Friday, May 08, 2009

Cukup..Cukuplah

Terdetik bait kata,
Tika mata layu menyusun rindu,
Aku damba manisnya madu,
Buat penawar pahit di pintu itu,

Senyum mu tidak pernah hilang,
Dari dulu hingga sekarang,
Laramu tetap di pendam,
Tidak mahu semua berdendam,

Aku teruja akan sifatmu,
Aku suka akan langkahmu,
Aku sayang pada kamu,
Aku cinta diri kamu,

Airmata ku bergenang,
Puas ku tahan,
Tetap mengalir hiba,
Aku tidak segagah itu,
Bila derita mula menyapa,

Argghh...aku tidak sekuat mana menahan rasa dihati mendapat tahu ayah sakit di sana..ikutkan hati ingin saja aku menjaga ayah di sana..

p/s-kerajaan BN boleh tak bina lapangan terbang dari KAPIT ni terus ke semenanjung? Cepatkan pembinaan jalan raya dari bandar terdekat dengan kapit..





3 comments:

EncyclopediaNa said...

macam mana ayah awak? nasihatkan dia selalu untuk ke hospital. awak nasihatkan aje sampai dia boring dengar nasihat awak tu dan insyaAllah who knows dia akan willing to get some medication. sambil tu kita sama2 doa supaya dia sembuh. awak pun jangan risau sangat. selalu bayangkan dia akan sembuh. kalau tak nanti dua2 sakit sape nak jage kan? take care...

saiful said...

Moga tabah selalu... Banyakkan berdoa. Memang dalam keadaan sebegini, perasaan kita amat tertekan. Moga Ariep tabah menghadapi ujian ini...

Saya doakan ayah Ariep lekas sembuh.

AJ Style's said...

terima kasih semua