Monday, December 13, 2004

Kaki Wayang ke??

Posted by Hello



Assalamualaikum w.b.t geng.. Aku harap korang semua dibawah lembayung sinar kerahmatan Yang Maha ESA.. Hmm, kekeringan idea menjelma kembali dalam segenap ruang minda ku ini..banyak benda nak aku kongsi ngan geng2 semua tapi itulah adakalanya jari jemari tidak bergerak sepantas akal mengolah mengakibatkan hati gundah mengundang kemalasan..( alamak alasan..hehehehe kalau dah malas katakan lah malas..) kantoi.. Apa yang boleh aku katakan aku sebenarnya memikirkan banyak benda dalam minda yang tak penting sebenarnya sehingga menjejaskan prestasi sejak 2-3 hari ni..Itu lah aku..selalu pikir dan membayangkan benda2 yang tak mustahak tapi atas tuntutan situasi semasa menyebabkan aku berterusan menjana minda yang ntah apa apa...korang faham x apa yang aku duk merepek ni... harap korang tak faham la ek sebab aku pun berserabut bila baca apa yang aku taip ni...
Next week aku off...seminggu..tak tau nak buat menda..takde planning lagi..nak pi melaka nengok mak ngan anak sedara la...rindu la kat mak ngan baby..Akak aku ada tepon 3 hari lepas tanya bila aku free..dia nak pilih tarikh untuk ke ENGLAND...Alhamdulillah akhirnya cuti dia diluluskan...aku pun x dapat pastikan hari apa aku leh sebab minggu terakhir bulan ni memang bz dengan nak bukak sekolah semula dan pendaftaran pelajar tingkatan satu..Harap2 dia pilih tarikh yang aku tak sibuk kat sekolah..Ahh!! kalu sibuk pun aku nak gi airport gak hantar akak aku...lama tu dia gi 2tahun..Windu kat baby!!!
Sabtu lepas, bos buat open house kat umah di di Gelang Patah..kitaorang GSTT konvoi dengan cikgu2 yang rapat ngan kitaorang.. Kak Lailah, Kak Zeti ngan Kak Zaiton..Pak Majid, Pak Ungku ngan Subanan ikut kitaorang..5 kereta sekali jalan..memang meriah..ada sate, ayam, nasi himpit..errk..alhamdulillah...sedap masakan orang umah bos..Bos memang aku respek habis sebab kredibiliti dan karisma..Dia tak pernah marah kitaorang...walaupun salah dia masih berlawak dan teguran nya takdelah menjatuhkan air muka.. Susah nak dapat pengetua macam ni di zaman2 siber ni..hehehehe...tapi dalam baik dia jangan ada cuba pijak kepala dia..tegas dalam lembut...Lepas makan kitaorang lepak ramai2 bersama2 anak2 akak2 makan kuih raya lak..lepas tu hujan turun ngan lebatnya..hajat nak balik tertangguh sejam lewat..pastu Abg Fuza ngan Kak Linda sampai bersama anaknya Pi..pastu En Maskam( Pertua PIBG), Puan Tolhah, Ustaz Muiez, Abg Zainal ngan Abg Ajak..geng2 cikgu semua ni..penuh umah bos..!! Hapenning giles..keakraban jelas terpapar..
3petang aku bertolak kembali ke JB..jalan kat TMN PERLING jammed...aduh rasa nak beli je TOYOTA AVANZZA hehehehehe!!! Pastu amik Boy kat LARKIN nak pi KULAI lak..umah HASHASRIKIN ngan SHERYZA...sampai kat umah SHERYZA dah pukul 5.30petang..nak masuk ke tak? segan lak aku..majlis kahwin dia dah abis..khemah pun dah ada dikemas..last2 aku cakap boy tak jadik la..aku tak kenal sorang pun..patah balik ke Felda Taib Andak umah Hashasrikin..Makan apa yang patut, ada kenduri doa selamat rupanya..nak balik suami HASHAS ajak gi umah diorang kat bandar KULAI ..baru beli..nak tak nak sebab kitaorang rapat so aku, boy, rusydah ngan nizah gi ..besar sey umah baru dia...Beruntung HASHAS dapat sorang suami yang baik dan penyayang...Masa nak balik baru aku tau HASHAS ada sakit yang aku dengar mengerunkan hati aku...Dalam perut dia ada ketumbuhan, itu yang aku dengar dari Boy..Boy ckp macam kanser...Erk...Aku harap Boy tipu.. Dalam usia sebaya ngan aku, aku bersimpati ngan dia.. Dia rahsiakan sejak dulu lagi.. kalau aku kawan yang tak rapat ni kesian apatah lagi suami dia..Aku doakan dia n suaminya dapat sembuh dan tabah menghadapi ujian ALLAH di dunia ni..
Harini aku lepak umah...jadi suri umah tangga..hehehehe lepak kemas bilik bujang yang dah macam Spiderman nya bilik...layan GTO ..Malam aku kuar ngan boy..nengok wayang.. cerita cina dan dalam wayang tu aku rasa macam aku menonton kat HONG KONG...hehehehe A WORLD WITHOUT THEIVES..best cerita ni mengajar erti semangat kemanusiaan yang masih wujud dalam diri seorang pencuri...manusia kan fitrah semulajadinya kepada kebaikan so tak leh lari dari keinsafan...wokey..ngantuk...WASSALAM

No comments: