Sunday, August 27, 2006

Promosi!!! FIRDAUS- DUNIA YANG LEBIH INDAH!! PEACE!!



Assalamualaikum WBT geng2 sekalian..nak promosi sket ALBUM baru KUMPULAN NASYID Firdaus akan akan berada di pasaran pada 28hb OGOS ni...Kepada peminat2 nasyid dan baru nak dengar lagu2 berunsur pop positif sila lah dapatnya ya...Bagus diorang ni..dari dulu aku minat nasyid dan sehingga kini antara kumpulan nasyid yang aku minat selain RAIHAN ialah FIRDAUS...bukan apa aku respect 1 perkara, mereka dapat bahagi kan masa dengan adil...susah kan kalau nak bahagi masa antara pelajaran dan usaha berdakwah ni..Then, they all ni adalah lecturer IPTA and master student!! pergh!!
Tajuk: FIRDAUS – Dunia Yang Lebih Indah (4th Album)
Penerbit Eksekutif: Mohd. Idzwan Yacob, Mohamad Ismandi Wasli
Penerbit Album: Haris Isa, Faizal Tahir, Isman Isam, Akmal Mirwana, Zulkefli Majid, FIRDAUS Penyelaras Penerbitan: Idzwan Susunan Muzik: Eddie Slam, Firdaus Mahmud, Trabye, Belle, Zulkefli Majid, Ronny Rachmat, Dicky Ahmad Djatnika
Pemuzik: Faizal Tahir, Ujang (Exists), Lili (Slam), Yuri (Slam), Nafie (Spider), Eddie Marzuki, Zimi (Sofaz), One (Sofaz), Fairus (Sofaz), Gangan
Vokal Utama & Suara Latar: Ismandi, Fairuz, Idzwan, Tarmidi
Vokal Undangan: Cat Farish, Akbar, Faizal Tahir
Studio Rakaman: Home Suite Studio, Pro Studio, Supra Seven, ProDG Studio, GTStudio (Bandung), Yess Studio (Bandung), Kings Studio, EA XS Studio.
Jurutera Rakaman: Faizal Tahir, Hafiz, Zul Majid, Akmal Mirwana, Vincent, Zairi, Zul, Tuteng ZM
Juruadun: Greg Henderson, Fauzi Marzuki, Yasin Sulaiman, Fasy, Dot & Razman
Studio Adunan: Amelia’s Place, 7th Lab Supra Seven Studio, ProDG Studio, Fauzi Marzuki Production, Pro Studio, Hush
Studio Mastering: Fauzi Marzuki
Fotografi: Bustamam Mokhtar @ White Studio
Jurusolek: Misze
Pakaian: FIRDAUS Collections
Konsep Kulit Album: FIRDAUS
Rekabentuk Kulit Album: Ajoei
Promosi: Amy (Promotion Manager), Azmi (Media Cetak), Panjang/Rudy (Media Elektronik) Pembaca Pruf: Eezzs, Farouk Pengurusan
Artis: Idzwan (0175757808)
Laman Web: www.firdaus.net
TERBITAN: DE FIRDAUSI ENTERTAINMENT 11F-207, Apartmen Universiti Universiti Utara Malaysia 06010 Sintok, Kedah Darul Aman
Tel/Fax: 04-9246612
EDARAN: FMC MUSIC SDN BHD (HUI HVANG ENT SDN BHD) No 27 Jalan 1/119 Taman Bukit Hijau Jalan Cheras 56000 Kuala Lumpur
SEJARAH FIRDAUS
Firdaus mula ditubuhkan pada tahun 1995 di Pusat Matrikulasi, Universiti Utara Malaysia dengan nama asal De Firdaus. Pada awalnya, kumpulan ini bernaung di bawah Unit Kesenian, Persatuan Pelajar Islam, Pusat Matrikulasi, UUM. Setiap kali mula mendaftarnya para pelajar baru, maka kumpulan ini telah membuka keahlian mereka kepada para pelajar baru ini untuk menjadi pelapis dalam memperjuangkan irama nasyid. Maka, timbullah identiti kumpulan ini sebagai kumpulan nasyid yang mempunyai pelbagai generasi. Sehingga profil ini ditulis, kumpulan ini telah mempunyai 7 generasi kesemuanya.
