Tuesday, December 20, 2005









Akum WBT..sihat ek? Alhamdulillah semoga kita semua dikurniakan ALLAH dengan kesihatan yang baik agar kita dapat terus melaksanakan tugasan kita seharian dan yang paling penting Arahan dan Larangan2NYA..Hmm, sejak kebelakangan ni blog aku telah dikunjungi oleh beberapa rakan2 baru..terima kasih kerana sudi membaca karangan yang tak seberapa ni..hehehe..harap2 teruslah menjenguk ek..bleh kenal2 dan tambahkan lagi kawan2 di dunia siber ni..

Pagi tadi aku ada gi interview dengan sebuah organisasi kerajaan di Johor Bahru..Jawatan Pembantu Tadbir N17 (kontrak)..aku sebenarnya inilah kali pertama di interview oleh pegawai kerajaan, jadi aku sedikit gugup..segala apa yang telah aku rancang untuk berbicara hilang..tak tau lah kenapa ek? Mungkin Timbalan Pengarah II yang soal aku cakap aku tak layak untuk memohon jawatan ni..pada aku tak salah andai aku diberikan ruang dan peluang untuk mencuba sesuatu yang rendah(orang kata) aku tak kata...pada aku kerja adalah tanggungjawab yang telah diamanahkan dan perlu dilaksanakan dengan amanah..tu pandangan aku..tak kira lah kerja tu jawatannya Gred 17 ke Gred 27 keGred 29 ke gred 41 ke..salah ke aku ada degree ingin mencuba kerja seperti ni..kadang2 aku rasa karenah birokrasi yang melampau menutup ruang dan peluang kepada para graduan yang ada ijazah mencuba jawatan yang lebih rendah..tak adil langsung...


Aku cuba berbicara tapi aku pikir aku pun tengah sedikit panas dan tak mau di copkan kurang ajar baik aku simpan pandangan aku.. Patutnya kalau nak kata aku TAK LAYAK MENYANDANG JAWATAN PEMBANTU TADBIR N17, tak perlu lah shortlisted kan aku untuk panggilan interview..aku bukan jenis suka menipu menyorokkan kelayakan aku dengan hanya tunjuk sijil SPM aku..bukan aku la sebab mak ayah aku a.k.a guru2 sekolah dan pensyarah2 aku sering mengingatkan keberkatan ilmu yang aku pelajari dan jangan berbohong..aku mencari keberkatan rezeki yang dikurniakan ALLAH bukan dengan cara menipu...Patutnya mereka perlu rasa dihormati kerana ada graduan yang memiliki ijazah yang ingin memulakan kerjaya mereka diperingkat bawahan...bukannya mereka berfikiran negatif terhadap kemampuan kita...pikir yang kita akan lompat2 jawatan selepas diberikan peluang kerja ini..come on la, takkan tak dapat menilai dengan positif...jawatan ni jawatan kontrak..smua orang akan set kat mind masing2 bahawa kerja seperti ini adalah platform untuk mengejar pengalaman sebelum meloncat ke jawatan yang lebih menjamin kerjaya...takkan selama2nya nak jawatan kontrak..lainlah citer kalau berjaya diserapkan ke jawatan tetap dan berpencen..lagi pun bukannya dia yang membayar gaji..gaji diberikan kepada pekerja atas kerja2 yang dilaksanakan..ada give and take..pergh..tak tau lah kan kalau dah ada calon2 yang dah siap sedia menjawat jawatan tu...Aku hanya berdoa dan tawakal kepada ALLAH..andai ada rezeki yang telah ditetapkanNYA dapatlah kerja ni...


Ini adalah rumusan lukisan umah aku kat atas :

" Based on your drawing and the 10 answers you gave this is a summary of your personalities...

You are sentitives and indecisive at times. You are freedom lover and a strong person. You are shy and reserved. If you've drawn a cross on each windows, you are always want to live alone. You are very tidy person. There's nothing wrong with that because you're pretty popular among friends. You will avoid being alone and seek the company of others whenever posibble. You love excitement and create it wherever you go. You have a strong personality and you like to command, influence and control people. You added a flower into the drawing. The flower signifies that you long for love. It also safe to say that others don't see you as a flirt. You don't think much about yourself."



 Posted by Picasa

No comments: