Wednesday, November 05, 2014

OKTOBER : AURA POSITIF

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Kadang-kadang rasa rajin nak menekan kekunci di papan kekunci mencatatkan sedikit sebanyak cerita yang berlaku..Tapi bila dah mengadap komputer, lebih teruja untuk membuka dan meneliti status dan paparan gambar dalam laman sosial sahaja.. Walaupun begitu, nak juga coretkan sedikit sebanyak aktiviti yang telah berlangsung dan disertai sepanjang Oktober yang lalu.

Bermula dengan Kem Serlah Outreach 2014 untuk murid-murid pemulihan tahun 5,4,3 dan 2. Tujuan kem ini untuk mengenalpasti murid2 yang berpotensi untuk  menguasai 3M disamping murid2 yang masih lemah bagi intervensi awal.

 Menjadi Jurulatih dan peluang yang diberikan oleh Pn. Rogayah Omar bagi membantu perjalanan kem ini sangat bermakna pada saya... Disini saya mula berkenalan dengan lebih ramai guru-guru pemulihan di Melaka..Berkenalan dengan semua barisan JU Negeri dan Kebangsaan meluaskan pengetahuan saya dalam menangani permasalahan murid-murid istimewa saya.




Tamatnya Kem Sentuhan Kasih, pertengahan Oktober pula Kursus Profesionalisme Guru Pemulihan diadakan. Berkursus pada sesi yang sama dengan guru-guru berpengalaman dan positif ini memberikan kekuatan dan motivasi untuk tidak mudak mengalah.Nasihat dan bimbingan P&P selain sembang2 biasa membangkitkan banyak idea2 spontan yang rasanya sangat relevan. Sebagai guru baharu yang baru ditempatkan di bumi Hang Tuah ini, rasa sangat kerdil dengan situasi yang dihadapi sekarang ini.

 
 Seterusnya, Bahagian Pemulihan telah memanggil guru-guru yang pernah mengikuti kursus tajaan KPM bersama College of Allief & Nottingham University untuk membina sebuah modul P&P bagi murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan ada ciri-ciri murid2 khas yang tidak dibenarkan ibu bapa mereka ke pendidikan khas. Berkampung lagi 5 hari bersama 11 orang guru dan Jurulatih2 Utama Negeri Melaka dan Kebangsaan serta dua orang pegawai SICC+. Ilmu baharu yang begitu berharga. Rasa bersyukur juga ruang dan peluang saya sentiasa ada sejak berpindah bertugas ke sini. Moga segala ilmu ini saya dapat salurkan kepada murid2 saya setidak2nya walaupun mereka ketinggalan dalam pelajaran tetapi tidak dalam proses kemenjadian manusia yang berjasa.

Oktober ditutup dengan kejayaan murid saya dalam Pertandingan Baca, Eja dan Mengira Peringkat Kelompok .. Dari 18 sekolah bertanding, murid ini berjaya mendapat tempat kedua keseluruhan pertandingan mengeja..Tahniah atas usaha murid ini sendiri.. Dia berlatih sendiri sahaja..Alhamdulillah..Dia kalah kerana salah eja pensel sahaja...diejanya pensil...Sesungguhnya besar rasanya nikmat kejayaan bagi diri murid ini sendiri.. Moga dia berjaya jadi murid berjaya kelak.


Akan Bersambung...

2 comments:

Ateh Salim said...

Assalamualaikum.
Saya pulak lebih suka kalau cikgu bercerita tentang kehidupan suka duka guru dari semenanjung yang mengajar di Malaysia Timur - di Kapit contohnya.

Kalau cerita2 murid pemulihan ni, macam baca laporan atau baca surat kabar aje...hehehe. Jangan marah.

Bila agaknya kita boleh berjumpa?

AJ Style's said...

wsalam..

Insya ALLAH ..akan cuba dipenuhi jika material ada..hehehe