Wednesday, August 18, 2004

Cetusan Inspirasi!!

Assalamualaikum....bersua kembali...terima kasih kepada yang memberi pandangan dan komen membina..kepada saiful azrul thanks sebab links laman ini di website awak...boleh tak perkataan saya digantikan dengan aku...boleh kan..lebih dekat rasanya jika saya gunakan perkataan aku..

Sekolah Dato' Abdul Rahman Yassin, Johor Bahru. Nama sekolah tempat aku mengajar ni mengambil sempena nama tokoh yang pernah berjasa di negeri Johor satu ketika dahulu.Sekolah ini terletak di kawasan perumahan dan tersorot sedikit.Masa mula-mula sampai ke sekolah ni, aku tak dapat bezakan mana satu pintu pagar rumah dan pagar sekolah...sama aje..hehehehe..sekolah ni takde lah besar sangat...comel je...tapi pelajar-pelajarnya datang dari pelbagai status. Itu yang membuatkan aku semakin kuat untuk menjadi guru..Kebanyakkan pelajar disini datang dari keluarga yang sederhana dan kebawah..bayangkan kawan-kawan..tahap pemikiran mereka tentang masa depan juga masih kabur dan terlalu ambil mudah tentang pelajaran..kasihan..disinilah berputiknya kekuatan aku dan 3 orang lagi kawan-kawan aku walaupun kami ni hanya kontrak saje menanam tekad untuk membantu sedaya mana khidmat kami diperlukan untuk membimbing mereka memandu ke arah destinasi yang sebenarnya...Insya Allah..

Pagi tadi aku ke sekolah...ada latihan bolasepak bawah 14 tahun...untuk skuad ini aku membantu coachnya Cikgu Najib (budak USM..sebaya) & Cikgu Faiz ( UUM..sebaya..sama batch) untuk menyediakan skuad yang mantap untuk tahun depan..keseluruhannya skuad ni semuanya berbakat...cuma kurangnya atitude dan keliru nak main sukan apa..sebab biasalah bila sekolah seorang pelajar ni hebat dalam 2-3 sukan sekali...ramai juga dalam skuad ni ikuti program JKid anjuran PBNJ...Insya Allah dengan latihan yang cukup mereka akan mampu pergi jauh dalam sukan ini...Aku jadi jurulatih fitness ngan goalkeeper...

Lepas training pi check gaji sat...gaji bulan 7 kitaorang dapat akhir bulan 8...hehehehe..kering ni beb...nasib baik duk ngan family...tapi kitaorang tak kisah sangat lambat ke segera janji gaji tetap ada...tengahari tepat pukul 1 je dah ada kat sekolah semula..First period, ajar pendidikan moral...bermoralkah aku ni?tak mengajar pun sebab budak2 moral ni bz siapkan homework maths,so kasi can la kat depa...Second period sejarah...subjek yang aku minat mengajar sebab sejarah sangat senang...membincangkan tentang kerja kursus sejarah...ramai lagi x siap lagi...sabo aje lah...

Then, bahasa melayu...pendidikan moral...bahasa melayu semula...minggu ni kat sekolah sambut minggu patriotik so aku sibuk la menguruskan pertandingan sajak n lagu patriotik yang akan diadakan pada hari Jumaat ni..student kena paksa baru nak masuk...tapi ada gak yang sporting...pemalu sungguh budak2 sekolah ni...hehehehe...yang perempuan macam2 alasan malu la..apalah..hmm, peliknya lelaki lagi teruk dari perempuan..Pukul 7 malam balik rumah...sepatutnya malam ni nak keluar jalan2...tapi tertido lak awal..lepas maghrib terus lena penat kot...kawan call pun tak dengar...

Okey, semoga hari esok lebih cemerlang dari hari ini.......Insya ALLAH

No comments: