Tuesday, August 31, 2004

SALAM KEMERDEKAAN!

Tanggal 31 OGOS 1957...tarikh keramat buat seluruh rakyat Malaysia...dari si kecil sehinggalah dewasa semuanya mengerti pengertian tarikh ini..Perjuangan para wirawan negara bersabung nyawa dan pengorbanan yang mereka curahkan amat besar untuk aku dan seluruh umat manusia di MALAYSIA masa kini..Terima Kasih aku ucapkan...SYUKUR ke Hadrat ILLAHI atas limpah kurnia dan rahmatNYA kita sekali lagi menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 47 tahun..hmm, hampir separuh abad negara aku merdeka...apakah erti kemerdekaan kepada kawan2 sekalian? Masing2 ada jawapan dan pandangan mengikut perspektif sendiri...Bagi aku Kemerdekaan ini bermaksud satu kemenangan kepada satu perjuangan dan pengorbanan para wirawan masa lalu untuk mencetuskan keselesaan dan kemakmuran generasi kini dan akan datang..Satu simbol yang mana kita merdeka dari penjajah secara fizikal dan luarannya..Satu kemenangan kepada perpaduan orang Melayu ketika itu yang memperjuangkan kedaulatan bangsa dan paling penting agama...
Tanggal 31 OGOS 2004...namun kini aku rasa perspektif merdeka yang diperjuangkan oleh para wirawan negara bagaikan dicabuli oleh minda dan perbuatan anak2 muda yang masih tercari-cari haluan.. konsert menyambut merdeka diadakan saban tahun..mungkin mahu untuk menghiburkan semua rakyat Malaysia kot..dari satu sudut positif ada konsert yang menganjurkan tarian tempatan dan budaya masyarakat MALAYSIA...tapi kebanyakkannya hanya selingan kepada konsert nyanyian artis yang hanya menjerit rock katanya diatas pentas...bukan aku tak pernah pergi ke konsert2 sebegini..banyak kali aku menyambut merdeka dengan laungan merdeka di Dataran Bandaraya ataupun ketika belajar di UUM dulu..setiap kali aku berada dalam kelompok sebegini..aku sedih dengan perangai remaja dan belia negara yang tidak mampu mengawal emosi dan perasaan terkinja2, terlompat2 dan sewaktu dengannya..Malu ada sedih pun ada...aku terfikir kenapakah mereka ini tidak mampu berfikir sesuatu yang waras..kenapa mereka tidak terfikir kesan daripada perbuatan mereka..adakah silap IBU BAPA yang gagal mendidik mentaliti mereka ataupun BENTENG yang ada sangat rapuh sehinggakan tidak mampu menahan asakan anasir negatif..bukan aku ni orang yang baik..adakalanya terlajak juga..hmm,bukan nak menunjuk ini adalah pandangan aku sekadar renungan buat diri sendiri & berpesan2 kpd kawan2...
Kedewasaan ini membuatkan otak aku ligat berfikir..kenapa aku dulu tidak seperti mereka..kenapa mereka tidak boleh menjadi seperti aku...setelah dihalusi dan realitinya..jawapannya hanyalah ada dalam diri masing2...setiap acuan mesti ada coraknya kan...aku bersyukur ALLAH menganugerahkan aku KELUARGA, GURU dan RAKAN2 yang prihatin kepada persekitaran..ALHAMDULILLAH..Mungkin pandangan aku ni silap kot..tapi inilah kata hati aku...Banyak yang aku nak ulas tentang apa yang aku lihat pada malam merdeka semalam namun cukuplah sebahagian sahaja setakat ini...
SEMOGA KEMERDEKAAN TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN2 SEBELUMNYA!! INSYA ALLAH!! AMIN...
wassalam
Bahtera Merdeka
Bonda senyum riang
Menerima bahtera Merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang
Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Pusaka Bangsa
Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman Merdeka
Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji

1 comment:

Unknown said...

weh arip..akulah..ambuih dah tak kenal kawan sendirik...
ko ngajo ker skang nih?