Monday, October 04, 2004

Cinta & Harapan

Benarlah apa yang telah dikata.. pernantian itu satu penyeksaan..aku skrg ni sedang dilanda angin gelisah kerana cinta..Cinta yang lahir dari hati aku..aku tak dapat menolak fitrah semulajadi untuk bercinta..Cinta yang paling UTAMA kpd ALLAH..Cinta pada Rasulullah , Cinta kepada ayah & emak aku serta family aku dan akhirnya cinta sesama manusia...Cinta sesama manusia menyebabkan aku gelisah sepanjang hari..

Hati aku kini telah tertambat dengan kemurnian & kesopanan seorang gadis dari Perak..jauh tu..tapi bukan jarak yang menjadi ukuran..gadis ini mmg lama aku duk perhatikan tapi aku tak tahu bila nak meluahkan kata2 & hasrat dihati...suruhlah aku jadi MC majlis diraja pasti akan aku buat tapi seberat mana keje berat lagi mulut aku nak luahkan isi hati aku...

Antara kami banyak persamaan...(pendapat aku la), aku pernah buat dia menangis atas tindakan BODOH aku satu tika dulu..sejak peristiwa tu hati aku mula terpikat dengan keikhlasan hatinya..tapi bila dapat tahu dia sedang dipunyai aku tak leh nak wat apa2..hanya berdoa kepada Allah semoga dia berbahagia..tapi kini dia dah kosong..Akhirnya 3 okt 2004 aku berjaya meluahkan perasaan aku kepada dia & dia masih belum wat apa2 keputusan tentang itu..dan aku tak mahu memaksa dia..biarlah tentukan pilihan terbaik untuk masa depan dia gak..dia bagi respon positif tapi itulah aku tak mahu dia terburu-buru ...
Pada mulanya hati aku girang bila berjaya meluahkan apa yang tersirat dalam hati, namun aku mula gelisah..relax ariep jangan gelojoh..kalau ALLAH dah tentukan jodoh dan pertemuan pasti terjalin..Tengahari semalam dia bg sms.. sebenarnya ada orang lain yang meminati dia..tp dia dah menolaknya..tapi orang tu masih berharap..masih sanggup tunggu..hmm, aku mulanya gelisah..harapan aku pun tinggi melangit..hmm, adakah aku takut pada cabaran? aku ni lemah bila ada orang yang minat pompuan yang aku minat ..aku seolah2 hilang semangat..aku rasakan aku serba kekurangan berbanding orang lain..Ya Allah, bantulah hambaMU yang amat lemah ini..
Pengalaman lalu membuatkan aku lebih berhati2..2 kali gagal untuk menawan hati gadis pilihan semasa di UUM buatkan aku dah x amik port ttg kekasih..sekali tahun 1998 & terbaru April 2004..sedih tu..tapi aku bersyukur mereka bahagia dah nak mendirikan rumahtangga pun..Alhamdulillah..
Aku masih mengharapkan cinta yang akan berputik ni menjadi dan bertunas mekar bersama harapan yang tinggi dilayurkan dengan keikhlasan hati..dan andai tiada jawapan yang postif sekurang2nya aku tahu jawapannya dan dia tahu yang dia pernah bertahta di hati aku...Wassalam..

2 comments:

zzd.ben said...

akum..
wah.. terharu bace entri kali nih.
takpe.. sy doakan untuk cikgu. ingat.. never give up! biarla ada pesaing sekalipun.. kan dia dah pun ditolak.. so the chance is yours.

ingat: apa yg paling kita nak, itu yh paling susah kita nak dapat.

tapi kita takkan berperasaan gundah walau sekali, kalau kita tahu apa yg dicari.

sy doakan untuk cikgu yek. =)
gudluck!

zzd.ben said...

clouded_leopard tu izzud ar.. kang tak kenal plak..