Semua aktiviti yang dijalankan memang menarik...problem solving, study case, pengucapan awam & public speaking dan debat ala parlimen...oo..lupa termasuk sekali ujian larian 2.4 km..Kelemahan ketara yang aku mengaku aku terlalu lemah dia kemahiran berkomunikasi dalam penggunaan bahasa inggeris..bukan lemah sangat sampai tak bleh cakap cuma tak lancar..tapi semalam dalam public speaking alhamdulillah..setidak2nya aku memberikan ucapan bukannya membaca nota...Public Speaking dengan Pengucapan Awam aku telah dipanggil calon kedua untuk berucap..pergh...mula2 mengigil gak..lama2 tu sampai tak sedar aku leh berbual inggeris lebih dari 4 minit...kebaikan buat awal ni ialah panel penilai rasa tak boring sangat la kan..lagipun calon2 lain duk sibuk beri perhatian kat hafalan ucapan mereka, so tak ramai yang beri tumpuan kat aku..hehehe...
Bila ujian larian 2.4 km, aku mmg tak leh lari..sebab ligamen lutut kanan aku mmg cedera teruk..nak kumpul duit untuk operate...rm 3ribu..nampak macam sket kan..tapi aku mengganggur dulu selepas di buang keje..duit simpanan pun kosong dah...ni bila dah start keje semula aku nak kumpul duit semula...berbalik kepada larian tadi..larian meliputi keseluruhan kampus INTAN ni, so bermula dari padang...aku adalah orang yang terakhir keluar dari padang tersebut untuk larian ni...aku berjalan mana leh lari..hehehe...tercabar gak ditinggalkan jauh oleh calon2 lain (pompuan la) semua fasilitator tanya knp tak leh lari? aku senyum aje lalu menjawab soalan2 mereka dengan jawapan yang bernas..hahahaha!!! diorang suruh aku relaks dan duduk di astaka aje ..tapi aku cakap setakat jalan aku leh potong lebih 10 orang yang berlari...hehehe..akhirnya dengan hanya berjalan aku berjaya menamatkan trek larian 2.4 km yang berbukit dalam masa 20minit lebih sket aje..dulu dengan larian aku wat 18 minit..kira menurun la prestasi aku...tapi skurang2nya aku dah berusaha dan berjaya tidak menjadi antara 20 peserta yang terakhir..pada aku tak yah paksa diri untuk berlari sedangkan kita tak berupaya nak lakukan...cukup sekadar usaha dan semangat untuk melakukan aktiviti dengan kemampuan yang ada..
No comments:
Post a Comment