Friday, April 09, 2010

Menghilang...


Assalamualaikum WBT & Salam Perpaduan,
Sejak sebulan yang lalu, ada sesuatu yang menganggu kehidupan saya..Saya merasai kehilangan sesuatu dalam diri ini..sehinggakan rasa tidak begitu bersemangat menjalankan tugas2 saya disekolah..saya sedari sejak menjadi warden di sekolah, kehidupan saya semakin tidak terurus..terlalu memikirkan keadaan murid2 yang tinggal di asrama mungkin..kenapa ya? kemungkinan pertembungan budaya dan sosio budaya yang berbeza menyebabkan saya sedikit tertekan...

Saya memang suka melaksanakan tugas tapi biarlah dengan kerelaan hati..Pendek kata biarlah ikhlas..Permintaan menjadi warden ini adalah dari Guru Besar sendiri..hendak ditolak, GB meminta dengan penuh hormat..rasa bersalah untuk menolaknya.. Saya cuba sedaya upaya untuk menerima tentatif baru dalam kehidupan seharian saya..Namun setelah sebulan, bukan penerimaan yang positif saya terima tapi penolakan yang membuak2...tak tahu kenapa? Memang ada sesetengah pihak kata, senang sahaja jadi warden ini...buat je muka garang, serahkan sahaja kepada PPM (pengurusan asrama) tapi lebih senang dari berkata2 dari melaksanakan tugas ini..

Bukan nak mengatakan PPM tidak menjalankan tugas, tapi bila menyaksikan dengan mata sendiri bagaimana mereka mengendalikan kerja, timbul sedikit kehairan, takkan la melepaskan batuk ditangga sahaja..sedih melihat murid2 di asrama terabai..kebersihan, kekemasan diri, baju dan ketrampilan murid2 diabaikan oleh PPM..dan saya cuba sedaya upaya untuk mengubah kebiasaan murid2 ini dgn cara yang agak keras juga..tumpuan lebih kepada pemupukan disiplin dan kebersihan..

tapi kalau buat kerja berseorangan memang hasilnya tidak dapat sekelip mata..itu yang saya kesalkan dan hilang separuh semangat..bukan badan sahaja penat, otak pun letih memikirkan cara untuk murid2 ini berubah.. dan bila tumpukan kepada murid2 di asrama core business saya yang sebenar, terabai..
itu lah yang membuatkan saya cepat rasa bosan, malas dan tidak bersemangat..risau sebenarnya dengan diri sendiri..

semoga April ini memberikan kebangkitan semula kepada saya untuk membahagikan masa kepada 2 perkara utama...P&P dan pembentukan disiplin di asrama..doakan saya berjaya..berjaya untuk cari kerajinan yang menghilang sebulan yang lalu...
WASSALAM

3 comments:

Ateh Salim said...

Apabila Guru Besar melantik seorang guru melaksanakan sesuatu misi (tugasan), biasanya dia telah ‘berfikir’ dahulu.

Mengapa dia memilih sipulan. Tentu ada sesuatu yang keistimewa pada guru tersebut yang kadang-kala tidak disedari oleh guru itu sendiri.

Maka tunjukkan kepada orang yang memilih kita itu, bahawa pilihan itu adalah tepat. SAYA MEMANG BOLEH. Bukan mengampu atau membodek….

Bincang dengan GB, masalah disiplin atau hal-hal yang ‘merisaukan’. Buat mesyuarat dengan PPM. Tanya pendapatnya dan nyatakan kehendak atau cadangan kita. Kalau cadangannya baik, perlu diterima juga. Buat jadual tugasan PPM dan pastikan dipatuhi.

Itu cadangan dan pandangan
saje…..sebab saya tidak pernah jadi warden!

AJ Style's said...

terima kasih cikgu..ada banyak sebenarnya yang berlaku dalam sistem pengurusan disini..segan saya nak ceritakan pada cikgu..taknak buka pekung lebih2..mcm saya beritahu dalam tulisan blog saya, sosio budaya disini sangat2 berbeza..insya allah nanti saya bincang elok2 dgn semua pihak..

Ateh Salim said...

Sebaik-baiknya begitulah.
Orang yang hebat, biasanya akan melahirkan idea yang hebat dan hasil yang hebat.
Kadang-kala 'cabaran' menjadikan kita 'hebat'.