Saturday, April 19, 2008

Engkau Yang TercipTa MungKinkAH BuKAn UntukKU?!

Assalamualaikum...Salam sejahtera..Alhamdulillah syukur padaNYA kerana masih memanjangkan lagi usia dan nikmat diri ini..Alhamdulillah juga kerana aku telah berjaya menamatkan latihan praktikal selama 14minggu di SK S* P*ul, Seremban..Banyak pengalaman dan ilmu baru aku jejaki dari hari pertama sehingga hari terakhir semalam. Semuanya akan menjadi kenangan yang terindah buat aku dan akan menjadi panduan untuk aku menongkah arus meneruskan cita-citaku dan menjelmakan kerjaya yang kucintai ini satu punca rezeki yang diberkati ALLAH. Doakan aku berjaya menjadi salah seorang tenaga pengajar yang baik, amanah dan sentiasa tidak pernah puas dengan apa yang aku perolehi untuk menggelipkan masa depan yang cerah bukan seorang dua tetapi ramai insan yang bergemerlapan di masa hadapan.
Aku masih seperti dulu. Tidak pernah berubah..Aku tidak pernah menyangkal perubahan yang positif.. sejak dulu aku tetap memburu satu perkara yang acapkali aku gagal realisasikan. Aku tidak mempunyai keyakinan dalam melaksanakannya. Banyak kali mencuba namun hakikatnya aku gagal...CINTA..Hmm, puas aku jejaki ke sana sini.. Ku temuinya di sini..Namun, aku waswas..aku begitu gementar untuk dikecewakan sekian kalinya.. Selama sebulan ini, ianya hadir semula setelah lama aku menantikannya.. Entahlah, siapalah aku nak menolak cinta yang hadir tanpa dipaksa.. Walaupun aku memburu tetapi aku bukanlah letakkan cinta itu keutamaan lagi kerana banyak lagi tanggungjawab yang aku ingin dahulukan tapi entahlah..aku cuma berharap dan berdoa agar cinta yang sekian kali ini mendapat respons dan berkembang mekar...
Dia hadir tepat ketika jiwaku kacau.. Bagiku dia sempurna..rakan yang baik..tak pernah mementingkan diri..14 minggu bersama setiap hari menimbulkan perasaan yang dah lama aku tenggelamkan..aku tertarik dengan penampilannya, sopan santunnya, budi bahasa, keletahnya dan suaranya..hehehe..aku tak dapat gambarkan betapa bahagianya dapat memiliki hatinya.. Bukan 14 minggu tu yang buat aku terpikat tetapi sejak aku mula mengenalinya 9 bulan yang lalu.. Aku tahu dia ada masalah..aku tak mahu ganggu dikala itu..namun aku kena luahkan jua apa yang terbuku di hatiku..Peluang bukan hadir selalu.. Aku tak tahu adakah tindakan ku tepat..aku pun tak tau dia sudah berpunya atau belum..aku tak mahu terus kehilangan seperti dulu..Aku nekad nak mencuba..terima atau tidak aku fikirkan kemudian..aku perlu berani hadapi risiko ini..
Aku tak fahami sangat kenapa wanita kan, kalau ada kawan lelaki katakan jatuh hati dan beritahu pada dirinya tiba2 je secara spontannya wanita akan cuba jauhkan diri dari kawan lelakinya itu.. Walaupun menolak janganlah sampai putus kawan..walaupun menolak janganlah sampai tidak hargai persahabatan yang telah dibina..aku pernah menghadapinya dulu...rasa macam 'down' pun ada..inilah salah satu sebab kenapa aku cuba tenggelamkan 'cinta' sebentar..Dan aku risau juga perkara ini akan sekali lagi terjadi pada aku.. Bukan senang nak damaikan perasaan akibat penolakkan..bukan senang untuk meninggalkan wanita yang menjadi penawar dihati..Aku juga insan biasa..kadang2 ingin ada orang merindui dan merindui orang lain.
Semalam, alhamdulillah aku telah menyatakan kepada dirinya yang aku 'suka' padanya..dia hanya tersenyum..aku tak dapat nilai apakah maksud disebalik senyuman tersebut.. Dia bertanya, apa yang aku harap dari ayat tersebut.. mulanya aku kelu..aku beritahunya yang aku nak jadikan perhubungan ini lebih bermakna..dia senyum..sekali lagi aku gagal nak nilai pengertian senyuman tersebut...sekarang ni perasaan ku bercampur baur..semalam aku lega kerana dah berjaya menyatakan sesuatu yang amat bermakna..kini aku bercampur baur memikirkan tindakan dan respon dari empunya diri..aku cuma boleh berdoa sebarang kenyataannya dari dirinya selepas ini ada sinar bahagia dalam diriku dan dirinya..Jika sebaliknya aku juga terpaksa terima dengan hati yang terbuka..takpelah kalau aku kena reject lagi sekurang2nya aku dah mencuba walaupun hati mmg sakit..hahaha..skrg ni pun aku takde mood..entahlah..Ya Allah, andai dia tercipta untuk diriku, kekalkanlah dia dengan ku..
Penolakkan bererti hasrat aku kembali tenggelam..entahlah..doakan aku yang terbaik ye kawan2..Isnin ni nak kembali study di maktab.. dan saban hari akan bersama di dalam kelas..aku harap andai ada penolakkan sekali lagi untuk kali ini, dia tidak akan memutuskan hubungan persahabatan..aku juga berharap andai dia menolak hasrat ini, aku akan lebih profesional kerana aku percaya akan hikmah disebalik sesuatu kejadian yang telah ditentukan ALLAH..Aku juga yakin dengan ketetapan yang telah ditentukan ALLAH..namun aku berhasrat juga nak terus memburu hatinya serta cintanya selagi dia masih belum berpunya..
Jiwang plak entry kali ni, aku lega kerana dapat meluahkannya disini..menulis bagiku kepuasan..aku menulis kerana nak meluahkan apa yang bersarang dihatiku ini..Namun jauh disudut hatiku aku dapat menawan hatinya dan membawanya ke MAHLIGAI IMPIAN yang diberkati ILLAHI..Insya ALLAH..Wasallam..

3 comments:

Anonymous said...

Hi abg..
good job!! well done!!
sume la. xpe. if anything u already do it great. i think she feel the same. but her time,k..insyaAllah..nway, good luck..


Regards,
- Zue _

Anonymous said...

rip...i think she need time..kalau ade pape ko kongsi ngn aku..aku ok...huhuh aku cume harap ko jgn putus asa dengan apa yg berlaku..
-me yg u tahu-

AJ Style's said...

Thanks..