Tuesday, December 14, 2004

MATRIKS & GRADUATE


Hello


Assalamualaikum W.B.T.. Harap korang sihat walafiat hendaknya.. Hmm, gambar lagi? muak ek? Bukan apa kan best letak gambar..macam buku cerita kanak2..atas gambar bawah garapan cerita..aku nak wat camtu la..takde lah nanti mata sakit baca tulisan aje.. Gambar pun tak berapa jelas.. Kalau korang nak tau gambar bawah itu diambil semasa hari terakhir menjalani sesi orentasi MATRIKULASI UUM 98/99..masa tu umur baru 17 tahun lebih.. Sweet 17 kan.. cepat masa berlalu..masa tidak dapat diulang..namun kenangan masih segar diingatan beb..yang baik jadikan teladan yang masih boleh digunakan semaksimumnya sepanjang hayat ini..yang jahat tu pepaham ler ek..apa yang penting hala tuju perjalanan ni harus ada fokus..jangan terumbang ambing..fokus yang membayangkan perjalanan yang dalam erti kata lain perjalanan yang di Rahmati dan di Berkati Allah SWT dan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW.. dalam usia ini janganlah lalai hingga menyusahkan diri sendiri dan orang lain..
Bukan apa geng, aku pun adakalanya keliru nak tentukan fokus aku satu ketika dulu..tapi aku bersyukur kerana ilmu yang sejengkal ni membawa aku menongkah arus yang menderu2 laju merempuh dada yang serba kekosongan...Sedih aku melihat remaja masa kini.. Aku percaya setiap mak dan ayah pasti dah menjalankan tanggungjawab masing2 namun itulah di usia remaja mereka masih lemah menilai intan dan hampas kelapa.. Jenayah berlaku saban hari & yang paling best tu remaja dah semakin terlibat dalam kegiatan jenayah ni.. Aku pernah jadi remaja dan pasti korang gak pernah lalui zaman ini..bukan nak salahkan sesiapa!! tepuk dada tanya selera...( adakah perlu diadakan undang2 yang ampuh untuk membendung gerak geri para remaja?)
FIKIRKANLAH!!

No comments: