Thursday, October 28, 2004

Minggu Yang Penuh Kerja!

Assalamualaikum..apa khabaq? lama x update ni..bukan apa..pc rosak blum baiki lagi...mana ada sen gaji x masuk lagi..ni pun harapkan duit bonus yang x seberapa..hehehe..Alhamdulillah kita dah masuk 2 minggu berpuasa..dan alhamdulillah ALLAH mengurniakan cuaca yang sejuk dan hujan di bandaraya Johor Bahru ni..jadi x berapa rasa penat berpuasa kali ini..Hmm..Persiapan raya? ala kadar je kot..budget x ade lagi ni..
Hari Jumaat lepas..aku ngan amin n najib gi menonton wayang..Ladder 49..Pandai betul org putih ni bikin filem yang canggih sebegini..disudut positifnya filem ini bagus untuk membuka minda masyarakat bahawa kerja bomba dan penyelamat merupakan kerja atau tugas yang mencabar sehingga boleh mengadaikan nyawa menyelamatkan orang..Kerja pasukan bomba dan penyelamat bukanlah sekadar memadamkan api tapi tugas mereka lebih mencabar dan berdepan dengan pelbagai risiko yang membahayakan diri mereka sendiri..bagus2..filem ni patut ditonton oleh para remaja yang masih mencari2 hala tuju hidup mereka..perjalanan hidup bukanlah sesuatu yang mudah..jika tiada benteng keimanan dan ilmu pengetahuan pasti mereka hanyut dan berterusan dipergunakan oleh mereka2 yang berniat jahat..
Sabtu ngan Ahad aku lepak umah je..berjuang menghabiskan menanda kertas-kertas peksa student2 yang berlambak2..hehehe..pening kepala aku duk menanda kertas karangan..kadang2 kelakar..kadang2 rasa macam nak bakar je kertas tu sebab tulisan yang canggih..kadang2 rasa mengantuk lak membaca entah apa2 entah yang diorang tulis dan karangkan..hehehe..nak kata kreatif ada la 2-3 orang yang layak dapat A..yang lelain ni aku bagi markah yang sedang-sedang sahaja..bukan lokek markah..aku rasa mereka perlu banyak memperbaiki kelemahan dan struktur bahasa serta susunan ayat..biar diorang rasa susah nak dapat markah tinggi dan mereka akan berusaha untuk mendapatkan gred yang baik untuk mereka sendiri..macam cikgu2 sekolah aku buat masa dulu..hehehehe adakah zaman dah berubah..oh tidak..pelajar dulu dengan sekrang tiada perbezaan yang ketara cuma sikap mereka yang perlu diperbetulkan..Sejarah..seorang je dari 120 student aku yang dapat A..5 orang yang dapat 70 keatas yang lain markah bawah 70..hmm..tapi aku banggalah sket sebab aku mengajar kelas ujung2 ada seorang dapat A..kelas first hanya dapat B aje..hehehee..aku sebenarnya bersaing dengan cikgu2 lain untuk membuktikan aku ni boleh mengajar walaupun x sebaik mereka..alhamdulillah..moral..hehehe..hanya pelajar yang menguasai bahasa melayu sahaja yang mendapat A..ada la 3 orang dari 24 orang..mereka ni berusaha untuk berjaya..yang lain bukan x pandai tapi bahasa melayu lemah..tu la pasal dapat markah cukup2 aje..
Setiap malam dari Isnin sehinnga Rabu aku ngan geng2 GSTT menghabiskan masa malam hari dengan bersukan..selang seli antara pingpong ngan futsal..best oo badan berpeluh..rasa macam segar walaupun sedikit letih..malam ni je relax sebab nak siapkan hal berkaitan dengan exam student..aku pegang kelas so banyak keje aku kena settlekan sebelum cuti sekolah menjelang..nak siapkan markah dan penyata mereka..collect buku teks pinjaman...kemaskini data2 mereka dalam kad 001, nak siapkan markah ujian lisan bm untuk 2 kelas..laporan kelab dan sukan..huyooo bermacam2 lagi lah...pendek kata..tak menang tangan..nasib baik lah student kelas aku ni dengar kata senang sket aku buat keje..mereka ni ringan tulang..ialah dapat guru tingkatan yang sporting cam aku ni kan...hehehe..bagi aku kalau mereka dengar kata dan berdisplin dengan aku..aku pun x ade masalah dengan mereka..
Gadis pujaan aku? entahlah aku pun sibuk dengan keje walaupun aku ingat kan dia selalu tapi belum tentu dia ingatkan aku..aku pun mula melenyapkan dulu harapan aku ni..hehehehe..rasa macam tepuk sebelah kaki lak..eks..silap tangan..takpelah kot..bukan selalu aku bertepuk sebelah tangan..kat sekolah pun dia buat2 x nampak aku yang besar ni..kan ke pelik tu...tapikan dalam x layan tu aku pulak bersemangat melayan housemate dia..hehehehehe tapi housemate dah tunang x leh kaco..kawan berbual je..best2! macam bestfriend aku Fiezah..orang kelate gak..hari selasa tu aku hadiahkan dia kek birthday ngan vcd kartun Lilo & Stitch..depan umah dia aku jumpa dia n bagi by hand..mana ntah datang keberanian ..gile ke apa aku masa tu..x kisah lah dia terima atau tak janji aku usaha..gagal ke berjaya belakang kira...kenapa aku bagi vcd kartun tu..ha..mana leh habaq? ada lah!! aku ingat nak beri vcd kartun beauty n beast hehehe ..dalam cd lilo tu ada lagu best kan Can't Stop Falling Love with U..hehehe
okler..aku stop sini dulu..aku nak buat keje yang berlambak2 ni dulu....sesapa yang dah hantar kad raya kat aku thanks..aku akan membalasnya..Wasalam..