Friday, August 31, 2007

MErDekA kah Daku?





BINA INSAN GURU 13-16 OGOS 2007
PORT DICKSON
MALAM AMBANG KEMERDEKAAN- MAWI & MC


Assalamualaikum WBT.... Kehidupan aku di Institut Perguruan semakin hari semakin menyeronokkan..sesungguhnya berada disini mengingatkan aku zaman mula2 aku menjejakkan kaki di Pusat Matrikulasi UUM hampir 10 tahun yang lalu..dah lama rupanya aku belajar..semoga aku dapat terus belajar ilmu keduniaan dan akhirat!! yeah!! ilmu tidak pernah henti!! ilmu sentiasa ada..walau sepandai mana pun seseorang tu, pasti ada yang lebih pandai..janganlah kita mendabik dada dgn ilmu yang tak seberapa kita ada tu..


WANI & SU
ROOMATE-SYED MAHAZAN





FAUZI & ASRUL MEMBASUH UDANG




Disini, rakan2 semakin bertambah..roomate aku Syed Mahazan, penulis muda berbakat besar!! menggunakan nama panggilan Fansuri..novel bersiri telah ditulisnya Aku & Najwa..sila dapatkan di pasaran ya..murah je..pandai bersajak beb!! Aku pun terpesona dgn lenggok alunan puisi dia...Then, roomate sementara aritu ABG LONG a.k.a Fauzi...sempoi beb..selalu menaikkan motivasi aku supaya cepat2 kawen!! hahaha..tak ready lagi la Gie..takpe Insya ALLAh sampai masa aku hantar kad jemputan kawen kat ko..Hmm, rakan2 sekelas aku pun sporting & ceria..Mula2 masuk memang lah penyesuaian tu blum mai..tapi bila dah masuk sebulan lebih disini, semuanya mesra n tak lokek membantu..nak ikutkan aku antara yang tertua dalam kelas..lelaki dalam kelas aku cuma 4 orang je..dikelilingi wanita2 ayu tu..Riduan, Riduan, Haidir n Aku..




BERSAMA HAZAWI LAGI





A BUKAN NAMA SEBENAR




KELASKU



Sepanjang sebulan setengah di sini, bermacam2 aktiviti dah aku sertai...KEM BINA INSAN GURU & KEM KEPIMPINAN ISLAM..mula2 macam boring je nak gi..memandangkan salah satu ligamen lutut kanan aku dah terputus maka pergerakan aku sangat terbatas..tapi ALHAMDULLILAH, aku syukur dgn nikmat ALLAH yang tak putus2 hadir..selepas berurut di BINDU, b.pahat..aku macam hampir terkejut aku dah boleh berlari...!!! dah 2 tahun lebih nikmat berlari aku tak dapat laksanakan..SYUKUR!!! xtvt mendaki bukit di JELEBU betul2 mencabar...aku tak takut pacat atau terjatuh kerana licin..paling aku risau ialah masalah kekejangan di paha..kalau betis relax lagi..ni kat peha..dan ianya betul2 berlaku..nasib baik n aku salute kat semua teamate aku semasa kembara ni tak lokek membantu!! aku cukup berterima kasih kat diorang..



PENUTUP KEM KEPIMPINAN ISLAM JELEBU 23-26 OGOS 2007



Malam Kemerdekaan disambut meriah di IPG aku, bermula dari tengahari selepas kelas, Unit aku bersama Unit Kajian Sosial membantu Ustazah M menyediakan bahan2 masakan utk jamuan selepas bacaan yassin n solat hajat..memang best..dari keje menyiang ayam, membasuh udang, potong2 bawang..HUHUHU..aku? aku fobia sket dgn darah ni..so, aku tolong Kak Ain blend cili padi n lada merah..huyooo..hehehe..malam nya UNIT aku bergabung dgn Unit Pemulihan 1 mengadakan persembahan ala2 Koir gitu..Nyanyi lagu MALAYSIA GEMILANG & KERANAMU MALAYSIA..walaupun student IPG aku ni kurang sebab ramai gi praktikum tapi kemeriahannya amat dirasakan..hmm, kira bestlah sambut merdeka cara membaca yassin, solat hajat n sambutan ambang kemerdekaan yang tidak keterlaluan... Gambar dibawah ini adalah salah seorang yang lahir pada 31 ogos..!!




HEPI BIRTHDAY!!




FADHLI & ASRA

MALAM KEBUDAYAAN BIG 15 OGOS 2007

RIDUAN k.u & NIRA p.k.u

2 comments:

Anonymous said...

ariep,

lu IPG area mana?kalau ada masa nanti gua nak dtg la lawat lu...sambil tgk marka yg lu citer kat gua tuh!!!!

kat opis aku nih ada jelmaan ko la riep. Sebijik perangai ngan feel lu.Rindu gila siak aku!! nanti kesh!

ninot said...

Arip..i tink i know sape A bukan nama sebenar tu..hahaha notty tol! ;)

-nen-