Monday, June 23, 2008

Kau Ada Dia!!


Assalamualaikum WBT & salam sejahtera.. Perjalanan di IPG telah selamat aku tempuhi..16 Jun 2008 sebulan lebih awal dari jangkaan, aku akhiri kursus KPLI di Kem BTN KIWA, SEPANG. Alhamdulillah syukur pada ALLAH kerana masih memanjangkan umurku, dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik, disamping kawan2 yang amat baik dan sporting.. Semuanya terpahat di memori..

Setahun tidak dirasa..setahun jangka masa yang sangat singkat untuk aku mengenali semua yang baru..setahun umpama desiran ombak yang tidak henti2 menghentam pantai.,Di kejauhan mata yang melihat, ada jernih air mata yang bergenang..lantas apakah silatulrahim ini yang hanya setahun akan kekal selamanya..pantaskah talian ini akan lupus di kenangan mereka..harapanku agar segala yang terpahat setahun akan menjadi sandaran untuk terus berhubungan..hubungan yang mekar disulami haruman mewangi kuntuman mawar..Walau mawar itu berduri..ianya berharga..Walaupun mawar itu berduri ianya masih diminati..dan walaupun mawar itu berduri, hidup pasti diteruskan mengejar apa yang dicita-citakan dan cinta yang masih harum berterbangan di langit sana...

Kenangan terindahku tercipta bermula tanggal 17 Julai 2007..bersama 18 orang rakan2 sekelasku terungkailah satu ikatan persaudaraan dan kasih sayang..utuhnya jalinan ini umpama sutera yang nampak lembut tapi liat..Hmm, apa jua prasangka kami tepis bersama..apa jua rintangan kami hadapi bersama..walaupun diakhir2 ketika nampak kerapuhannya tapi aku yakin dengan kenangan ini kita masih kekal bersama..kekhilafan pasti wujud namun kematangan kalian memang menakjubkan..Riduan KU ketua yang tegas, Riduan Besar bijak berkata-kata selain mmg bijak bestari, Bro Haidir walaupun serius mana pun ko, ko ttp kawan2 kami..hahaha..kak ain,kak yan& kak ju- akak yang memahami,kak wan (sama baya dgn aku ni) my bestfriend ever..ahlam-my sweet sis,pae-ada apa dengan dia? hahaha nira & su- very sweet girls..rokiah-ibu yang penyayang,mai-gadis yang aktif..,zura-periang,wani-ceria....alin-missing in action...(takpe rezki anak) & izan- kecil tapi kuat... itulah kisah kelas ku..

Bukan setakat aku dikurniakan rakan2 sekelas ku yang cool, teman2 batch aku semua best2 belaka..semua sporting..Hazawi & Acol..teman serumah...pendek kata semuanya best bangat..penat plak aku puji kekwan aku..hahaha..but at the end of kpli, i jumpa seseorang kawan baru yang sangat misteri...walaupun sama batch dengan aku, tapi bleh la kata baru jumpa kan..aku panggil dia Teh..nama dia pun Teh..hehehe..best kawan dengan dia..melalui dia aku kenal rantai kekwan yang lain..zha & kia..both istri orang..hehehe..sporting tp masih utuh jaga adap2 seorang bergelar isteri..oklah lama tak menulis..fikiran buntu..hahaha..WASSALAM..


No comments: