Wednesday, September 08, 2004

Fitness & Kesihatan

Assalamualaikum...apa habaq? sihat no..? lama tak menulis ni...takde mood la sejak 2-3 hari..tapi mood dah mari..hmm..tajuk ni memang best untuk diperkatakan..dalam kehidupan ini kesihatan adalah penting sesangat!! tak guna ada duit berjuta dollar dalam bank andai kesihatan terjejas...duit yang berjuta tu tidak menjamin kesihatan yang baik...hehehehe..aku ni orangnya sangatlah sihat!! dalam bahasa lainnya GEMUK..ada orang kata perkataan GEMUK ni kurang manis dan boleh menyinggung perasaan orang2 macam aku..aku pun satu ketika dulu pun merasakan kegemukan adalah satu sikap yang membolehkan aku merasakan diri aku ni teramatlah rendah..aku pun tak tahu kenapa...? tapi setelah semakin hari semakin dewasa aku semakin tidak menghiraukan jelingan orang terhadap tubuh badan aku yang cute ni.. Memang GEMUK tak elok untuk kesihatan..itu memang aku akui 100%..dan aku sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan aku..dalam proses!!harap2 berjaya ...
Bercakap tentang gemuk dan fitness memang aku akui aku ni stamina mmg out..setakat boleh jogging berterusan hanyalah 3 round stadium kat UUM tu terlarat aku buat...payah gak kan jadi orang gemuk ni..risau gak sebab skrg ni keje kerajaan salah satu syarat nak memasukinya kena hadapi ujian fitness lari 2.4km dalam masa 12 minit..huyooo...dan inilah yang aku akan lalui semasa UJIAN ASSESTMENT KALI KE 2 untuk jawatan PEGAWAI TADBIR & DIPLOMATIK di INTAN , KLUANG minggu depan...aku pernah buat sekali semasa ujian PEGAWAI TADBIR di UUM tapi aku habiskan larian dengan catatan atau kepantasan 18 minit..hehehehe nak je aku cakap kalau nak buat larian ni buat ikut kategori berat...baru adil...kui kui kui
Untuk memantapkan tahap kecerdasan aku..mulai minggu lepas aku dah start jalan laju2 pagi2 di taman bunga istana Johor...best gak peluh2 mencurah2..selain tu aku ajak member aku main futsal ngan budak2 form2 kat sekolah tu..futsal rm50 je..pakat kongsi ramai2 main..hehehehe..setakat ni alhamdulillah takdelah semput sangat lepas main..macam biasa..lepasni macam SAIFUL AZRUL kena aktif bersukan..baru minda cergas dan cerdas..
Suasana kat sekolah macam biasa...minggu ni aku jadi Ketua untuk guru2 yang bertugas..aku bersyukur dapat mengajar student2 kat sini...PR aku semakin baik..mana taknye melayan karenah hampir 150 pelajar sehari pergh...macam2 karenah...budak2 pun walaupun aku duk marah & rotan tapi alhamdulillah mereka hormati..dan aku diantara cikgu tergarang kat sekolah..itu budak2 yang kasik gelaran..pada aku garang biar bertempat..ada masa kena bertegas..ada masa bergurau kita bergurau..ada masa buat lawak..kita buat lawak..Kena pandai tolak & tarik...lepas marah budak2 kena pandai calm down diorang agar mereka tak marah balik kat kita(belajar dengan fasilitator semasa ikut gi kursus motivasi bln 7 lepas)mana yang aku pikir terbaik untuk pelajar aku..aku akan berusaha yang terbaik buat mereka...
Hmm...okeylah mata dah mengantuk ni..jumpa lagi..wassalam...

2 comments:

Anonymous said...

gila garang sey....wey arip...aku nih John

Anonymous said...

Ariep...

Tahniah!!!

Awat guna comment box yang ni, nak kena register dulu. Hehehe... Leceh la... Hehehe...

Anyway, Tahniah!!!

-Saiful-