Saturday, April 17, 2010

Terbit Akhirnya



Assalamualaikum WBT dan Salam Perpaduan,

Dalam merencanakan sesuatu tentatif atau program, perkara yang paling utama adalah disiplin dan semangat yang tinggi..tanpa 2 perkara ini apa yang cuba dirancang pasti akan menghadapi masalah dipertengahan..Perkara ini terjadi dalam kehidupan saya sekarang ini..Tapi alhamdulillah, setelah mencuba hampir sebulan akhirnya, kekuatan dalaman berjaya muncul sedikit demi sedikit..dan alhamdulillah juga, kemalasan yang saya kumpul sejak hari 1 Mac semakin berkurangan..

Perjalanan harian menjadi seorang cikgu ini bukan sesuatu yang mudah..Betul, semua jenis pekerjaan ada cabarannya yang tersendiri..sebagai cikgu, (walaupun bukan baru) setiap hari pada saya hari yang sangat berbeza2..terutamanya bila mengajar program pemulihan dan murid2 yang bukan menggunakan bahasa malaysia sebagai bahasa pengantar mereka.. melatih diri untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari matlamat saya sekarang ini.. Proses kemenjadian murid2 ini sebagai insan yang mempunyai modal insan yang tinggi masih jauh lagi..

Harapan saya biarlah semangat ini terus membara..saya mengajar bukan kerana nak dapat APC ke anugerah ke (kalau dapat bonus), saya mengajar juga bukan sebelum ini saya tiada pekerjaan tetap...saya mengajar hari ini adalah kerana minat dan ALLAH memakbulkan hasrat saya, alhamdulillah ..dan saya tidak akan sia2 setiap detik menjadi cikgu..


WASSALAM

3 comments:

Azwani Shaari said...

good luck abg ariep.. jdkan semua mslh yg timbul sebagai penguat semangat untuk lebih maju dlm profession ni:)

Ateh Salim said...

Kalau boleh saiz font dibesarkan sedikit untuk memudahkan orang yang rabun membacanya.

AJ Style's said...

wani, terima kasih


cikgu ateh, maaf tadi tergesa2 nak gi LDP di sekolah..hehehe