Kumpulan ini pada dasarnya diilhamkan oleh ketua kumpulan iaitu, Mohd. Khairil Azrin Rafli. Beliau merupakan bekas anggota kumpulan Suara SMAKL dan juga kumpulan Anugerah. Pengalaman yang ditimba oleh beliau menerusi 2 album sewaktu persekolahan menengah beliau telah dicurahkan untuk memajukan kumpulan ini.Pada awalnya, kumpulan ini sekadar membuat persembahan untuk majlis-majlis anjuran persatuan, kolej-kolej di UUM serta sekolah-sekolah di sekitar utara semenanjung Malaysia. Mereka juga menyertai pertandingan-pertandingan nasyid anjuran pelbagai IPT di seluruh Negara.Perkembangan industri hiburan yang menjurus ke arah nasyid pada awal 1997 telah mendorong enam orang anggota dari kumpulan ini untuk mencuba nasib bagi merakamkan album untuk pasaran komersial. Mujahid Abd Wahab (Nowseeheart) merupakan orang yang telah memperkenalkan kumpulan ini kepada wakil syarikat rakaman SRC.
Setelah melalui pelbagai sesi ujibakat di bawah bimbingan En Adnan Abu Hassan akhirnya pada 1 Ogos 1997, enam orang anggota kumpulan ini telah menandatangani perjanjian kontrak sebagai artis Suria Records (SRC) dengan nama FIRDAUS. Enam orang anggota itu ialah, Mohamad Ismandi Wasli, Mohd. Idzwan Yacob, Mohd. Khairil Azrin Rafli, Mohamad Rasul Mohd. Noor, Syed Fadilah Syed Alias dan Mohd. Tarmidi Mahli.Album pertama kumpulan ini telah diterbitkan oleh Ahmad Sharani Ismail dan telah mula dipasarkan pada 3 Mac 1998.
Album yang berjudul ‘Keampunan’ ini telah mula memperkenalkan kumpulan ini ke persada industri hiburan nasyid tanah air. Antara lagu yang mendapat perhatian ialah Permata Ayah Bonda serta Keampunan.Antara komposer yang telah memberikan sentuhan mereka di dalam album ini ialah Adnan Abu Hassan, Yassin dan Isman (Hijjaz). Album ini telah mencatat penjualan memberangsangkan sehingga mendorong syarikat rakaman mereka untuk menghasilkan album kedua kumpulan Firdaus.Oleh kerana kesibukan dengan kuliah dan akademik, rakaman album kedua kumpulan ini telah mengambil masa yang agak panjang. Album kali ini menampilkan sentuhan penerbit yang pernah menjulang anugerah Album Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 2000 iaitu Suhaimi Mohd. Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah. Menerusi album ini, Firdaus hanya tampil bersama 4 orang anggota sahaja kerana dua anggota asal kumpulan ini iaitu Khairil Azrin dan Syed Fadillah telahpun menarik diri.
Pada 16 Oktober 2000, kumpulan ini telah muncul dengan album kedua mereka yang diterbitkan oleh Pak Ngah dan Eddie Marzuki. Album yang berjudul ‘Fisabilillah’ ini menekankan konsep irama muzik etnik kreatif seperti irama padang pasir, rebana keras, zapin dan sebagainya. Album ini telah mendapat sentuhan komposer2 seperti Pak Ngah, Rosli Selaseh dan juga Fadzil Ahmad. Album mereka yang ketiga pula telah muncul pada penghujung tahun 2002. Album yang berjudul Cinta Dan Harapan itu telah menampilkan sentuhan penerbit Isman Nadim (Hijjaz) dan juga Mujahid Abd. Wahab (Nowseeheart). Antara lain album tersebut menaruhkan lagu2 sentuhan komposer seperti Isman Nadim, Mujahid, Ajai, Alfa Booty, Khairil Azrin, Trabye dan Rosli Selaseh.Anggota kumpulan ini telah pun bekerja di Universiti Utara Malaysia, tempat di mana Firdaus tercetus. Sehingga kali terakhir profil ini ditulis, Kumpulan Firdaus telahpun menyiapkan album terbaru mereka yang juga album keempat mereka. Album yang bertajuk - Dunia Yang Lebih Indah ini dijangka dipasarkan pada 28 Ogos 2006.

No comments: