..hehehe..Cikgu Zai ini orang Sarawak..mengajar di Kapit..rakan2 serumahnya semua orang semenanjung..jadi semalam selain sudah mengenali Cikgu Zai, saya dan rakan2 yang lain bertambah lagi kenalan kawan2 dari semenanjung..(diorang mengajar sekolah menengah)..


Edy, Zairi, Aswad, Arief, Faizal & Daus

Malamnya, kami serumah sudah lama merancang untuk mengadakan BBQ..jadi sebelah petang, kami membeli belahlah bahan2 untuk memanggang malam ini..nak peram ayam, nak masak bihun dan panggang sausage..Cikgu Sahril la tiba2 muncul dan dialah jadi chef semalam..semuanya dia yang sediakan..lepas isyak je, kami memulakan projek memanggang ayam dan sausage..Cikgu Zai dan rakan2 serumahnya pun turut datang..berbalas kunjungan ni..hehehe..sekali lagi peliknya tuan rumah berehat je, yang membakar ayam ni kawan2 serumah cikgu Zai yang ayu2 dan cun2 ni..hehehe..lawaknya..


Sedapnya!!

Kemudian, datanglah Edy, Firdaus & Syah..diorang ni juruteknik IT di sekolah sekitar kapit..memang rapat la dengan kitaorang..ringan tulang budak2 ni..Memang sedaplah rempah yang Cikgu Sahril buat dan bihun goreng ni pun dia yang masak..Bila Cikgu Zai dan rakan2 balik, Mus & Faizal sampai..Diorang ni cikgu2 baru sampai awal bulan Januari lalu..Satu sekolah dengan Aswad..

Masa mula2 batch diorang sampai kapit, ada 5 orang guru baru lepak rumah saya dahulu sebelum dapat rumah sewa..takde hal la membantu kawan2 baru..dahulu pun kami seperti diorang juga..tapi batch diorang beruntung..datang beramai2..tak macam batch saya..turun2 dari bot ekspress bertiga je..diorang turun2 bot ekspress bukan setakat 1 bot batch diorang..sekali sampai 3 bot cikgu2 semenanjung batch januari..hehehe..kalau masuk pendalaman tahap ketiga (P3)pun beramai2..satu sekolah paling sedikit pun 2-3 orang cikgu baru..kalau ada merungut nak minta tukar juga tu memang la saja la tak kenal di untung...


Disini menanti (kancil) Disana menunggu (myvi)

Majlis makan2 habis dalam pukul 11 malam..selesai je saya mencuci pinggan..terus lena diulit mimpi ngeri..takdenya nak indah2 lepas kenal tipu dengan seseorang..hehehe..Bangun pagi kemas dan menyapu..cuci apa yang patut..lepas tu, gi sarapan jumpa cikgu Siti Mariam..wah, bertambah berseri2..dia bawa cikgu2 baru sekolah membeli bahan2 makanan..sekolah dia pendalaman 1..kena naik perahu seberang sungai Balleh..


Semalam, sedang enak menikmati sarapan ada pertunjukan tarian singa..Keliling pekan kapit ni dia pusing..hehehe..unik

oklah, nak bersiap pergi ke sekolah..di sekolah saya ada meja ping pong..leh main..hehehe..


p/s: Selamat Pengantin Baru kepada rakan seunitku semasa di IPRM Masnira & Haidir (bercinta masa bila saya pun tak tahu..hehehe)..Semoga Bahagia ke akhir hayat..




5 comments:

~~zAnAfAhMi~~ said...

haa....mcm ni la kalau org frust, kena busykan diri dgn keje2 org pompuan. baru la boleh lupa segala pahit maung, hijau biru yg di telan.....

hidup mesti di teruskan..

Anonymous said...

aku pun xtahu bila meke brcinta..
ahakss..jengjeng jeng :P
-nen

saifulazrul said...

Kuatkan semangat... Masa akan merawat segalanya, InsyaAllah... Percayalah kepada cinta Agung yang Maha Pengasih, InsyaAllah nanti hadir cinta yang sejati

sonata anak kancil said...

Harapan sonata, semoga semua cikgu2 dari semenanjung, pandai2lah jaga diri, bawak diri di tempat orang...Kalau dah ramai, kan ke seronok tu...Kan ke sama masa kat kampus, mula2 tak kenal sape2...lama2 ok dah...

zouiery said...

Luahan rasa giler bro....
apa pn...ceria2 ler selalu...
jgn ler emo...
redha bro...