Saturday, January 09, 2010

Seberapa Pantas

Assalamualaikum WBT dan Salam Perpaduan,

Sedar atau tidak sudah 9 hari kita berada di bulan Januari ini..cepat rasanya masa berputar..dan minggu pertama persekolahan sudah berlalu..tahun ini ada 42 minggu persekolahan..hmm, merancang yang terbaik dan melaksanakan perancangan dengan penuh bersistematik adalah intipati P&P aku pada tahun ini..Kadang2, rasa sangat ketinggalan cara saya mengajar..kadang2 rasa macam saya mengajar salah konsep je sebab murid2 saya masih di takuk lama..kadang2 rasa hebat juga la melihat prestasi murid2 saya meningkat dan melepasi ujian2 pelepasan..dan paling penting insya ALLAH, saya akan sentiasa ingat dan bersyukur kerana saya kini seorang guru..

Saya seperti entri2 dahulu selalu menyatakan bahawa, profesion perguruan ini bukanlah menjadi impian saya sejak kecil lagi..memang tidak terlintas dalam fikiran saya untuk menjadi guru..namun, semuanya telah berubah dengan hanya 1 panggilan dari Penolong Kanan 1 SMK Dato Abdul Rahman Yassin, Jb..terima kasih kepada Cikgu Ishak Md Nor (ketika itu) kerana memberi peluang kepada saya menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih pada tahun 2004..

Masa itu saya rasa bertuah kerana ada sekumpulan rakan kerja yang sangat baik, berhemah tinggi dan suka bantu membantu..seluruh warga SDARY dari pengetua sehinggalah ke staf bukan akademik bukan lagi saya anggap seperti rakan sekerja malah seperti keluarga rasanya..dan dari situ, penampilan dan ketrampilan guru2 yang berhemah ini membuat saya 'jatuh cinta' terus kepada profesion ini..

Budaya kerja dan situasi semasa saya di SDARY menyebabkan saya seronok berkhidmat dan seterusnya setiap hari saya ke sekolah mengajar dengan perasaan sangat gembira..kegembiraan ini saya kongsi dengan anak2 murid saya..saya pastikan setiap anak murid saya ketika itu juga akan berasa gembira ke sekolah..terutamanya ketika mengajar mata pelajaran sejarah..walaupun ramai yang berkata, sejarah merupakan satu subjek yang membosankan, namun saya cuba terapkan yang terbaik supaya anak murid saya tidak buta sejarah negara..

Saya jadi jurulatih bola baling sekolah..memang seronok juga kalau berjaya membawa murid2 yang bermasalah disiplin ke dalam padang lantas secara tidak mereka sedari, mereka telah dilatih berdisiplin..yang merokok terus meninggalkan tabiat merokok..yang tidak hormat guru akan lebih memperbaiki sahsiah dan yang tidak terurus penampilan akan lebih berketrampilan positif..semua itu telah berjaya saya laksanakan dengan bantuan guru2 secara berperingkat2 dan kerana perasaan seronok itulah pasukan bola baling kami bawah 18tahun berjaya menduduki tempat ke 4 MSSM Daerah JB tahun 2005..dan bawah 15 menjadi naib johan MSSM Daerah JB 2006..

Ogos 2006, saya meninggalkan sebentar profesion ini kerana bertukar bidang kerja..Logistic Planner di sebuah syarikat bumiputera di Masai.. saya sempat berkhidmat selama 2 bulan sahaja..hehehe..bukan saya lari atau berhenti suka2..saya mendapat tawaran berkhidmat di Perod*u sebagai PARTS EXECUTIVE..masuklah saya bertugas November 2006..pun semasa dah bekerja dengan gaji yang lumayan saya sentiasa berdoa agar saya akan kembali ke sekolah semula..

Alhamdulillah saya mendapat tawaran KPLI pada jun 2007..dan setahun di IPRM saya ditempatkan di sini..Kapit, Sarawak..dan sehingga ke hari ini kecintaan saya masih menebal..cuma budaya kerja di sini amat berbeza dengan di SDARY..jadi adakalanya saya sedikit tergelincir..adakalanya saya sedikit marah dan adakalanya saya menjadi sangat bersemangat..saya gusar ketidakstabilan seperti ini akan mengganggu misi saya.. dan saya sentiasa laparkan pengalaman2 baru dan pedoman2 lama seperti cikgu ateh dan pn suraya..agar jalan saya tidak bengkok dan syok sendiri..

WASSALAM..

4 comments:

C Ateh said...

Alamak....bila ditulis nama saya, seolah-olah saya ni hebat betul. Sebenarnya tidak. Berbanding dengan Pn Suraya, dia Penolong Pengarah di Kementerian dan bertugas membuat dasar. Saya hanya GB sekolah pekak dan membebel di blog sahaja.
Walau bagaimanapun tahniah kepada Cikgu Areip yang begitu bersemangat. Saya sukakan orang muda yang bersemangat begitu. Sayangnya kita belum diizinkan bertemu empat mata. Sekadar memandang wajah di blog.
Semoga Cikgu Areip akan terus berkhidmat dengan didikasi demi anak bangsa. Saya teringat kata-kata seorang kawan......KALAU TAK KITA SIAPA LAGI. KALAU TAK SEKARANG BILA LAGI. Assalamualaikum...

C Ateh said...

Maaflah selalu tersasul menaip nama. Antara AREIP dan ARIEP.

shariful hafizi said...

salam.ada guru kepuasan baginya adalah bila anak muridnya dapat result cemerlang.ada guru kepuasan baginya adalah bila dapat tahu anak muridnya dah kerja berprofesion tinggi. ada guru kepuasan baginya adalah bila murinya berjaya merubah fizikal/emosi/mentalitinya.masing-masing punya cara lah...ha5x...

AJ Style's said...

Cikgu Fizi,

dan aku puas kalau anak murid aku menjadi manusia yang boleh berdikari dan ada nilai2 murni walaupun tidak cemerlang dalam pelajarannya..