Monday, April 06, 2009

Alhamdulillah..

Assalamualaikum WBT & Salam Perpaduan,

Saya bersyukur pada Allah kerana kawan saya telah pun memaafkan kesilapan saya..Benar, sejak saya sedari betapa teruknya diri saya kerana gurauan bodoh itu, saya langsung tidak dapat melelapkan mata dengan nyenyak sepanjang 3 malam..saya cuba buat pelbagai kerja hingga lewat malam, juga tidak menjadi..

Alhamdulillah kerana kawan saya ini telah menyedarkan saya..Saya tidak sempurna..jadilah tegurlah saya sebaik mungkin agar saya memperbaiki kekurangan yang ada..Hmm, saya akui besar 'harga' yang perlu saya bayar dengan gurauan tersebut..kepada dia saya sangat bersyukur mempunyai kawan sepertinya..

Sutera Kasih

Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya

3 comments:

zouiery said...

hati aku jugak terguris dah ni... sampai ati ko... ish...ish...ish...tambah la lg ari ko x tido mlm ni sbb melukakan ati aku....

zouiery said...

part 2:
kenak la ktk mcm nya tek... iboh ktk sampei nangis sik dpt tido kelak. Bagus juak la, ktk msh ada ati ngan perasaan kemanusiaan....mun ktk ada masalah jgn malu2 madah jak ngan kmk tek. sedia kmk dgr nak...

Anonymous said...

Aryana..
singgah sat :D ape yang cun 2??