Tuesday, August 17, 2004

Salam Ukhwah Buat Semua!!

ASSALAMUALAIKUM....salam perkenalan dari saya Arief Jaka Yazid buat anda semua..sebenarnya saya baru berjinak-jinak melaksanakan laman ini...tak berapa pandai lagi selok belok mencipta laman yang best...semoga perkenalan ini mencipta satu jalinan persahabatan yang abadi dan dirahmati...

Nama yang diberi oleh emak dan ayah : Arief Jaka..hmm,unikkan macam orangnya gak..baru berusia nak masuk 24tahun..asal Johor Bahru...mendapat pendidikan awal di SK Temenggong Abdul Rahman 1 dari tahun 1987-1992...kemudian ke SMK Aminuddin Baki JB sebelum dihantar ke Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru...hehehehe PMR sederhana aje...

Selepas SPM, 1998 menjejakkan kaki buat pertama kalinya ke Pusat Matrikulasi UUM, Sintok. Mesra alam sungguh kawasan ni...Setelah setahun saya melanjutkan lagi pelajaran di UUM dalam bidang Pengurusan Perniagaan Antarabangsa selama lebih kurang 4 tahun...sepatutnya 3 tahun aje...tapi al maklumlah...hehehehe...setelah menerima segulung ijazah...kembali ke JB untuk menjadi penganggur selama lebih kurang 3 bulan.

La ni tak menganggur lagi, buat sementara ni dan ketika artikel ini ditulis saya sudah hampir 9 bulan bergelar Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di salah sebuah sekolah menengah di Johor Bahru...Buat anda semua terimalah seadanya "bila SMS berbunyi!" ini dan semoga kita dapat berkongsi pengalaman suka serta duka bersama...semoga jalinan ini berterusan..!!

p/s: buat rakanku/ex roomateku, cabaranmu telah ku sahut beb!!

No comments: