Monday, October 03, 2005

SEMANGAT YANG BARU!!

Assalamualaikum wbt..Apa habaq? semoga kita semua didalam keberkatan Rahmat dari ILLAHI..Apa nak cerita? aku masih seorang penganggur..dah banyak gak keje yang aku pos..skrg ni aku nak carik keje yang bolehlah menampung keperluaan sebulan..tak kira apa jua keje asalkan halal disisi agama..
Firstly, aku ingin mengucapkan tahniah kepada adik2 junior aku di UUM yang baru sahaja berkonvokesyen...semoga cekal menempuh alam pekerjaan..best tul gi konvo..wajah2 ceria terbayang mengambbarkan kepuasan dalam diri setiap siswazah menggembirakan hati emak dan ayah ataupun keluarga terdekat..hmm, sekali lagi tahniah buat ZUE, AYU, AYU kolej Guthrie dan semua la senang citer..sorry la zue..masa abg konvo zue bagi bunga..masa zue konvo abg sedang berkursus la di SHAH ALAM..tak berkesempatan...kepada Wanie selamat menyambut hari lahir ke 22..dah besor la auntie sorang ni...ada satu sem lagik..go for it!!
Semangat?! pergh semestinya aku sekarang ni bersemangat untuk menceburi bidang perniagaan..Aku baru je mengikuti KURSUS USAHAWAN SISWAZAH dibawah KEMENTERIAN USAHAWAN & KOPERASI..macam2 benda aku belajar kat kursus ni..tapi aku baru di peringkat awal..so masih banyak lagik perkara besar yang aku kena kaji untuk berjaya dalam bidang keusahawanan ni...RM30juta diperuntukkan oleh kerajaan Malaysia untuk merealisasikan harapan para siswazah yang ingin berniaga..(TQ !) aku baru bercongak2 untuk meneruskan rancangan untuk membuka company berteraskan perkhidmatan (EVENT MANAGEMENT)-tapi nak memulakan perniagaan jenis ini memerlukan kajian yang mendalam sebab perkhidmatan ini meluas..dalam event management ni ko kena uruskan banyak benda dan modalnya tidak banyak..tapi PR ko nak kena best!!
BlueWave Shah Alam..aku tiba kat sini 7.30pagi..(awal tu daftar 8.30pagi) 27hb september...hmm, aku antara terawal sampai..sebab aku menumpang member aku yang keje kat PETRONAS KLCC, Hami..kitaorang bertolak dari JB kul 4.30 pagi..sampai Shah ALam kol 7 pagi..so sempatla breakfast depan dataran S.ALAM..aku nengok kat papan kenyataan hotel tu tulis Kursus ni start kul 4.30 petang..alamak...hami dah blah..so takkan aku nak duk sorang2 kat hotel ni..last2 tunggu gak ..and seorang demi sorang peserta datang..so ALHAMDULILLAH..aku tak beli lagi kiriman wang pos..so aku bergegas ke komplek PKNS..jalan kaki je..abis berpeluh gak la ..ingatkan dia nak tuntut time pendaftaran..tapi bleh delay..hmm, tapi berjalan laju bagus untuk kesihatan anda...kira aku sampai pendaftaran dah bermula...dapat beg n nota..then lepas tengahari masuk bilik..pergh!!(5 STAR HOTEL TU!!)..aku dapat roomate dengan budak PERAK N SG BULOH..budak Perak tu sama baya ngan aku budak ACCT dan dah ada bisnes sendiri..NAZIM nama dia..sorang lagi fresh graduate macam aku la!!(hehehe fresh lagik ke?)nama dia JOHAN..
Sepanjang 6 Hari 5 Malam kat sini aku mempelajari banyak benda baru..jumpa doktor yang usianya dah 33 tapi tak kerek beb!! banyak kongsi pengalaman ...ada yang kerek gak kat sini...dia ingat dia dah cukup bagus lah kalau setakat dapat ikut rombongan kementerian ke China..aku cukup "panas" ngan mamat sorang ni..mana taknya aku ni datang ke KURSUS ASAS USAHAWAN SISWAZAH ni nak belajar bisnes dari basic beb...dari 0 bukannya aku nak dengar ko punya business plan yang mana ko datang semata2 nak LOAN..pergh!!pastu time presentation semua group ko bantai ..kononnya mamat ni begitu meluas dia punta kredibiliti dalam business,kalau mengkritik membangun tarak apa..ni nak menjatuhkan orang..pergh!! sabo je la ...penceramah pun tak komen lagi dia dah siap berjela2 komennya...dah la sama bangsa ngan aku...aku ingat aku sorang beranggapan macam tu tapi orang lain pun ada...hahaha..!! in fact, kalau kalu ko dah ada pengalaman masuklah kursus lain..jangan nak mengada2 tunjuk bakat ko tu kat tempat yang tak sepatutnya..(macam ko penyanyi tp ko hanya glamor kat majalah picisan..apa kes!!)
Lama tak mengarang inilah jadinya..hmm, khamis dan jumaat aku belajar membuat rancangan kewangan..sebijik macam aku belajar kat MATRIKULASI..alamak menyesalnya tak study ngan Cikgu AZMAN (cikgu akaun aku kat matrik) betul2..rupanya...dalam bisnes ni la kita apply kan semua teori yang kita belajar di UNIVERSITI...semua teori kena apply...perancangan kewangan penting untuk kita membuat RANCANGAN PERNIAGAAN..memudahkan untuk dapat LOAN..Hmm, balik umah kena study semula sebelum boleh bukak bisness..lagi pun BANK SME (baru launching harini) nak kan kita ada sedikit modal sebelum kita meminjam..(komitmen dalam perniagaan katanya) betul gak kalau takde modal kita pinjam pakai duit orang kita tak sungguh2...Then Sabtu, Presentation for baget company..petang aku tumpang member baru balik JB naik kete kANCIL ...
Sampai aje rumah lepas mandi manda sket,solat aku layan FINAL PIALA MALAYSIA..aku sokong perlis..sebab since aku kecik aku menyampah kat selangor...kecewa gak perlis kalah!! negara kita sememangnya ketandusan barisan penyerang yang mantap..penyerang yang ada semua awang2 import...dari dulu..zaman2 JOHOR kuat giler bola ...ada ERVIN BOBAN, ABBAS SAAD, ALISTAIR EDWARDS, HASSAN MISKAM, SANI OTHMAN, NASARUDIIN ATAN, SAZALI NASIR, NASIR USOF, KHALID SHAHDAN, ANUAR ABU BAKAR, SALEHAN MD SOM dan aku masih ingat ketiga2 gol BOBAN menewaskan SELANGOR!!
Semalam ada ANNUAL DINNER Sekolah lama aku...aku datang atas tiket JEMPUTAN..tapi takde meja disediakan oleh penganjur..alamak datang takde meja..macam orang terbiar...meja2 lain semua sendat dengan cikgu2 yang bawak family seramai2nya..pergh!! macam nak balik aje..penghormatan takde langsung..!!ni la nasib GSTT..masa susah semua minta tolong..masa dah dapat cikgu2 baru YANG TERLATIH...buang gitu ajelah!! atas dasar semangat sebangsa..layankanlah aje...aku duk ngan klik aku faiz, najib,kak ha,kak kam, aziana, kak zeti dan kak zaiti...hmm, boleh la..orang lain makan kat dalam dewan kitorg makan kat kerusi luar dewan..nasib baik ada meje tu..kalau tak aku ingat nak balik aje..
OKLAH, aku stop sini dulu nanti sambung lagi!! WASSALAM

1 comment:

shimahz said...

assalammualaikum,
u dok kat area mane ye? minat tak keje cal center? gaji rm1500. kalo beminat tgal msg kat blog saya. rasanya better u grab apa aje di depan mata.. sambil2 tu bole cari keje lain