Friday, August 20, 2004

COLLATERAL

TOM CRUISE....siapa yang tak minat mamat ni..berebut awek-awek cun nak jadikan boyfriend kalau ada perempuan...hehehehe...apalah yang best sangat ngan duda ni kan...Semalam Khamis 19hb aku ngan geng2 aku najib & amin seperti biasa meneruskan kegiatan masa lapang kami dengan pi menonton wayang di City Square JB...Tahun ni saje aku dah pi menonton berpuluh2 filem melayu & inggeris...membazirkan..masing2 ada perspektif sendiri...ada pro dan kontra...bagi aku memang nampak membazir tapi inilah salah satu aktiviti sampingan yang aku penuhi daripada melepak tak tentu hala ...keluar dengan kawan2, beramah mesra, kadang2 aku rasa kami dah macam sedara mara walaupun baru kenal x sampai setahun....moral dari filem itu sering kami bincangkan tiap kali selepas menonton..layan wayang layan juga namun akal yang dikurniakan hendaklah berfikir apakah maksud tersurat & tersirat agar tidak tersimpang dari ajaran ISLAM...
Hmm,pagi semalam bermsg dengan Zue..adik di UUM ..berbicara tentang UUM..lama x jejakkan kaki kesana...rindu kenangan semasa belajar...banyak pengalaman diperolehi...cerita punya cerita Zue ajak aku ke Anugerah Nasyid di IKIM pada sabtu ni...pada mulanya nak pi..tapi hari Ahad ni kena pi KL mengiringi pelajar untuk lawatan 2 hari kesana...insya ALLAH kalau ada keizinan nak juga pi..dah confirmkan ngan Brot Ezzs supaya simpan 2 pas masuk..
Sambutan Minggu Patriotik...semalam di adakan peringkat saringan deklamasi sajak..ada 11 peserta di kalangan pelajar2 form 1 dan 2..aku jadi juri...semua2 semangat dan wajar diberi pujian...tahniah..adalah pewaris warisan bangsa...Bab2 nasionalisme ni aku memang sentitif sikit..maklumlah cikgu sejarah kan..kena bentuk keazaman kedalam diri pelajar-pelajar aku..displin perlu kukuh..sekarang rotan x lekang..berbalik kepada persiapan untuk hari patriotik..bab pertandingan lagu patriotik antara kelas..pada mulanya tak ade langsung kelas nak masuk..aku gunakan kaedah paksaan terhadap semua kelas yang aku ajar...pakat ngan kawan aku najib ngan faiz paksa kelas diorang gak...akhirnya bila latihan masing2 tunjukkan bakat mereka...mereka mampu buat yang terbaik cuma perasaan malu menebal...malu kena ejek la...hmm, itu cabaran baru untuk aku membentuk mereka agar malu hanya pada situasi yang sepatutnya sahaja..
Thanks....kepada ex roomate aku epol...terima kasih kerana promote blog aku ni ek...ko memang member aku yang best...okler mata pun dah kuyu jer ni...nak siapkan buku persediaan mengajar lak...wassalam.....